Penyakit ‘AIN (Mata Jahat)!

Farah Waheda Wahid
3
PENYAKIT 'AIN (MATA JAHAT)!

Uhuksss… Sick smile I’m choking! Ya betul… Farah mengaku! Sejak Iman Firash lahir, sememangnya banyak ya ampun! Gambar-gambar dia yang Farah muat naik ke laman media sosial dan juga blog. Dah namanya parenting blogger… Farah kebanyakan pada masanya memang suka menggunakan gambar-gambar sendiri termasuklah gambar Iman Firash untuk entri-entri yang berkaitan dengan parenting. Termasuklah entri ini, sepertimana paparan gambar yang anda boleh lihat di atas.

PENYAKIT 'AIN (MATA JAHAT)! 2

Memang melambak-lambak dan beribu-ribu gambar Iman Firash yang telah dimuatnaik ke laman media sosial Farah. Kita memang biasa kongsi gambar bayi dalam media sosial sama ada di Facebook atau Instagram. Rasa seronok dan bahagia dengan kehadiran bayi di dalam hidup kita. Smile. Tak semua orang ada penyakit suka muat naik gambar anak macam Farah ni ha… Tapi hampir kebanyakan orang melakukan perkara yang sama, cuma kuantitinya sahaja serta bilangan kekerapannya sahaja yang mungkin berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Agaknya, dah naik menyampah dah orang dok perhati atau nampak Farah ni dok asyiklah muat naik gambar-gambar Iman Firash kannn? Hu hu hu…. Eye rolling smile.

Hakikatnya ada sebab mengapa orang-orang zaman dahulu tidak membenarkan kita menunjukkan gambar anak yang baru dilahirkan kepada tatapan umum. Dibimbangi akan memakan diri kerana ada mata jahat yang sedang memerhati. Itulah PENYAKIT ‘AIN.

Apakah Penyakit ‘Ain?

Penyakit ‘Ain adalah penyakit yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Rasulullah SAW bersabda:

Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkatan padanya, kerana sesungguhnya penyakit ‘ain itu haq (benar). (HR Ahmad).

Dari Ibu Abbas r.s, Nabi SAW bersabda:

‘Ain (mata jahat) itu benar-benar ada, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar, maka akan didahului oleh ‘ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah. (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW  bersabda:

Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari ‘ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ‘ain itu haq (benar) (HR Ibnu Majah).

Jenis-Jenis ‘Ain

Ibnu Qoyyim mengatakan bahawa penyakit ‘ain ada dua jenis iaitu:
a. ‘Ain insi (‘ain berunsur manusia).
b. ‘Ain jinni (‘ain berunsur jin).

Diriwayatakan dengan shahih dari Ummu Salamah bahawa Nabi SAW pernah melihat seorang kanak-kanak perempuan di rumahnya yang wajahnya kelihatan kusam. Baginda berkata, “Ruqyah budak perempuan ini, dia terkena ‘ain. (Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, Al-Hakim, Abu Nu’aim dan Al-Isma’ili dalam Mustakhroj-nya serta Ath-Thoboroni).

Al-Husain bin Mas’ud Al-Farro berkata: Adapun sabda beliau “sa’fatun (kusam) bermakna “Nadzrotun” (terkena ‘ain dari unsur jin).

Tanda-Tanda Bayi Terkena ‘Ain

Bayi baru lahir dan anak-anak kecil sangat mudah terkena penyakit ‘ain apatah lagi sekiranya anak tersebut mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak lain seperti terlalu comel, montel, sihat, ceria dan lain-lain yang boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Sekiranya anak anda ada tanda-tanda berikut, dia kemungkinan terkena penyakit ‘ain.

a. Bayi menangis tanpa sebab tanpa berhenti-henti.
b. Mengalami kekejangan tanpa sebab yang jelas.
c. Tidak mahu menyusu susu ibu tanpa sebarang punca yang pasti.
d. Keadaan badan yang kurus kering.

Aisyah r.a. berkata: “Suatu ketika Nabi masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda berkata, “Mengapa bayi kamu menangis? Kenapa tidak dibacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari  penyakit ‘ain?

Cara Mengelakkan Anak Dari Penyakit ‘Ain

a. Elakkan anak daripada bahaya ‘ain dengan kerap membacakan ruqyah-ruqyah (bacaan) yang diajarkan dalam Islam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW memohon perlindungan Allah untuk Hasan dan Husain dengan doa yang bermaksud:

Aku berlindung kepada Allah untuk kalian berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat. (HR Abu Daud).

b. Janganlah keterlaluan menunjukkan kelebihan menakjubkan yang dimiliki oleh anak-anak kerana dibimbangi akan mengundang rasa iri hati dan pandangan mata yang jahat. (HR Abu Daud)

c. Hendaklah ibu bapa tidak berlebihan menceritakan kelebihan atau kebaikan anaknya yang tidak dimiliki oleh anak orang lain sehingga boleh mengundang rasa iri hati dan dengki sesiapa sahaja yang mendengarnya, kemudian berusaha melihatnya hingga Allah mentakdirkan terjadinya pengaruh buruk ‘ain tersebut.

Langkah Perlu Dilakukan Sekiranya Anak Terkena ‘Ain

a. Jika pelakunya diketahui, hendaklah orang tersebut disuruh mandi kemudian orang yang terkena pengaruh mata jahat itu mandi menggunakan bekas air mandi orang tersebut. Hal ini sebagaimana kisah sahabat Nabi SAW, Sahl bin Hunaif r.a. dalam hadis yang telah lalu, bahawa Nabi SAW memerintahkan Amir Bin Robi’ah untuk mandi dan sisa air mandinya disiramkan pada Sahl bin Hunaif r.a.

b. Memperbanyakkan membaca surah Al-Ikhlas, surah al-Falaq dan an-Naas, al-Fatihah, ayat kursi, dua ayat terakhir surah al-Baqarah dan membaca doa-doa yang disyariatkan dalam ruqyah.

c. Membaca doa yang bermaksud: “Dengan menyebut nama Allah, aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang menyakitiu, dan dari kejahatan setiap jiwa atau mata orang yang dengki. Mudah-mudahan Allah SWT menyembuhkanmu. Dengan menyebut nama Allah, aku mengubatimu dengan meruqyahmu.” (HR Muslim no. 2186 (40) dari Abu Said r.a.).

d. Membacakan pada air (dengan bacaan–bacaan ruqyah yang syar’i) disertai tiupan, dan kemudian meminumkan pada penderita, dan sisanya disiramkan ke badannya. Hal itu pernah dilakukan Rasulullah s.a.w kepada Tsabit bin Qois. (HR. Abu Daud no. 3885)

e. Dibacakan (bacaan) pada minyak dan kemudian minyak itu disapukan. (HR Ahmad III/497,lihat silsilah al-Ahaadits as-Shohihah :397). Jika bacaan itu dibacakan pada air zam-zam, maka yang demikian itu lebih sempurna jika air zam-zam itu mudah diperoleh atau kalau tidak,boleh juga dengan air hujan.
Sebaiknya apabila kita melihat bayi yang comel dan cantik dan berasa kagum dengan kecomelannya, hendaklah kita mengucapkan pujian-pujian kepada Allah SWT. Ini kerana penyakit 'ain bukan hanya disebabkan oleh orang yang iri hati dan dengki terhadap apa yang dipandangnya, tetapi juga setiap mata yang memandang kagum terhadap sesuatu dengan izin Allah juga boleh menyebabkan penyakit 'ain walaupun orang tersebut tidak bermaksud menimpakan 'ain.
Di antara sunnah yang patut kita lakukan apabila kagum terhadap apa yang dilihat iaitu:
  • "Barakallahhufihi" yang bermaksud Ya Allah semoga Allah memberkati dirinya.
  • "Allahumabarik'alaihi" yang bermaksud Ya Allah berkatilah atasnya.
  • "Allahumabariklahu" yang bermaksud Ya Allah berkatilah baginya.
  • Ucapkan "Masya' Allah la quwwata illa billah" yang bermaksud Sungguh atas kehendak Allahlah semua ini wujud.

Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 39. Imam Ibnu Katsir mentafsirkan ayat tersebut dengan mengatakan :”Ketika engkau masuk suatu kebun dan kau merasa takjub akan keindahannya, mengapa engkau tidak memuji Allah atas nikmat yang telah diberikan kepadamu seperti nikmat harta dan anak keturunan yang tidak diberikan kepada selain engkau dan mengapa kamu tidak mengucapkan masya’Allah la quwwata illa billah.
Petikan artikel dari: SINI
Sumber: www.alquran-sunnah.com

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Maznee pernah dengar tentang ain ini. Memang ada manusia yang Allah swt kurniakan kelebihan begini. 😅

    Samada orang itu tahu ataupun tidak. Sebab itu kita digalakkan bersederhana dalam semua urusan. Media sosial tak terkecuali 😅

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  2. Sy pun suka juga upload gambar anak kt media sosial..kdg2 rasa puas tapi tkdak niat pun nk menunjuk tau

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !