DUTCH LADY 4TAHAP NUTRI PLAN™ Membantu Mommy Di Dalam Penerokaan Iman Firash!

Farah Waheda Wahid
3
DUTCH LADY 4TAHAP NUTRI PLAN™ Membantu Mommy Di Dalam Penerokaan Iman Firash!

Cepatnya jarum jam berputar! Cepatnya hari silih berganti! Cepatnya kitaran kehidupan! Pejam celik, pejam celik, ketika ini, Iman Firash telahpun berusia 3 tahun. Rasanya macam semalam baru melahirkan dia. Tup tap tup tap... besar dah anak manja Mommy ni. Rupanya dan pada lingkungan usia 2 sehingga 4 tahun ini, dari apa yang dapat Farah perhatikan... Iman Firash adalah seorang yang aktif dan mula meneroka persekitarannya. Sikap ingin tahu telah bertambah dengan penerokaan persekitaran dengan lima derianya di mana dia menjalani pelbagai eksperimen untuk mengetahui bagaimana sesuatu itu berfungsi. Dia juga meneroka melalui peniruan tingkah laku yang telah diperhatikan - hasil daripada neuron cermin yang terdapat di seluruh otaknya.

Aktiviti penerokaan diakui sememangnya penting bagi menyokong proses pertumbuhan kanak-kanak seperti Iman Firash dan pada lingkungan usia sebegini Iman Firash sedang memasuki fasa perkembangan otak yang optimum. Dengan berkembangnya sel otak, Iman Firash sedang mengembangkan sikap-sikap positif seperti berdikari dan berani untuk menyelesaikan masalah. Sebenarnya, aktiviti eksplorasi Iman Firash akan menjadi lebih maksimum sekiranya ditemani oleh Mommy. Ini kerana akan berlakunya proses memahami dan juga proses sokongan. Dengan ditemani ketika melakukan aktiviti ekplorasi, anak akan menjadi gembira serta bahagia. Di sinilah, sebagai Mommy Farah perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan disebabkan keperluan Iman Firash telah berubah dari satu tahap kepada satu tahap yang lain di dalam proses perkembangannya.

Sebaik sahaja menjadi seorang ibu, Farah sedar yang Farah perlu menjadi supermom yang mengetahui serba-serbi dan Farah sedar yang Farah perlu memainkan pelbagai peranan. Percaya tak? Apabila bergelar seorang ibu, anda adalah merupakan seorang pakar yang menjalankan profesion yang berbeza-beza. Anda adalah seorang ibu, anda adalah seorang sahabat, tukang masak, ahli seni, jurulatih dan macam-macam lagi. Anda juga perlu mempunyai kemahiran di dalam beberapa perkara seperti pertolongan cemas, pemandu dan juga penasihat fesyen!

Bagi Farah, anak-anak tidak hanya memerlukan perintah dan larangan, tetapi mereka juga inginkan perkongsian. Mereka tidak memerlukan figura ibu semata, tetapi mereka turut mendambakan "role play" dari seorang ibu. Seorang ibu yang mendengarkan ceritanya, seorang ibu yang boleh memenuhi keinginannya, seorang ibu yang boleh bersama-sama melakukan aktiviti bersamanya. Sesuatu yang tidak dapat dibayar dengan nilai wang ringgit.

Jadi, mommy adalah sahabat Iman Firash bermain, bergurau, merekacipta dan bahu untuk bermanja. Mommy juga adalah tukang masak yang memasak untuk Iman Firash demi memastikan Iman Firash tidak lapar. Mommy adalah ahli seni yang melukis dan mewarna bersama-sama Iman Firash, menyanyi dan menari bersama-sama Iman Firash. Mommy seorang jurulatih yang melatih Iman Firash belajar mengayuh basikal dan menjalankan aktiviti-aktiviti di taman rekreasi serta pusat-pusat gimnasium kanak-kanak. Mommy adalah pemandu yang membawa Iman Firash ke sana ke mari berjalan-jalan dan beriadah. Segala-galanya Mommy lakukan. Dari tidak boleh, Mommy belajar untuk menjadikan boleh. Semuanya? Demi menyokong penerokaan Iman Firash.

DUTCH LADY 4TAHAP NUTRI PLAN™ Membantu Mommy Di Dalam Penerokaan Iman Firash! 2

Akan tetapi, "role play" sahaja tidak mencukupi! Mommy juga memerlukan rakan yang boleh berganding bahu serta dipercayai di dalam menyokong penerokaan Iman Firash. Selain daripada peranan yang dimainkan oleh Farah, Iman Firash memerlukan tenaga dan juga nutrisi yang tepat supaya dapat kekal aktif beraktiviti dan mempunyai perkembangan kecerdasan dan emosional yang sesuai dengan tahap pertumbuhan Iman Firash.

Siapakah rakan Mommy yang ideal untuk berganding bahu di dalam menyokong penerokaan Iman Firash? Tidak lain tidak bukan, susu rumusan untuk kanak-kanak iaitu DUTCH LADY NUTRI PLAN™ EXPLORE 2-4 TAHUN dengan 5X DHA*!

DUTCH LADY 4TAHAP NUTRI PLAN™ Membantu Mommy Di Dalam Penerokaan Iman Firash! 3

DUTCH LADY NUTRI PLAN™ EXPLORE 2-4 TAHUN, rakan ideal Farah yang membolehkan Iman Firash menyerlahkan yang terbaik di tahap kebijaksanaannya, di mana ia membantu menyokong ketahanan semula jadi badan serta fungsi otak Iman Firash dengan kandungan 5X DHA*. Hasilnya? Iman Firash mampu menyelesaikan teka-teki yang mudah, mengenali serta menunjukkan objek yang biasa dilihat dan juga berupaya untuk memadankan objek serta bentuk sepertimana paparan video di bawah:


Sebagai pakar dalam nutrisi kanak-kanak, DUTCH LADY merumuskan 4 TAHAP NUTRI PLAN™ untuk menangani kekurangan khasiat kanak-kanak Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS). Program ini bukan sahaja memberikan nutrisi mengikut tahap, malah mempunyai 5X DHA* yang menyokong perkembangan dan otak kanak-kanak di setiap tahap.
DUTCH LADY 4TAHAP NUTRI PLAN™ Membantu Mommy Di Dalam Penerokaan Iman Firash! 4

Dengan adanya DUTCH LADY 4 TAHAP NUTRI PLAN™ sebagai rakan ideal kami, ibu-ibu ni, kami tidak perlu bimbang dengan kadar nutrisi anak-anak kecil kami sama ada mencukupi ataupun tidak. Ini adalah kerana, DUTCH LADY 4 TAHAP NUTRI PLAN™ memenuhi keperluan nutrisi anak anda dengan membekalkan nutri sesuai untuk setiap tahap kebijaksanaannya. Ia memberikan sokongan padu di dalam memastikan nutrisi yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan anak-anak kecil yang sihat di dalam setiap bancuhan susu di setiap tahap perkembangan.

DUTCH LADY 4 TAHAP NUTRI PLAN™ memainkan peranannya untuk memastikan nutrisi yang mencukupi dibekalkan kepada anak-anak dan ibu-ibu pula boleh fokus di dalam memainkan peranan untuk membimbing anak-anak di dalam aspek yang lain kan?

Wahai ibu-ibu, ketahuilah bahawasanya semua yang diperlukan di dalam perjalanan kehidupan kita sebagai ibu adalah berganding bahu bersama-sama DUTCH LADY 4 TAHAP NUTRI PLAN™. Untuk maklumat lanjut tentang cara bagaimana DUTCH LADY 4 TAHAP NUTRI PLAN™ dengan 5X DHA* dapat menyokong tahap perkembangan kanak-kanak, sila layari www.smartmoments.com.my.

*4 Tahap Nutri Plan™™ merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ® Curious, Explore, Create dan Learn.
* Berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terdahulu (Tahun 2009).

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Huhu...Qaisarapun minum susu Dutch Lady since umur 4 tahun rasenye..huhu

    ReplyDelete
  2. boleh jadi model dah ni ash..
    hehhe.
    next model dutch lady.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !