Senyuman itu adalah sedekah! Senyuman itu adalah pemanis dan penyeri wajah! Ketawa itu lambang hati yang riang, ceria serta terhibur tetapi tidak semestinya senang!
. Perkara yang paling mudah untuk mewujudkan aura positif di dalam diri kita dan juga untuk terus menghadapi perjalanan kehidupan setiap hari. Tapi tak adalah ketawa sepanjang masa kan? Kalau ketawa sepanjang masa tu…nanti orang kata gila pula… Muahaha…
.


Tahukah anda yang sebenarnya ketawa itu memberikan kecantikan dari dalam? Hah?
… macam mana pula tu?

1. Banyak kajian tentang proses penuaan membuktikan bahawa ketawa menggalakkan peredaran darah ke kepala dan hati. Kitaran darah yang lancar sangat bagus untuk kesihatan total juga mencerna kecantikan dari dalam.
2. Ketawa tanpa sekatan memberikan kelegaan buat fizikal seseorang. Beberapa bahagian otot turut bersenam bersama ketika kita ketawa termasuklah diafragma, otot abdomen dan bahu. Inilah aktiviti senaman yang paling ringkas dan mudah.
3. Peredaran darah ditingkatkan pada semua organ utama termasuklah otak! Apabila kesihatan organ utama dalam keadaan baik, ia jelas terpancar pada seri wajah seseorang.
4. Sesetengah laporan kajian, ketawa dapat mengurangkan kesakitan. Pakar perubatan juga menggunakan terapi ketawa di dalam rawatan kanser bersama penyakit kronik lainnya.
5. Apabila kita ketawa, tahap hormon stres dikurangkan dan tahap hormon sihat ditingkatkan. Sistem imunisasi dilancarkan dengan pembebasan endorphins, yakni natural feels-good chemicals.
Sumber: SINI
*Yang tak pandai ketawa tu, belajar-belajarlah ketawa ya? Yang selalu ketawa tu, jangan selalu sangat…nanti orang kata tak siuman pula ya tak? Sedang-sedang ajer cukuplah kannn?
Kecantikan dalaman bermula dari dalam. Jika kita positif, yang pahit pun ada manisnya
ReplyDelete