Kegembiraan Tidak Ternilai Apabila KUAT DARI DALAM Bersama FRISO GOLD Berteknologi LocNutri!

Farah Waheda Wahid
3
KEGEMBIRAAN TIDAK TERNILAI APABILA KUAT DARI DALAM BERSAMA FRISO GOLD BERTEKNOLOGI LOCNUTRI

Bukannya sehari! Bukannya dua hari! Bukannya seminggu! Mahupun sebulan! Akan tetapi, telah bertahun-tahun lamanya kami setia bersama susu formula berjenama FRISO GOLD di dalam diet harian Iman Firash! Buktinya? Anda boleh rujuk kepada entri lama Farah yang bertajuk Percubaan Pertama Dengan FRISOLAC…

KEGEMBIRAAN TIDAK TERNILAI APABILA KUAT DARI DALAM BERSAMA FRISO GOLD BERTEKNOLOGI LOCNUTRI 2

KEGEMBIRAAN TIDAK TERNILAI APABILA KUAT DARI DALAM BERSAMA FRISO GOLD BERTEKNOLOGI LOCNUTRI 3

Ini adalah kisah di mana bermulanya perjalanan Iman Firash dengan susu formula berjenama FRISO… Yang mana, secara jujurnya Farah akui, bahawasanya, walaupun ianya merupakan bancuhan kali pertama sewaktu mula-mula dahulu pada tahun 2014, Iman Firash telah memberikan maklum balas yang sangat positif yang menyampaikan maksud bahawasanya dia sangat menyukai rasa susu berjenama FRISO. Bagi seorang ibu pula, Farah akui, Farah suka dengan bau susunya yang wangi! Winking smile. Sekalipun, susu tidak pernah dibazirkan setelah Farah betul-betul tekad beralih kepada susu formula berjenama FRISO. Untuk pengetahuan anda, dari FRISOLAC, Farah telah meneruskan konsumsi susu formula Iman Firash kepada FRISO GOLD 3. Smile.

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1481037496892","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":565,"subsource":"done_button","total_editor_time":37,"brushes_used":0} 

Setiap bancuhan… licin! Thumbs up Bagus! Tidak sia-sia dan tidak rugi rasanya berbelanja ratusan Ringgit Malaysia untuk bekalan susu formula Iman Firash apabila dia sangat menyukainya. Smile. Menurut nenek Iman Firash (sebabnya Farah adalah seorang di bawah kategori lactose intolerant) … rasa susu formula berjenama FRISO GOLD ini adalah sangat sedap dan tidak manis! Sebab itu, mungkin Iman Firash sangat menyukai susu formula berjenama FRISO GOLD. Baunya bagi Farah sememang bau Vanilla yang harum dan lembut. Ini adalah pandangan jujur sebagai seorang ibu yang telah berpengalaman dengan produk FRISO GOLD ya! Bukannya sembang-sembang kosong tau! Kalau tak percaya, anda boleh cuba untuk menghidu baunya sendiri jika ada peluang yang bersesuaian. Cuba hidu dulu, kemudiannya anda akan bersetuju dengan apa yang Farah nyatakan di dalam entri ini. Farah yakin! Smile.

Langkah 2, Langkah 3 telahpun selamat dilalui serta ditempuhi… Kini langkah yang seterusnya adalah meneruskan diet harian Iman Firash dengan FRISO GOLD LANGKAH 4 pula!

KEGEMBIRAAN TIDAK TERNILAI APABILA KUAT DARI DALAM BERSAMA FRISO GOLD BERTEKNOLOGI LOCNUTRI 5

Kenapa perlu beralih kepada yang lain? Sedangkan Farah tidak ada alasan pun untuk beralih setelah bertahun-tahun menjadi seorang ibu yang setia membancuh susu formula berjenama FRISO GOLD untuk Iman Firash? Dan mengapa Farah setia serta memilih susu formula berjenama FRISO GOLD? Tentu ada sebabnya, pasti ada alasan yang konkrit untuk itu kannn? Lebih-lebih lagi apabila yang terkini, susu formula berjenama FRISO GOLD kini telah berteknologi LocNutri.
KEGEMBIRAAN TIDAK TERNILAI APABILA KUAT DARI DALAM BERSAMA FRISO GOLD BERTEKNOLOGI LOCNUTRI 7

Susu formula FRISO GOLD adalah merupakan susu formula yang dihasilkan oleh alam semulajadi di mana, susu berkualiti tinggi adalah merupakan titik permulaan bagi menghasilkan susu tepung yang berkualiti tinggi. Susu formula FRISO GOLD datangnya dari ladang-ladang milik pihak FRISO sendiri sebanyak 19,000 buah ladang syarikat yang menggunakan kepakaran mereka di dalam bidang tenusu selama 140 tahun untuk mencipta persekitaran yang ideal bagi menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Lembu-lembu di ladang mereka, diberikan makanan yang berkualiti bagi memastikan ianya menghasilkan susu yang berkualiti. Dari tahun ke tahun, kepakaran mereka di dalam bidang tenusu ini telah diwariskan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain.

Seterusnya, sepertimana yang telah Farah nyatakan mengenai teknologi terkini LocNutri, apakah itu LocNutri yang sebenarnya? Begini… biar Farah terangkan serba sedikit mengenai teknologi LocNutri supaya anda jelas dan tidak tertanya-tanya… Smile





Berdasarkan video yang Farah paparkan di atas, Farah yakin anda telah memahami serba sedikit mengenai LocNutri. Jika tidak sepenuhnya sekurang-kurangnya sedikit pasti anda faham dan pasti kini anda mengetahui alasan utama Farah memilih susu formula berjenama FRISO GOLD untuk Iman Firash. Jika masih yang ada kabur pemahaman dan juga samar-samar mengenai teknologi LocNutri ini, sukalah kiranya Farah untuk menerangkan lebih lanjut secara bahasa mudah supaya anda dapat memahami apakah itu teknologi LocNutri yang sebenarnya.

KEGEMBIRAAN TIDAK TERNILAI APABILA KUAT DARI DALAM BERSAMA FRISO GOLD BERTEKNOLOGI LOCNUTRI 6

Hakikatnya, makanan sering diproses di dalam suhu kepanasan yang tinggi dan ini menyebabkan kebanyakan struktur semula jadi protein menjadi rosak atau dihapuskan. Sama juga halnya dengan susu formula. Apabila protein rosak, ia sukar untuk diserap oleh usus dan perkara ini boleh menyebabkan anak-anak kecil kita mengalami MASALAH PENGHADAMAN, KEMBUNG PERUT, SEMBELIT atau PERUT YANG TIDAK SELESA.

Teknologi LocNutri adalah direka bentuk khusus untuk menangani permasalah seumpama ini. Protein memainkan peranan yang penting di dalam PENGHASILAN OTOT, KULIT serta RAMBUT. Ia juga MENYOKONG SISTEM IMUN dan MEMBANTU PENGHASILAN ANTIBODI.  Teknologi LocNutri FRISO GOLD adalah merupakan satu teknologi di mana ianya berfungsi untuk memelihara nutrien di dalam bentuk asalnya. Nutrien yang berada di dalam bentuk asal adalah lebih mudah untuk diserap. Bagi susu formula berjenama FRISO GOLD, teknologi LocNutri menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan susu formula FRISO GOLD supaya PROTEIN dapat dikekalkan dengan sebaik yang mungkin di dalam struktur asalnya.

Berdasarkan penerangan yang Farah telah kongsikan di atas, yang Farah sangat suka adalah apabila susu FRISO GOLD dihasilkan oleh alam semulajadi dan ditambahbaikkan dengan sains! Ini adalah sebab utama kenapa Farah terus memilih untuk setia bersama susu formula berjenama FRISO GOLD. Jujur Farah akui, sepanjang beberapa tahun ini, bukannya ingin mendabik dada ataupun berbangga mahupun riak, kenyataannya Alhamdulillah, sedari usia bayi, setakat ini, Iman Firash belum pernah lagi mengalami sebarang masalah penghadaman, kembung perut, sembelit ataupun masalah perut yang tidak selesa. Farah gembira kerana keputusan Farah untuk beralih kepada susu formula berjenama FRISO adalah satu keputusan yang tepat dan bijak.

A photo posted by Farah Waheda Wahid (@farahwaheda) on

Tahun-tahun awal anak kecil adalah merupakan tahun-tahun yang penting, detik-detik yang penting di dalam kehidupan mereka kerana di dalam tempoh masa ini, anak-anak kecil sedang berkembang di mana terdapat pelbagai pengalaman menanti yang sedia untuk diterokai oleh mereka. Apabila,ibu bapa mengambil berat akan kesihatan anak-anak bukan sekadar dari luaran tetapi dari dalaman, ia adalah sesuatu yang sangat bermakna yang diperlukan oleh anak-anak kecil sebenarnya. Memang bukan kuasanya di tangan kita untuk anak-anak kecil kita sentiasa sihat, akan tetapi dengan penjagaan serta aturan diet yang betul serta tepat, ianya sedikit sebanyak dapat membantu untuk mencegah anak-anak kecil kita dari sentiasa ditimpa penyakit yang mana, secara logiknya kita sendiri tahu, apabila seseorang manusia itu kurang sihat, sudah semestinya ianya akan mengganggu pergerakan serta aktiviti seharian. Apatah lagi anak-anak kecil kan? Apabila anak-anak kecil sering ditimpa penyakit, ianya boleh mengganggu-gugat keceriaan hari-hari mereka dan juga perkembangan semasa mereka.



FRISO GOLD telah membantu membekalkan nutrien yang diperlukan oleh Iman Firash dengan kadar yang sepatutnya dan secukupnya. Nutrien-nutrien yang telah diperoleh oleh Iman Firash dari FRISO GOLD yang berteknologikan LocNutri sememangnya telah menjalankan tugasnya yang sepatutnya untuk memberikan kekuatan dari dalam buat Iman Firash untuk mempunyai sistem penghadaman yang sangat baik serta daya ketahanan yang tinggi bagi membolehkan dia terus meneroka, mendapatkan pengalaman-pengalaman baru di dalam kehidupannya dan menyerap segala pengetahuan yang mungkin.

Secara logikalnya, kanak-kanak akan meragam dan merengek jika tubuh badan mereka kurang sihat. FRISO GOLD telah banyak membantu Iman Firash untuk kekal bertenaga dan bersemangat dan Alhamdulillah, sehingga setakat ini, sebagai ibu, apa yang dapat Farah beritahu anda, dengan memilih FRISO GOLD, Farah telah dapat memaksimakan detik-detik indah bersama-sama Iman Firash di tahun-tahun awalnya yang penting apabila tiada  MASALAH PENGHADAMAN, KEMBUNG PERUT, SEMBELIT atau PERUT YANG TIDAK SELESA dengan semaksima mungkin. Sehingga setakat ke usia 3 tahun ini, telah banyak aktiviti dan perkara yang kami dapat lakukan bersama! Banyak as in banyak… Terlalu banyak… Kami menghabiskan masa di taman permainan, di taman tema air dan bermacam-macam lagi aktiviti luar rumah yang tidak boleh dikira dengan jari. He he he… Smile.

A photo posted by Farah Waheda Wahid (@farahwaheda) on

Teorinya mudah sahaja untuk kita fahami, apabila anak-anak mempunyai kesihatan penghadaman yang baik, daya ketahanan badan mereka akan bertambah baik. Sistem penghadaman yang baik memberikan tekanan yang kurang ataupun membuatkan anak-anak berasa kurang tertekan (ya lah kalau kita pun sakit, kita akan rasa tertekan kan untuk melakukan sesuatu kadang-kadang tu…) dan lebih ceria. Bila anak-anak ceria, itu bermaksud anak-anak adalah kuat dari dalam, sebab itu mereka lebih gembira dan bersedia untuk menikmati masa di luar bersama kita sebagai ibu bapa. Betul tak? Penting untuk anak-anak kita dan penting juga untuk kita sebagai ibu bapa sebab waktu dan ketika tahun-tahun awal inilah detik-detik manis yang bakal dikenang dan diabadikan sepanjang hayat!

Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk anak-anak kita. Lebih banyak mereka alami, lebih banyak perkembangan mereka. Kesihatan dalaman memainkan peranan yang penting untuk kesihatan luaran yang bakal mempengaruhi perkembangan semasa anak-anak. Farah gembira, dengan FRISO GOLD, Iman Firash terbukti kuat dari dalam dan yang paling penting ianya adalah sesuatu yang dihasilkan oleh alam semulajadi serta ditambahbaikkan dengan sains serta teknologi yang berkualiti bagi penghasilan susu formula yang sangat-sangat berkualiti tinggi untuk Iman Firash dan juga kanak-kanak lain di luar sana.

Saranan Farah berdasarkan pengalaman Farah sendiri sebagai ibu yang memilih FRISO GOLD, Farah sangat syorkan ibu-ibu baru dan ibu-ibu yang di luar sana, jika anda belum mencuba FRISO GOLD, anda adalah sangat patut mempertimbangkan untuk beralih kepada susu formula berjenama FRISO GOLD hari ini juga! Tak sungguh Farah tak kata ya? Ini semua adalah berdasarkan pengalaman Farah yang tersendiri. Jika bagus, Farah akan katakan bagus dan sarankan. Jika sebaliknya, Farah akan maklumkan juga. Winking smile.

UNTUK DAPATKAN SAMPEL PERCUMA ANDA BOLEH KLIK PADA RANGKAIAN DI

SINI


UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT  ANDA BOLEH MELAWAT KE:



TALIAN KHIDMAT PELANGGAN FRISO GOLD:

1-800-88-1647

ISNIN SEHINGGA JUMAAT DARI 8.30 PAGI SEHINGGA 4.30 PETANG

E-MEL:

ALAMAT POS:
DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD (5063-V)
LEVEL 5, QUILL 9
112 JALAN SEMANGAT
46300 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Mmg bagus susu ni..Qaisara dulu pun minum susu ni jgk..huhu

    ReplyDelete
  2. penting memilih susu yang betul betul terbaik buat anak kita....anak adalah anugerah yang tidak ternilai

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah moga anak bujang farah sihat selalu :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !