Crab Stick Sandwich Ala SUBWAY Kononnya…

Farah Waheda Wahid
5
CRAB STICK SANDWICH ALA SUBWAY KONONNYA...

Psssttt… hai orang di sana… orang di sana dah sarapan? Winking smile… Orang di sini sedang bersarapan…sambil-sambil menaip entri ini… Open-mouthed smile… Sarapan apa pagi ni? Nasi lemak? Lontong? Beehoon? Mee? Nasi goreng? … Kita sarapan sandwich jer pagi ni… Teringin pula nak makan crab stick sandwich ala-ala SUBWAY kononnya…

CRAB STICK SANDWICH ALA SUBWAY KONONNYA...  2

Sedangkan, kalau nak makan SUBWAY Seafood and Crab Sandwich tu…boleh jer singgah di SUBWAY yang terletak beberapa kilometer lebih kurang 8 minit perjalanan dari office ni haa… Tengah-tengah kempen berjimat-cermat dengan dana sedia ada sementara menanti dana baru tiba ni… Belajar-belajarlah tahan nafsu selera tu sikit… Open-mouthed smile… Muahaha… Kita DIY jer ok? Bukannya susah sangat dan bukannya remeh sangat… Just take a bit of your time in the early morning jer… Tak sampai 10 minit ok?

Bahan-Bahan:
  • Roti… Tak kiralah roti Gardenia ke? roti Massimo ke? roti High 5 ke? roti dari bakery ke? croissant ke? Ikut selera masing-masing dan apa yang ada di dapur lah ya? Open-mouthed smile
  • Jejari ketam ataupun dikenaili sebagai crab stick.
  • 1/2 sudu lada hitam yang ditumbuk halus.
  • 1 1/2 sudu mayonis.
  • 1 biji tomato yang dihiris.
  • Sedikit kobis yang dihiris.
  • Salad.
  • Timun yang dihiris.
  • Sedikit daun parsley segar yang dihiris halus.

Cara Penyediaan:
1. Pertama sekali…sila rebuskan jejari ketam sehingga masak. Kalau jejari ketam tu dah terapung di atas air tu bermakna dah masaklah lettew! Winking smile.
2. Hiris jejari ketam halus-halus.
3. Campurkan jejari ketam yang dah dihiris atau diracik halus-halus tadi, mayonis, lada hitam, daun parsley, tomato, kobis dan mayonis dan gaul sehingga rata.
4. Letakkan salad, timun dan tomato pada roti, ikut sesuka hati masing-masing nak letak banyak mana, nak letak sesikit mana.
5. Letakkan jejari ketam yang telah digaul dengan mesra tadi pada roti dan kapitkan.

Dah siap! Jom kita sarapan! Winking smile

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. amboi..mengancam jiwa raga akak tengok crab stick sandwich ni..nasib baik jauh..lol

    ReplyDelete
  2. rajinnya...noe pun rajin juga pagi ni...sarapan buat sendiri juga.. :)

    ReplyDelete
  3. Boleh kenyang sampai ke petang ni...nampak sedao dh tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !