Minggu ni, Farah decide untuk slotkan entri parenting awareness and parenting alert untuk semua ibu bapa di luar sana di dalam entri Farah di Bubblynotes.Com. Moga-moga apa yang bakal Farah kongsikan ini, dapat memberikan manfaat kepada kita semua sebagai ibu bapa. Tidak kira sama ada anak-anak kita adalah lelaki mahupun perempuan, sebagai ibu bapa sememangnya amat penting untuk kita memahami dan mengetahui dengan terperinci mengenai PENDERAAN SEKSUAL.
Apa Itu PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK?
PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
PORNOGRAFI KANAK-KANAK
Apabila perlakuan seks kenak-kanak direkodkan dan diterbitkan. Semua pornografi kanak-kanak adalah PENDERAAN SEKSUAL dan ianya adalah SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG.
PENDERAAN SEKSUAL – PERBUATAN SENTUHAN
Interaksi seksual pada bahagian sulit kanak-kanak, memasukkan objek ke bahagian sulit, mulut atau dubur, seks oral dan meliwat, mencium menggunakan lidah, menyentuh secara seksual dengan meraba bahagian sulit dan bahagian badan.
PENDERAAN SEKSUAL – PERBUATAN TANPA SENTUHAN
Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak, menggalakkan kanak-kanak dengan kata-kata, menipu, memaksa atau mengugut kanak-kanak untuk melakukan sebarang aktiviti seksual atau pelacuran, pameran, menggalakkan kanak-kanak untuk melihat bahagian sulit, panggilan lucah, menghantar kata-kata lucah dan merekod video serta gambar-gambar.
Siapakah PENDERA SEKSUAL Kanak-Kanak?
Di dalam kebanyakkan kes, orang yang sering menjadi pendera seksual kanak-kanak adalah orang-orang yang kita kenali dan mungkin juga adalah orang-orang yang rapat di sekeliling kita. Mereka mungkin adalah ayah, ibu, adik-beradik, sepupu, ibu tiri, ayah tiri, datuk, ahli keluarga, penjaga dan rakan-rakan tidak kira sama ada tua atau muda. Lebih dari 90% (rujukan:
https://www.nsopw.gov/en/Education/FactsStatistics?AspxAutoDetectCookiesSupport=1), kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seks mengenali pendera mereka. Mereka selalunya didera oleh orang-orang yang dipercayai seperti ahli keluarga (di sekolah, kelab sukan, pusat jagaan harian, institusi, jiran-jiran) dan sesiapa sahaja yang disangkakan boleh dipercayai dan dihormati.
IBU BAPA DAN PENJAGA,
sila nasihatkan anak anda seawal umur 3 tahun bahawa:
“Tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk menyentuh alat sulit mereka”
“Sentuhan adakalanya akan menyebabkan anda merasa tidak selesa walaupun anda mungkin menyukai orang tersebut. Apabila anda merasa tidak selesa, anda perlu berkata TIDAK dan beritahu ibu bapa!”
Upcoming Next: Mencegah Kanak-Kanak Daripada PENDERAAN SEKSUAL
Takutkan Farah..
ReplyDeleteMacam2 kes penderaan seksual ni kan..
Semoga anak2 kita dalam lindungan Allah..
Kena hati hati hantar anak pergi nurseri dan pusat jagaan.
DeleteMacam macam sekarang
⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔
Kesian tengok budak-budak mangsa dera ni ..
ReplyDeletesinggah sini dan follow ❤
http://mellyacrayola.blogspot.my/