SNAP, POST & WIN DC Justice League! - Suka-Suka Dan Cuba-Cuba...

Farah Waheda Wahid
1
SNAP, POST & WIN DC Justice League! - Suka-Suka Dan Cuba-Cuba...SNAP, POST & WIN DC Justice League! - Suka-Suka Dan Cuba-Cuba...2

Ehem...ehem! Open-mouthed smile hi haaa... kumpulan superheroes yang dikenali  sebagai Justice League ataupun Justice League of America yang terdiri  daripada tujuh (7) ahli kesemuanya iaitu Batman, Aquaman, The Flash, Green Lantern, Cyborg, Superman dan Wonder Woman. Siapa kata Farah tak kenal watak superheroes dari buku komik Amerika yang terkenal sejak bertahun-tahun lamanya yang diterbitkan oleh DC Comics.Farah tau ok? Winking smile

Bukan Iman Firash yang ajar, tetapi diri sendiri memang tahu dan diri sendiri memang sedari kecil mengikuti siri animasi yang berkenaan. Nampak jer macam ratu air mata Farah ni (ahaksss memang ratu air mata pun... meleleh jer air mata ni senantiasa), tetapi jiwa tetap kental juga ni oiii... Tak adalah terhad kepada Care Bears ataupun Looney Tunes jer! Justice League pun tersenarai dalam salah satu animasi kegemaran Farah.
 
Borak-borak tentang Justice League ni, suka-suka terasa nak mencuba untuk menyertai peraduan DC Justice League Snap, Post and Win yang sedang berlangsung pada waktu ini. Rolling on the floor laughing  Farah memang suka sertai peraduan... (bila tiba rajinlah kannn?). Ada dua (2) peraduan yang sedang berlangsung sebenarnya...

Yang pertama adalah:

SNAP, POST & WIN DC Justice League! - Suka-Suka Dan Cuba-Cuba...3 

Peraduan ini dinamakan sebagai Weekly Giveaways yang mana langkah-langkah penyertaan adalah sepertimana yang tertera di bawah berikut:
 
Untuk menyertai peraduan Weekly Giveaways di Instagram ini, *Tiada pembelian diperlukan.
 
Langkah 1 :
Rakamkan gambar anda dengan gaya yang paling kreatif bersama-sama barangan DC Comics yang telah anda beli.
 
Langkah 2 :
Muat naik gambar anda di Instagram dengan menggunakan hashtag #DCSuperHeroesMY dan kongsikan gambar yang telah dimuatnaik tadi di timeline Facebook anda.
 
PERHATIAN:
Akaun Instagram dan Facebook anda mestilah berada di dalam setting "Public".
 
Hadiah yang ditawarkan adalah:
 
Minggu Pertama
20 unit baucar tunai DC Comics Super Heroes yang bernilai RM30.00 (Kafe)
 
Minggu Kedua
20 unit baucar tunai DC Comics Super Heroes yang bernilai RM30.00 (Retail)
 
Minggu Ketiga
20 unit baucar tunai P Hiten yang bernilai RM50.00
 
Minggu Keempat
20 unit baucar tunai TOMEI yang bernilai RM50.00
 
MingguKelima
20 unit pas masuk ke Penang Amazing World Studios
 
Tambah  menarik lagi??? adalah Sweepstakes Contest namanya...
 
SNAP, POST & WIN DC Justice League! - Suka-Suka Dan Cuba-Cuba...4
 
 
Langkah 1 :
Untuk menyertai peraduan What's App ini, anda perlu membeli mana-mana produk atau barangan DC Comics.
 
Langkah 2 :
Anda layak untuk mendapat 1 mata bagi setiap RM10.00 yang dibelanjakan di atas satu resit. Lebih banyak mata yang anda dapat, lebih tinggi peluang anda untuk menang. Yeay!!!
 
Langkat 3 :
Hantarkan foto resit pembelian anda kepada  +60 10 980 0375 beserta nama penuh, alamat emel dan juga no telefon anda.
 

Wohooo! Hadiah lumayan sey!
 
Pemenang Pertama
Pakej Percutian Keluarga seramai 4 orang ke Studio City, Macau (Batman Dark Flight and WB Fun Zone)!
 
*Untuk maklumat lanjut sila rujuk:
 
 
Pemenang Kedua
2 x loket yang berjenama DC oleh TOMEI.
 
Pemenang Ketiga
3 x Bagasi Batman bersaiz 24"
 
Pemenang Saguhati
10 x DC Gift Pack.
 
Bukannya susah sangat pun... He he he, itu yang menjadikan Farah rajin untuk menyertai ni! Errr... Jomlah kita sama-sama sertai peraduan ni? Mana tau kot-kot ada rezeki yang kita dapat out of this kan?
 
Dah dah dah..jangan buang masa, jomlah sertai Farah untuk menyertai peraduan ini... Kita tengok nanti siapa yang bertuah yang dapat hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.Winking smile





































































Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !