Perkembangan Anak: Penerapan SKIL BERFIKIR…

Farah Waheda Wahid
0
PERKEMBANGAN ANAK _ PENERAPAN SKIL BERFIKIR
Kredit Gambar: Google - Diubahsuai Mengikut Kesesuaian Entri

Ilmu memang tak pernah habis… Semakin anak membesar, semakin giat pencarian ilmu keibubapaan dan juga semakin menebal perasaan ingin belajar itu supaya Farah dapat keep up with the pace dengan stail anak-anak pada masa kini. Dulu dan kini kan berbeza? Manakan sama? Jadi tak bolehlah nak treat anak mengikut zaman sewaktu kita membesar dahulu seratus peratus…Ada yang masih bersesuaian, ada yang sudah tidak relevan dengan keadaan masa kini…Makanya…kenalah pandai-pandai mix and match kan? Hoihhh! Mencabar sungguh rupanya dunia keibubapaan… It is indeed broad jika nak difikir-fikirkan secara telus dan terperinci…

What I’m gonna share in this entry is something that I’ve stumbled upon an article about thinking skills. Penerapan skil berfikir di kalangan anak-anak. Farah dapati ianya adalah sesuatu yang jarang diperbincangkan dan menarik untuk dijadikan sebagai perkongsian bersama untuk ilmu kita bersama-sama.


Kita selalu kaitkan penerapan skil berfikir dengan sekolah. Kita sering harapkan tanggungjawab mendidik anak dengan HOTS atau KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dipikul oleh guru-guru. Tahukah anda ibubapa adalah pendorong utama untuk anak berfikir?Tahukah anda amalan keibubapaan (parenting styles and practices) boleh memudaratkan proses pemikiran anak?Ibubapa sering berniat baik hendak membantu, membimbing dan melindungi anak-anak dari kesusahan tetapi tanpa sedar ibubapa telah membantutkan problem solving skills anak kerana ibubapa “tolong” selesaikan semua masalah anak.


Rescue Trap

Contoh: Apabila ibu bapa belikan apa yang menjadi trend dan kerana “semua kawan ada”, ibu bapa menyebabkan anak terlepas peluang untuk belajar menangani dan mengatasi tekanan sosial. Ini juga adalah skil berfikir. Akibatnya anak menjadi follower dan bukannya leader. Sepatutnya ibu bapa berbincang dengan anak tentang pro dan kontra dan sama ada itu satu kemahuan (want) atau keperluan (need).

Hurried Trap

Kajian mendapati bahawa anak yang kebosanan sering menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Tidak perlua terlalu cepat hendak menyelamatkan anak dari merasa bosan. Biar anak meneroka segala bahan dan pilihan yang ada baik di dalam atau di luar rumah untuk mengisi masa terluang. Masalah timbul apabila kita menggalakkan anak mengisi kebosanan ini dengan skrin dan gajet semata-mata. Cuba biarkan anak “bosan” tanpa gajet dan lihat sendiri betapa kreatifnya anak.

Giving Trap

Mengajar anak tentang nilai wang dapat mendidik anak untuk bersabar, merancang dan menabung jika ingin mendapatkan sesuatu. Skil ini boleh dipupuk dari kecil lagi. Jika ibubapa belikan dan sediakan semua, anak tidak akan tahu erti tanggungjawab. Biar anak belajar untuk merancang kerana ini adalah skil yang penting sehingga dewasa.

Yang terbaik jadikan aktiviti berfikir itu sebagai satu gaya hidup atau lifestyle di dalam kehidupan seharian dan bukannya hanya untuk subjek Matematik dan Sains di sekolah sahaja.

Rujukan dan Sumber: SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !