Hakikatnya bukan mudah nak merakam gambar
passport seorang anak kecil yang bernama Iman Firash!

… Nak nak lagi kalau kena angin atau
mood dia memang tidak kena pada waktu gambar
passport ingin dirakamkan. Ini adalah bab yang kedua di dalam persiapan untuk memulakan alam persekolahan tadika. Sepertimana yang dipinta oleh pihak sekolah, Mommy kena sediakan beberapa keping gambar
passport untuk kegunaan pihak tadika. Menurut
teacher Iman Firash… Sekeping untuk dilekatkan pada carta kelas, sekeping untuk
lanyard pengenalan diri Iman Firash, sekeping lagi untuk dilekatkan pada buku laporan prestasi Iman Firash. Dah alang-alang sediakan lebih sedikit pun tak apa.
Tak jejak lagi pun kedai gambar untuk ambil gambar passport Iman Firash dan Farah tak dapat nak bayangkan macam mana juggling dan struggle-nya keadaan pada waktu dan ketika itu nanti. Mommy mestilah kenal kelakuan serta sikap anak sendiri kan? Sebelum apa-apa dah boleh predict dah bagaimanakah reaksi serta kerjasama dari Iman Firash. Memang Farah tau payah walaupun ada yang mungkin mengatakan belum cuba belum tahu kan? Mommy kenal anak manja Mommy ni… He is not an easy person to deal with in certain situation and conditions. Tak apalah mungkin untuk waktu seketika sekarang ini sementara dia masih belum bersekolah dan juga masih belum faham semua perkara. Lama-kelamaan nanti pasti dia akan ok juga.
Makanya, terpaksalah Mommy dia menggunakan apa yang ada dan juga menjana kreativiti seadanya untuk menghasilkan gambar berbentuk gambar
passport. Pertama? Kenalah gali semua koleksi gambar-gambar Iman Firash yang ada dan pilih gambar terbaik yang seakan-akan gambar
passport.Ini bermaksud Mommy perlu mencari gambar-gambar terkini Iman Firash yang paling bersesuaian yang memandang ke arah lensa kamera supaya senang disesuaikan untuk di-
convert- kan kepada gambar
passport. Memang
requirement adalah gambar
passport, tapi pada pandangan Mommy, ini bukannya nak digunakan untuk buat
passport tetapi untuk kegunaan tadika. Ok jer kalau Mommy gunakan kreativiti sendiri…Ahaksss…

…Lainlah kalau betul-betul nak buat
passport, itu memang tiada pilihan, itu memang kena ambil gambar supaya mematuhi syarat serta kriteria pengeluaran
passport yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia kan?
Bila dah jumpa gambar-gambar yang agak bersesuaian, Farah terpaksalah dengan tabah dan tenangnya memadamkan latar belakang gambar sedia ada supaya kelihatan sempurna dan disimpan di dalam bentuk atau format PNG. Bentuk atau format PNG adalah gambar yang berbentuk transparent yang boleh diletakkan di atas gambar yang lain. Farah pasti semua orang tahu akan perkara ini, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar blogger kan? Sebab gambar memainkan peranan juga di dalam artikel yang dimuatnaikkan ke blog.
Setelah disimpan di dalam format PNG, Farah mulakan langkah kedua dengan mencari di enjin carian Google gambar latar belakang yang digunakan untuk gambar
passport. Memang sekarang latar belakang
passport telah bertukar ke warna putih, tetapi untuk kegunaan tadika ini, Farah pilih latar belakang berwarna biru. Setelah menyimpan latar belakang berwarna biru yang sepatutnya, Farah mulakan proses untuk tindan menindan gambar. Latar belakang dah tentu di belakang, gambar Iman Firash diletakkan di hadapan. Memang kena sabar nak hasilkan gambar
passport dengan cara begini. Kalau tak sabar tu, tak boleh nak buat apalah… Ha ha ha…

… Memang kena rakamkan gambar
passport di kedai gambar jugalah dengan apa jua caranya.
Ini tak taulah nak dikategorikan apa ni Mommy Iman Firash ni… Ekekeke…

… Terlampau “rajin” sangat nak ke kedai gambar dan berserapih dengan cabaran menghasilkan gambar
passport Iman Firash ataupun sebenarnya suka sangat buat kerja “susah” sepertimana yang Farah ceritakan di atas. Ha ha ha…

… mana-mana jerlah asalkan jadi gambar
passport yang diminta oleh pihak tadika sudahlah. Yang penting, objektifnya sekarang adalah nak mengadakan gambar
passport tu. Lain tak ada. Bagaimana caranya, ikut suka Farah lah kan?

.
Dah selesai main tindan-tindan gambar, akhirnya tiba ke langkah terakhir. Untuk pengetahuan anda, segalanya Farah lakukan hanya dengan menggunakan telefon pintar dan tidak menggunakan komputer langsung. Teknologi di hujung jari, gunakan sebaiknya dan seadanya. Kalau tak, tak gunalah telefon pintar yang dikatakan pintar tetapi tidak dimaksimakan penggunaannya kan? Ekekeke… Apa yang ada, kita gunakan dengan sebaiknya. Langkah terakhir adalah mencari aplikasi untuk menghasilkan gambar passport melalui Apps Store. Jumpa! Aplikasi yang dimaksudkan adalah diberikan nama sebagai Fotomaton. Pautan aplikasi tersebut adalah sepertimana yang Farah sertakan di bawah:
Melalui aplikasi ini, memang sangat mudah untuk menghasilkan gambar passport untuk Iman Firash. Pilih sahaja saiz yang diingini dan kemudiannya, letakkan pada kedudukan yang sepatutnya mengikut panduan yang diberikan melalui aplikasi ini. Setelah selesai, anda boleh memilih sama ada inginkan cetakan sebanyak 6 keping ataupun 12 keping gambar passport. Untuk mencetak, jika anda berada di luar negeri bolehlah terus tempah menggunakan aplikasi ini untuk dicetak. Akan tetapi disebabkan kita ni duduk di Malaysia, pilihan Farah adalah hantar gambar yang telah siap tadi ke emel Farah. Tak lama… Sekelip mata jer salinan softcopy gambar passport Iman Firash dihantarkan ke emel Farah. Farah sempat hasilkan dua gambar Iman Firash. Yang pertama sepertimana yang anda lihat di dalam permulaan entri ini. Yang kedua adalah sepertimana di bawah ini.

SImpankan salinan gambar-gambar
passport Iman Firash ni di dalam
thumb drive. Esok dah boleh hantar ke kedai gambar untuk dicuci dah. Selesai bab kedua di dalam persiapan persekolahan Iman Firash.

. Senang cerita, dah tak perlu nak pening-pening lagi memikirkan bagaimana nak bagi dia
sit still untuk ambil gambar
passport di kedai gambar. Yang mana-mana terdesak tu, yang mana-mana tak kuasa nak menghadap kerenah anak di kedai gambar serta menghadapi cabaran nak merakam gambar
passport anak di kedai gambar…bolehlah kot pertimbangkan cara yang Farah gunakan ini.
Sekadar perkongsian jer… Tak setuju dengan cara begini dan tak suka tak apa…Tak ada paksaan…

Farah sekadar berkongsi cara apa yang Farah rasakan paling mudah untuk Farah hasilkan gambar
passport Iman Firash untuk kegunaan tadika dia. Setakat kegunaan tadika…Oklah tu kan? Kalau Mommy dia sediakan gambar
passport dia dengan cara atau kaedah ini kan?

… Owhhh…. bab ketiga? Di dalam persiapan persekolahan Iman Firash? Nak kena jadi
tailor pula… Kena asah skil menjahit pula…Itu nanti cerita dalam entri lain… He he he…
pandai dan rajin mommy! kite malas,g kedai gmbr je..hahhahah
ReplyDeletela.. bleh rupanya ambik gambar macam ni
ReplyDelete