![]() |
Kredit: Gambar dari Google yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian |
Khas buat adik-adik yang baru sahaja melayari bahtera alam rumahtangga, khas buat rakan-rakan yang belum berpengalaman melalui tempoh cuti bersalin… Perkongsian ini mungkin merupakan sesuatu yang bermanfaat untuk memberi serba-sedikit kefahaman kepada anda mengenai CUTI BERSALIN DI MALAYSIA. Kalau nak tahu tentang cuti bersalin di Jerman… Muahahaha…
Sila rujuk entri lama Farah yang bertajuk Rasa Macam Untung Pula Jika Melahirkan Anak Di Jerman…

Perkongsian Farah pada kali ini, adalah terlahir di Bubblynotes.Com setelah Farah membaca artikel asal yang telah disediakan oleh Pn. Nur Aqma Madiha Mazelan dari satu sumber di SINI. Bukan apa, perkongsian yang disampaikan oleh Pn. Nur Aqma ini adalah mengajak kita semua sama-sama jelas akan hak cuti bersalin yang sebenarnya dan supaya kita ni celik sedikit mengenai hak-hak cuti bersalin, tidak kira bagi pihak bakal ibu mahupun bakal bapa. Iyalah, kadang-kadang, kita ni masing-masing, tahu sekadar tahu dan ikut-ikutan sahaja memandangkan orang lain melalui proses yang sama. Hakikatnya tu, ada di antara kita yang masih kurang jelas sebenarnya.
Jomlah belajar-belajar fahamkan… Jangan terkejut tau, jika ada ibu-ibu yang telah melahirkan beberapa orang anak sebelum ini pun masih ada tidak tahu tentang beberapa perkara sebab tak menelaah dan memahamkan secara terperinci tentang CUTI BERSALIN DI MALAYSIA. Farah tak kata siapa-siapa ok? Tapi mungkin ada…Mungkin ada… Ataupun terlepas pandang ke? Manalah kita nak tahu kan?
Undang-Undang Pekerjaan: Huraian Dan Panduan Terhadap Akta Kerja 1955
Di Bahagian 9 Akta Kerja 1955 dibincangkan tentang Perlindungan Bersalin serta Syarat-Syarat Perlindungan Bersalin dari Seksyen 37 hingga 44. Syarat-syarat ini membincangkan tentang faedah minimum untuk pekerja wanita mendapatkan cuti dan elaun bersalin daripada majikan. Antara yang dibincangkan di dalam seksyen 37-44 adalah seperti berikut:
- pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu juga layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu.
- adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin kecuali atas alasan penutupan syarikat .
- Subsekyen 37 ( C ) Aktar Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga lima orang anak dan ia sama sepertimana had kelayakan bagi pekerja di sektor awam.
- tempoh cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal 30 hari sebelum bersalin atau lewat hari berikutnya selepas bersalin melainkan mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan.
- pekerja wanita yang gagal atau enggan mendapatkan rawatan yang dianggap amat perlu untuk kehamilannya, akan terbatal kelayakan mendapat elaun ketika cuti bersalin.
Cuti Bersalin (Maternity Leave)
Cuti Bersalin bergaji (Paid Maternity Leave) adalah hak pekerja wanita dan ianya adalah bagi tempoh tidak kurang 60 hari berturut-turut. (Seksyen 37 Akta Kerja 1955)
- Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
- Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh tiga puluh hari sebelum bersalin (confinement) seseorang pekerja wanita. (Seksyen 37 (b) AK 1955)
- Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement). (Seksyen 37 (b) AK 1955)
- 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin di ambil, bermakna tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.
Faedah Bersalin (Maternity Allowance)
Seksyen 37(2) (c) jelas menyatakan bahawa bagi pekerja yang bergaji bulanan yang menerima gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalin nya. Oleh itu jika gaji anda masih berjalan sepanjang tempoh cuti bersalin, tuntutan elaun bersalin tidak boleh dibuat.
Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja sahaja. Kelayakkan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
- Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih (‘Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya).
- Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin.
- Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuannya kepada tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin.
Notis Rasmi Cuti Bersalin
Di bawah undang-undang, untuk menikmati semua faedah bersalin yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan anda, anda mesti memberitahu majikan anda kehamilan anda sekurang-kurangnya empat bulan dari tarikh bersalin anda. Notis rasmi ini perlu dihantar ke majikan anda dan Jabatan Sumber Manusia tempat kerja anda. Gagal memberikan notis boleh mengakibatkan anda tidak layak mendapat faedah cuti bersalin serta elaun .
Suami Juga Cuti Bersalin?
Undang-undang rasmi seorang suami juga boleh mengambil cuti bersalin atau lebih dikenali sebagai cuti ‘paternity’, namun kebanyakan majikan menyediakan kelebihan ini. Penjawat awam Malaysia berhak untuk cuti isteri bersalin tujuh hari; segelinter kakitangan Kerajaan Negeri dibenarkan mengambil masa sehingga 14 hari. Sesetengah syarikat hanya menyediakan satu hingga tiga hari cuti bapa. Apa-apa pun, cuti ‘paternity’ bergantung kepada syarikat.

terima kasih...sebagai seorang pelajar sumber Manusia,walaupun belum ada rezeki kerja dalam bidang ni tetapi maklumat ni sangat bermanfaat =)
ReplyDelete