Sakit-sakit pun, kau masih boleh maintain tersenyum sokmo untuk selfie kannn? Ha ha ha…
Sakit-sakit pun, kau masih boleh bersolek dengan sebelah tangan untuk pergi office kan? Tapi terseksa oiii bila hanya bergantung dengan sebelah tangan iaitu tangan kiri. Memang mencabar rasanya kehidupan selama hampir dua hari ni. Dia punya bisa, berdenyut dan mencucuk-cucuk… Allah jer yang tau macam-mana… Sukar nak digambarkan sehinggakan membuatkan kau tersedu-sedu menangis akibat kesakitan pada hari Khamis malam Jumaat.
. Sakit-sakit ni pun, sibuklah juga kau nak menaip dan memuatnaikkan entri di Bubblynotes.Com kan? Tak boleh duduk diam ke?


Kugagahi menaip menggunakan sepuluh jari dengan tarian jari-jemari yang perlahan di atas papan kekunci komputer riba. Ecewahhh…
… Minat punya pasal! Tak lengkap rutin harian hidup dan rasa kekurangan pula hidup ni kalau sehari tak membebel dan merapu-meraban di Bubblynotes.Com. Sakit pun sakitlah…janji ada gak sesuatu nak bercerita… Kalau kerja di pejabat boleh digagahkan juga menaip dan menulis sikit-sikit walaupun sakit, takkanlah untuk Bubblynotes.Com tak boleh tahan sikit kan? Ha ha ha… Manalah orang nak nampak atau percaya yang kau sakit? Sakit tetapi masih cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Rasalah kan? Bagaimana rakan-rakan yang kekurangan pancaindera ataupun anggota tubuh badan di luar sana melalui hari-hari mereka kan? Mungkin Allah nak bagi sedar dan nak bagi peringat supaya menghargai apa sahaja yang dimiliki di dalam kehidupan ini walaupun mempunyai kekurangan yang tertentu kerana ada lagi orang yang mengharapkan mereka dapat memiliki apa yang dimiliki di dalam kehidupan ini di luar sana. Kan?

Al-kisah… Farah pun tak tau dari mana datangnya dan apa sebabnya, sedari pagi semalam tangan kanan rasa macam tak empuk! Tak empuk meaning rasa tidak selesa dan mula terasa bisa. Tapi pagi semalam, sakit tu sangat mild. Farah ingatkan tak ada apa-apa lah kan? Jadi teruskan sahaja aktiviti harian seperti biasa. Bila masuk jer tengah hari, selepas Farah ambil Firash di tadika dan kembali ke pejabat semula, sakit tu dah mula terasa kuat sedikit. Tapi masih boleh tahan lagi. Dalam pukul 4.00 petang macam tu, makin bisa, berdenyut dan mencucuk-cucuk pula tangan kanan Farah. Tengok macam dah naik bengkak sedikit. Terus tanya dengan jiran di workstation sebelah sama ada, dia ada simpan minyak panas ataupun tidak. Tak ada, tapi Minyak Cap Kapak ada.
Minyak Cap Kapak pun, Minyak Cap Kapak lah… Asalkan berangin dan dapat kurangkan rasa bisa, berdenyut dan mencucuk-cucuk tu sebab banyak kerja yang Farah kena siapkan. Tak boleh tangguh dan Farah tak suka nak tangguh yang benarnya kalau boleh. Rasa lega sikit tetapi masih terasa bisa, berdenyut dan mencucuk-cucuk. Orang kata boleh tahanlah. Still think and feel that I can bear the pain. Bila nak dekat-dekat balik tu, makin lama makin terasa yang tangan ni susah nak angkat. Bila angkat memang sakit sangat oiii… Tak tahan…Mulalah tangan tu kejong jer kan? Tak bergerak… Sampai waktu balik, kau nak ke, tak nak ke, mampu ke, tak mampu ke, boleh ke tak boleh ke, tetapi kena balik juga kan? Tetap kena memandu juga kan? Apa pilihan yang tinggal dan yang kau ada? Makanya, disebabkan sakit terpaksalah memandu dengan sebelah tangan iaitu dengan menggunakan tangan kiri sahaja. Mujurlah kereta yang Farah pandu adalah kereta pacuan 4 roda bertransmisi automatik. Kalau transmisi manual? Haaa…cuba fikir? Macam mana nak balik?
Gagahkan diri memandu dengan sebelah tangan dan fikirkan serta bayangkan Iman Firash jer. Demi nak balik dan jumpa anak yang sedang setia menanti, memang terkejut juga sebenarnya sebab lain macam willpower seorang ibu demi anak. He he he…
… Walaupun memandu sebelah tangan dan agak macam siput daripada kereta di litar F1. Akhirnya berjaya sampai di kawasan taman perumahan. Cuma! Belum sempat sampai rumah…bisa tu semakin menjadi-jadi menyerang! Berhenti ngam-ngam di hadapan Speedmart 99. Nak tutup enjin kereta dengan sebelah tangan kiri, nak tutup pintu kereta dengan tangan kiri. Memang seksa rasanya. Berpeluh-peluh dah menahan kesakitan. Masuk Speedmart 99 dan beli koyok berangin SalonPas. Tampal sekeliling pergelangan tangan, tangan… Kawasan yang sakit semua kena tempek dengan koyok SalonPas.

Gini haa rupanya… Dah bengkak dah pergelangan tangan tu masa ni. Lepas dah tampal tu, jujur Farah kata, tak rasa apa pun… Tak ada rasa panas ataupun rasa menarik ke apa. Nak buat macam mana? Sikit jer lagi, sikit jer… Tahan sikit. Dalam hampir 10.00 malam berjaya sampai rumah. Tak tertanggung rasanya sakit tu. Bisa tu yang paling tak menahan. Sehinggakan nak buka baju pun terpaksa minta tolong Iman Firash. Walaupun masih kecil, ada juga jasa dia…
…

Semakin larut malam semakin teruk dan bengkak naik lebih teruk. Nak urut masa bengkak memang tak bolehlah kan? Bila Ba bah Firash telefon terus berjurai-jurai air mata mengadu sakit…
Biasalah tu kan? Tapi tak lah teruk sampai tersedu-sedu. Bila waktu nak tidur, tangan memang dah atas tilam jer dah… Tak mampu nak angkat-angkat lagi dah. Bancuh susu Iman Firash semua guna sebelah tangan sahaja. Masa tulah menangis tersedu-sedu dengan teruk sebab akhirnya tewas dengan rasa bisa, berdenyut dan mencucuk-cucuk. Mana tidur sangat semalam? Makan pun langsung-langsung tidak. Takkan nak suruh Iman Firash suap pula? Ha ha ha…
… Dah tak ingat apa dah bila rasa sakit tu tak dapat ditahan-tahan lagi.


Pagi tadi pergi pejabat, tangan telah berganti dengan koyok SalonPas yang baru… Bercinta nak bersiap pergi pejabat dengan sebelah tangan oiii… Waktu hantar Iman Firash ke tadika, nasib baik teacher dia tolong ambil Iman Firash dari kereta bila nampak Farah macam terbatas pergerakan. Terima kasih. Pergilah ke pejabat dengan memandu dengan sebelah tangan.
Bila tangan dah mula gemuk dan sembab. Terus decide…Ini tak boleh jadi ni! Kena pergi klinik juga… Selepas hantar Iman Firash balik, terus bergegas ke klinik…
Nahhh! Sebeban ubat! Ubat sapu, ubat tahan sakit dan plaster Panadol Panaflex. Terus sapu, makan dan tampal. Tak boleh tunggu-tunggu lagi dah ni. Selepas tu barulah mula terasa semakin berkurangan rasa bisa, berdenyut dan mencucuk-cucuk tu…Masa tu, barulah kau berani nak sentuh kawasan yang sakit tu dan terasa ada biji-biji kecil pada urat. Ha ha ha…
dah masuk angin lettew! Memang azab rasanya… Hu hu hu… Tak pernah jadi macam ni teruk sekali… Tapi Alhamdulillah, walaupun datang macam ribut pergi macam semut…. Sekarang ni, keadaan sudah getting better. Diharapkan agar esok dah sembuh seperti sediakala… Yalah hujung minggu kan? Nak luangkan masa bermain, bergurau dan beraktiviti dengan Iman Firash. Kesian dia nanti, bila Mommy asyik melayan sakit jer… Moga-moga esok dah baiklah… In Shaa Allah…Amin Amin Ya Rabbal Alamin…

Moga cepat sembuh kak Farah..
ReplyDeleteAllah....kesiannya Farah...saya yg baca pun boleh terasa sakitnya....inikan pulak Farah. Better pegi check di hospital Farah...
ReplyDeletemoga cepat smbuh akak... <3
ReplyDeleteAduhai, saya baca entri pun, rasa mcm seksanya, buat kerja sebelah tangan..bertabahlah ya... GWS Farah!
ReplyDelete