![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Mentang-mentang Iman Firash mula bersekolah tadika pada hari ini, sejak akhir-akhir ini, entri-entri di Bubblynotes.Com banyak berkisar tentang prasekolah atau tadika jer kan? Sesuailah tu kan? Seiring dengan perkembangan Iman Firash dan di tahap di mana Iman Firash berada pada ketika ini. Itu juga menunjukkan yang Farah fokus kepada fasa prasekolah atau tadika Iman Firash pada masa kini. Ecewahhh…
… Tak apalah, kita berkongsi-kongsi informasi sambil-sambil Farah pun belajar sama kan? Tak salah kan? Waktu dia bayi, asyik cerita tentang dunia bayi jer… waktu dia di fasa toddler asyik cerita tentang dunia toddler jer… Waktu dia di tadika…nampak-nampak gayanya macam akan banyak berkisar mengenai alam tadika jer ni… Hu hu hu… Bertabahlah ya dengan entri-entri Bubblynotes.Com ni… Wakakaka… 


Sebaik mana pendidikan prasekolah atau tadika ianya sebenarnya adalah bergantung kepada guru dan juga ibu bapa. Sesetengah perkara – kebiasaannya pada tahun pertama – mungkin tidak seperti yang dijangkakan. Bersikap positif dan realistik terhadap jangkaan kita sebagai ibu bapa. Guru anak-anak kita juga mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Berikut adalah beberapa cara yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk menjadikan tahun pertama persekolahan anak-anak kita semua sebagai tahun yang terbaik bagi mereka:
Eratkan Hubungan Dengan Guru Dan Sentiasa Berkomunikasi
Bertegur sapa dengan guru anak-anak kita apabila kita menjemput anak kita pulang pada setiap hari (bagi sesiapa yang hantar dan ambil sendiri anak-anak masing-masing). Jangan risau sekiranya kita ni jadi seolah-olah jenis ibu bapa yang terlalu rajin sangat bertanyakan perkembangan anak-anak. Guru-guru yang terlatih kebiasaannya faham dan akan mendengar serta memberikan komen yang baik tentang kemajuan pendidikan serta perkembangan semasa anak-anak kita. Berikan galakan dan pujian kepada guru apabila dia melakukan kerjanya dengan baik. Apabila menyuarakan kebimbangan kita, janganlah terlalu menekan. Cuba cari penyelesaian dengan bekerjasama dengan guru-guru anak kita untuk mencapai sesuatu keputusan.
Berbual Dengan Anak Anda Setiap Hari Mengenai PraSekolahnya Atau Tadikanya
Oh Mommy! Oh Mommy! Sekarang ada tugasan baru ya Mommy selain menggosok pakaian seragam setiap hujung minggu…Ahaksss… Sila ingat ya Mommy? Berbual dengan Iman Firash setiap hari! Tanya dia, apa yang dilakukannya hari ini? Adakah dia seronok? Apakah hasil kerja yang dibawanya pulang? Tanya mengenai harinya dan raikan setiap perkara baik yang berlaku kepadanya. Tolong ingat Mommy…Tolonglah ingat… jaga harga diri anak awak tu ya? – Pesanan kepada diri sendiri.
Jangan Sesekali Membandingkannya Dengan Kanak-Kanak Lain
Orang lain sibuk nak mengata anak I macam-macam dan bandingkan anak I dengan anak orang lain (ha ha ha…ni rujuk kepada jiran kawasan taman perumahan Farah yang sibuk dok perli Iman Firash…
)…Lantak pi hang lah… Ignore! Jangan sesekali jadi sama seperti orang-orang macam ni… Setiap kanak-kanak adalah unik dan berkembang pada kadar yang berbeza. Berbincang mengenai kepintaran kawannya akan merendahkan keyakinan dirinya.

Berikan Galakan Kepada Anak
Berikan galakan kepada anak. PraSekolah atau tadika adalah masa yang menyeronokkan bagi anak-anak kita dan dia mungkin mempunyai banyak perkara yang ingin diceritakan. Biarkan dia berbicara dan jangan sesekali menyampuk ceritanya.
Bear in mind, walaupun PraSekolah atau tadika itu penting untuk pendidikan anak-anak kita, ia juga merupakan masa untuk anak-anak kita berseronok, bermain dan penuh kasih sayang. Ia bukanlah masa untuk mengajar mereka sebanyak yang mungkin sebagai persediaan ke sekolah rendah atau membandingkannya dengan anak orang lain. Ia sebenarnya mencipta satu persekitaran baru yang menggalakkan perasaan ingin tahu dan membantu anak-anak untuk suka belajar. Sikap sebegini akan kekal sepanjang hayat dan membantu anak-anak kita di dalam membuat keputusan masa depan.
Sumber Rujukan: Artikel Positive Parenting – temubual bersama Prof Dr. Chiam Heng Keng - Presiden Persatuan Pendidik Profesional Awal Kanak-Kanak Malaysia, Jayawathi Perera – Presiden Persatuan Tadika Malaysia dan Eveleen Ling – Penasihat kepada Persatuan Tadika Malaysia
great tips
ReplyDelete