Oh my gowttt! Ibuuuuu!
This is super duper awesome and nyumehhh! I’ve tried your Asam Pedas
paste! The next time bila Kak Ngah bawa makan di restoran Ibu (ahaksss

berangan nak tunggu
offer Kak Ngah bawa makan di restoran Ibu lagi
since now Kak Ngah
is helping you out with the family business kan?

wink!) memang nak berterima kasih pada Ibu sebab dah membantu memudahkan hidup Farah!

. Sekarang ni, dah tak perlu tunggu bila berkesempatan ke Khadijah’s Kitchen lagi dah, sebabnya dah boleh rasa kelazatan Khadijah’s Kitchen di ceruk mana sekalipun Farah berada! Bukan Farah seorang sahaja, malahan semua rakyat Malaysia sebenarnya. Walaupun mungkin ada di kawasan-kawasan tertentu tidak terdapat cawangan Khadijah’s Kitchen tetapi tetap akan berpeluang merasa kelazatan Khadijah’s Kitchen yang sering digembar-gemburkan oleh ramai orang yang sememangnya sudah biasa menjamu selera di Khadijah’s Kitchen. Bagaimana? Macam biasa… He he he…

kenalah baca entri Farah ni sehingga ke ayat terakhir kannn?
Ehemmm! Berita baik bagi yang sentiasa mengejar masa, tak cukup masa, nak cepat mahupun yang tak reti nak memasak sangat!

… Anda tidak perlu bersusah payah cuak, sakit kepala, pecah kepala fikir bagaimana nak jadikan masakan anda sedap bila mana mertua, ahli keluarga, sahabat handai mahupun sendiri nak rasa diri sendiri masak dengan sungguh lazat. Yang diperlukan adalah kepakaran anda merasa sama ada garam dan gula ataupun serbuk perasa mencukupi bagi sesuatu masakan itu sahaja. Tu jer! Yang lain-lain serahkan pada Khadijah’s Kitchen. Biar Khadijah’s Kitchen yang melakukan kerjanya.

. Sungguh!
Farah kongsi ni bukan apa… al-maklumlah, semenjak dua menjak bila Iman Firash dah memulakan alam persekolahan tadika dia ni…semakin
juggling rasanya kehidupan sehari-hari. Terkejar-kejar itu, terkejar-kejar ini… Itu nak buat, ini nak buat, sampaikan waktu makan untuk diri sendiri pun boleh jadi lupa. Kadang-kadang tu, memang seharian dan berhari-hari tak menghadap makanan. Minum air jer… Muahahaha…

Tu anak sorang tu oiii! Bayangkan kalau ramai macam mana? Lagilah kan? Sama-sama faham sudahhh… Betul tak? Tapi tulah, teruk betul kalutnya Farah sejak kebelakangan ini.
Mujurlah ada pes Khadijah’s Kitchen yang telah menjadi penyelamat yang telah memudahkan hidup Farah. Ihiksss…

Kalau tak… tak taulah macam mana…

Siap dimasak di dalam tempoh masa yang amat singkat! Hanya 10 minit sahaja yang diperlukan!

Satu kotak pes Khadijah’s Kitchen boleh mencukupi untuk hidangan seramai 5-6 orang!

100% dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi.

Tiada MSG.

Tiada bahan pewarna.

Tiada
artificial preservative.

Tiada
artificial flavouring.
Memang mudah sangat-sangat aihhh! Sungguh! Tarak tipu punya demi semata nak melakukan produk Khadijah’s Kitchen ya? Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang telah berkesempatan mencuba pes dari Khadijah’s Kitchen. Caranya? Ini Farah berikan satu contoh ya? Asam pedas…
Bahan-Bahan:
1 x kotak pes asam pedas Khadijah’s Kitchen.
2 x ikan cencaru (Farah guna ikan cencaru, anda nak guna ikan apa atau apa-apa jenis makanan laut, itu terpulang kepada selera anda) – saiz sederhana.
200ml air.
6 x bendi.
1 x bunga kantan.
1 raut daun kesum.
Garam, gula atau serbuk perasa secukupnya.
Cara-Cara Penyediaan:
1. Masukkan 1 pek pes asam pedas Khadijah’s Kitchen ke dalam periuk.
2. Tambahkan 200 ml air dan didihkan campuran.
3. Masukkan ikan dan biarkan sehingga mendidih. Sebab nak sedap lagi, boleh tambahkan juga sendiri bunga kantan, daun kesum dan juga bendi.
4. Garam, gula atau serbuk perasa secukup rasa.
5. Masak selama 8 minit dan tadaaa! Siap dah! Boleh hidangkan dan terus makan!

Senang tak? Senang kannn? Bukan setakat pes asam pedas sahaja ya? Malah terdapat pelbagai pes yang boleh menjadi pilihan anda. Antaranya:
Memang boleh sangat dah kalau nak tunjuk skil memasak kepada ahli keluarga, mertua, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang datang bertandang ke rumah. Boleh sangat juga menjadikan hidup kita ni senang lenang dengan adanya pes-pes pelbagai jenis masakan dari Khadijah’s Kitchen. Farah suka!

… Jimat bawang, jimat masa… he he he… Dan… Untuk pengetahuan anda, pes-pes Khadijah’s Kitchen adalah diperakui dan diberikan penganugerahan seperti yang tertera di bawah berikut:
Jadi tak perlu risau apa-apa ok? Selamat! Berkualiti! Diyakini halal.

. Dari segi rasa? Kalau cukup garam, gula atau serbuk perasa…Memang
tip top. Kena pandai
adjust dengan rasa ya? Dekat mana nak beli? (Bagi yang belum pernah beli)… Setakat ni yang Farah nampak dan tahu adalah melalui laman jualan atas talian Jaya Grocer dan juga di Giant. Cubalah tengok-tengok kot-kot kalau anda terjumpa kat mana-mana lagi ya? Nanti bagi tahu Farah…Kot-kot di TESCO ke? Di AEON ke? Kannn?
Untuk Maklumat dan Informasi Lanjut:
Wah makin banyak produk macam ni, senang la nak masak lepasni =)
ReplyDeleteNew Update: How My Senior Year?