Makin membesar anak, makin banyak cerita nampaknya...



Tiba dia teringat nak ke 7-Eleven, dia akan mulalah dengan gaya-gaya cuba nak mengorat mak dia ni. Bukan tak tau...

Tiba dia rasa nak makan aiskrim, suka-suka dia MENGAJAK Mommy pergi Mc'Donalds. Ha ha ha... Berpeluh kejap Mommy... Mujurlah aiskrim yang dia demand tu berharga RM 1.00 jer. Ekekeke... Tengoklah tu bagaimana gaya propa dia menikmati kenikmatan rasa sejuk dan vanila aiskrim tu dengan sepenuh perasaan? Drama King sangattt! Pada pandangan mata Mommy dia ni lah kan? Orang lain tak taulah... Lain orang, lain pandangan mata hatinya...
Ini terbaru... ha ha ha... Kisahnya hari tu sewaktu pergi majlis kenduri berkhatan anak kawan sepejabat, kenduri tu waktu petang selepas habis waktu pejabat sehingga jam 8.30 malam macam tu. Dia ternampak cahaya lampu-lampu seakan i-City yang bertemakan sambutan Krimas di salah satu show gallery pembangunan baru yang berhampiran dengan kawasan taman perumahan kami.
Tu diaaa... siap suruh Mommy ambil gambar dia lagi. Pandai MENGAJAK... pandai BERI ARAHAN... Amboiiilahhhh sangattt nak oiii... Suka betul dia berlari-lari di taman lanskap show gallery yang dekattt sangattt dengan kawasan perumahan kami tu... Sampaikan tak nak balik dan buat-buat tak dengar bila Mommy ajak balik. Mandi peluh! Memang kena mandi lagi bila balik... Seronok pula dia berlari-lari atas rumput karpet yang melitupi keseluruhan kawasan show gallery tu...
Iman Firash... Iman Firash... lepas ni agak-agak nak ajak Mommy pergi mana pula ni? Hu hu hu...
Hahaha..Good Luck Farah..Lepas ni byk la langkah kesana kemari demi melayan permintaan Ash..huhu
ReplyDelete