Psssttt… hai orang di sana… orang di sana dah sarapan?
… Orang di sini sedang bersarapan…sambil-sambil menaip entri ini…
… Sarapan apa pagi ni? Nasi lemak? Lontong? Beehoon? Mee? Nasi goreng? … Kita sarapan sandwich jer pagi ni… Teringin pula nak makan crab stick sandwich ala-ala SUBWAY kononnya…


Sedangkan, kalau nak makan SUBWAY Seafood and Crab Sandwich tu…boleh jer singgah di SUBWAY yang terletak beberapa kilometer lebih kurang 8 minit perjalanan dari office ni haa… Tengah-tengah kempen berjimat-cermat dengan dana sedia ada sementara menanti dana baru tiba ni… Belajar-belajarlah tahan nafsu selera tu sikit…
… Muahaha… Kita DIY jer ok? Bukannya susah sangat dan bukannya remeh sangat… Just take a bit of your time in the early morning jer… Tak sampai 10 minit ok?

Bahan-Bahan:
- Roti… Tak kiralah roti Gardenia ke? roti Massimo ke? roti High 5 ke? roti dari bakery ke? croissant ke? Ikut selera masing-masing dan apa yang ada di dapur lah ya?
- Jejari ketam ataupun dikenaili sebagai crab stick.
- 1/2 sudu lada hitam yang ditumbuk halus.
- 1 1/2 sudu mayonis.
- 1 biji tomato yang dihiris.
- Sedikit kobis yang dihiris.
- Salad.
- Timun yang dihiris.
- Sedikit daun parsley segar yang dihiris halus.
Cara Penyediaan:
1. Pertama sekali…sila rebuskan jejari ketam sehingga masak. Kalau jejari ketam tu dah terapung di atas air tu bermakna dah masaklah lettew!
.

2. Hiris jejari ketam halus-halus.
3. Campurkan jejari ketam yang dah dihiris atau diracik halus-halus tadi, mayonis, lada hitam, daun parsley, tomato, kobis dan mayonis dan gaul sehingga rata.
4. Letakkan salad, timun dan tomato pada roti, ikut sesuka hati masing-masing nak letak banyak mana, nak letak sesikit mana.
5. Letakkan jejari ketam yang telah digaul dengan mesra tadi pada roti dan kapitkan.
Dah siap! Jom kita sarapan! 

amboi..mengancam jiwa raga akak tengok crab stick sandwich ni..nasib baik jauh..lol
ReplyDeletesinggah sini, baca blog ibu2..
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeleterajinnya...noe pun rajin juga pagi ni...sarapan buat sendiri juga.. :)
ReplyDeleteBoleh kenyang sampai ke petang ni...nampak sedao dh tu
ReplyDelete