Good Boy Don’t CRY!

Farah Waheda Wahid
3
GOOD BOY DON'T CRY!

Diakui! Memang ada menyebut perkataan good boy don’t cry! kepada Iman Firash. Atas alasan? Atas alasan nak suruh dia berhenti menangis. Farah percaya, bukan Farah seorang jer kan? Pasti ada ibu bapa lain di luar sana yang menggunakan perkataan yang sama seperti ini terhadap anak masing-masing. Takkanlah Farah seorang jer kan? Akan tetapi, tau tak yang sebenarnya ibu bapa tidak digalakkan untuk mengatakan kata-kata sebegini kepada anak?

PERTAMA! Mengapa ibu bapa tidak digalakkan untuk mengatakan kata-kata begini kerana ianya sesuatu yang amat menggelirukan anak-anak kita.  Bila kita sebagai ibu bapa sering mengtakan kata-kata begini, cuba bayangkan suatu hari kita bercerita kepada anak kita tentang seseorang yang dikagumi. Contohnya; Nabi Muhammad SAW dan kita menceritakan bahawa semasa baginda kecil, semasa kematian ibu dan datuk Baginda dan Baginda menangis. Ini di antara contoh yang boleh mengelirukan anak kecil kita. KIta kata Nabi SAW itu seorang yang baik. Tapi Baginda menangis. Oleh itu, bagaimana jadinya sekarang ini? Baik ke Nabi? Tapi dia menangis? Nampak tak permainannya di situ? Winking smile

Bila kata-kata seperti good boy don’t cry disebut berkali-kali, ia akan menjadi satu kepercayaan di dalam diri anak-anak kita. Kesannya ia menjadi belief system mereka dan bila ini terjadi ada dua kemungkinan, satu kerana dia perlu menangis dan juga kuat menangis, maka dia mestilah bad boy…itu satu kepercayaan yang mungkin dia akan ambil tanpa kita berniat untuk itu terjadi. Jika dia mengambil kepercayaan ini, maka banyaklah masalah lain yang bakal timbul.

KEDUA: Sebab mahu pastikan dia good boy, dia pendam rasa sedih atau sakit. Dia pendam perasaannya. Kerana dia tidak hargai perasaannya, maka lama-lama dia lupa untuk berperasaan. Jadi bila sudah besar, dia tidak tahu untuk menyatakan sedih dan tidak berani untuk menangis. Masalahnya, bukan itu sahaja perasaan yang dia tidak mampu untuk zahirkan. Suka, gembira serta kasih dan sayang pun payah untuk dia rasa dan zahirkan.

Oleh itu, jika tidak mahu anak menangis melalak contohnya boleh juga buat begini:

  • Tanya dengan ikhlas kepada apa yang menyebabkan dia menangis. Jika dia tidak tahu, bolehlah beri menu list sebab. Contoh: Abang, kenapa Abang menangis? atau Sayang, apa yang menyebabkan sayang menangis? Abang sedih? Abang marah? Abang have bad dream?

  • Bila sudah tahu, barulah offer bantuan.

  • Kalau Mama peluk okay tak? Atau nak Mama duduk dekat Abang jer?

Ya, memang ada masanya susah untuk menenangkan anak kita; namun jika kita boleh kuatkan sangka baik kita terhadap anak kita yang sedang menangis itu, contohnya tentu dia ada sebab dia menangis dan kita mampu membantu dia mengendalikan perasaannya dengan positif. Masalahnya, adakalanya kita suka sangat melabelkan anak kita itu dengan nama-nama yang menjadi identiti yang tidak membantu dia dan kita langsung. Contohnya, memanggil anak kita cenggeng, lembik dan sebagainya.

Ingat ya, kata-kata boleh menjadi doa yang tidak kita sengajai. Bagi para ibu bapa yang tanpa sengaja telah mengatakan perkataan seperti ini (macam Farah…hu hu…hu)…kepada anak-anak dengan harapan mereka akan berkelakuan seperti yang kita mahukan…it’s ok jika telah tersilap. Kita belajar dan terus belajar. Kita ni manusia, manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan kan? Yang penting bila kita sudah faham dan sedar, kita perbaiki diri kita.

Pointing up#selfreminder kepada diri sendiri.

Berdasarkan perkongsian di SINI

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !