![]() |
Kredit: Gambar dari Sumber dari Google |
Hari terakhir untuk tahun 2016 – Bermaksud? Hari Farah godek, gali semua laporan statistik blog ikut semua celah. Dari total pageviews, unique views, bounce rate, keywords, organic keywords, bla bla bla sehinggalah view counts untuk setiap entri yang telah dimuatnaik oleh Farah pada tahun 2016. Tak ada sesiapa kata wajib pun buat semua ni. Tak ada sesiapa kata harus pun buat semua ni dan tak ada sesiapa yang ajar atau suruh Farah buat macam ni. Tapi, Farah sendiri yang nak susah-payahkan diri sendiri untuk buat semua ni…Muahahaha…
… Tapi yang pastinya, mestilah Farah ada sebab yang tersendiri kan atas tindakan yang Farah lakukan sebagai rutin setiap hari terakhir setiap tahun ni kan?
. Yang faham tu fahamlah… Tak perlu Farah elaborate panjang-panjang…


Yang boleh Farah kongsikan adalah entri top 20 www.bubblynotes.com pada tahun 2016. Yang lain-lain tu, Farah simpan buat diri sendiri.
. Kira aci tak macam tu? Kira aci-lah kan? Okay… tak naklah bebel panjang-panjang sebab sekarang ni mood tengah tak berapa rajin nak mengomel panjang-panjang… rajin-rajin malas macam tu… Ha ha ha…
… Mood hujung minggu dan cuti umum, macam nilah…


Inilah dia, 20 entri pada tahun 2016 yang telah sempat Farah susun mengikut view count yang tertinggi sehingga yang terendah. Tahun 2016 ni, meletopsss pula cerita tentang ulser mulut kanak-kanak. Huhhh…teringat pada waktu dan ketika itu bila mana Iman Firash melancarkan kempen mogok makan disebabkan ulser di mulutnya. Sebabkan ulser tu jugalah, bermula dari ulser selepas itu walaupun sudah baik, Iman Firash sangattt susah nak makan. Memang bercinta betul waktu memberi makanan kepada Iman Firash sehinggalah sekarang. Sehinggakan ada dua tiga kawan-kawan yang dah tegur yang Iman Firash dah nampak susut tubuh badannya. Hu hu hu… Mujurlah ada sokongan nutrien dari susu formula yang memastikan Iman Firash tidak kekurangan gizi dan zat seimbang yang diperlukan oleh tubuh badannya untuk proses pembesaran dia.
.

Yang kedua, entri tentang mandian aura 7 bunga jenama DHerbs… Ramai rupanya weiiii yang minat nak mandi bunga ni… Muahahaha…
… Iyalah masing-masing nak naik seri, nak berseri-seri dan jadi memikat kaedahnya… tidak kira apa pun kepentingannya… Memang laku keras entri mandian aura 7 bunga jenama DHerbs di www.bubblynotes.com. Produknya pula, agaknya dah tentu laku keras juga di pasaran kan?
. Yang lain-lain adalah sepertimana yang tersenarai di dalam summary yang dah Farah lakukan di atas. Untuk membaca entri-entri yang berkaitan, anda boleh taipkan tajuk entri di kotak carian di side bar blog ini dan kemudiannya klik pada button cari dan ia akan membawa anda kepada entri yang berkaitan. Farah tidak sertakan jaringan setiap entri tersebut di dalam entri ini disebabkan terlalu banyak sangat jaringan. Heeee…kan Farah kata tadi, Farah ni sedang di dalam mood rajin-rajin, malas gittew…


Itu 20 entri dengan view count yang tertinggi pada tahun 2016. 10 entri dengan view count yang tertinggi sepanjang Farah mula berblog sehingga yang terkini adalah seperti yang dipaparkan di bawah:
Yang tertinggi view count di Bubblynotes.Com bagi satu-satu entri setakat ini adalah sebanyak 85,203 view count. The bright side of it, Alhamdulillah sekiranya ia benar-benar memberikan manfaat kepada mereka yang mencari dan memerlukan informasi. Diharapkan apa sahaja bentuk perkongsian Farah di www.bubblynotes.com dapat memberikan manfaat serta kebaikan buat anda. The dark side of it, entri dengan view count tinggi tidak semestinya entri yang dibaca sehingga ke penghujungnya.
… Ha ha ha…Betul tak? Ada orang just speed reading sahaja, ada orang benar-benar membaca… Tapi tak baik bersangka-sangka kan? Tak apalah, biarlah apa pun… yang penting, Farah teruskan minat ini dan diharapkan minat ini secara tidak langsung dapat memberikan kebaikan buat semua pihak.
.


*Gembira juga di hati bila mana ada sesuatu yang ingin Farah capai dengan www.bubblynotes.com pada tahun 2016 telahpun tercapai dan In Shaa Allah, Farah akan terus mencuba untuk konsisten dan mengekalkan momentum supaya apa yang telah dicapai itu boleh menjadi lebih baik. In Shaa Allah, Amin… Bukan publisiti ataupun glamour tau… Tak glamour dan popular pun… Ada sesuatu yang Farah sasarkan dan Alhamdulillah, ia dapat dicapai tetapi masih boleh diperbaiki lagi…
Salam Tahun Baru 2017 Farah :)
ReplyDeleteSemoga tahun 2017 lebih hebat blog ni...happy new year 2017!
ReplyDeleteWah.. Tahniah! Banyak pageview.. Blog reen tak tahu bila dapat pageview sebanyak Farah 😊
ReplyDeletehttp://www.reenri.com