Ramai yang dah tahu bezanya di antara satu jenis minyak wangi dengan satu jenis minyak wangi yang lain. Akan tetapi tidak kurang juga ada yang masih tidak mengetahui tentang perbezaannya. Ada yang masih main pakai dan main beli jer… Tak kisahlah apa pun yang tercatat di botol minyak wangi tersebut…
Parfum ke?
Eau De Parfum ke?
Eau de Toilette ke?
Eau de Cologne ke? Asalkan wangi jer bau dah cukup untuk menggembirakan hati si pemakai…Muahahaha…

Yang benarnya, ada perbezaan setiap satu dari jenis minyak wangi yang Farah nyatakan…
Ketika memilih minyak wangi, mana boleh tak perasan, mesti akan perasan perkataan dalam bahasa Perancis yang tertera pada botol minyak wangi yang berkenaan . Wangian yang anda pilih itu deskripsinya mungkin salah satu daripada empat kategori minyak wangi iaitu Parfum, Eau de Parfum, Eau de Toilette dan Eau de Cologne.
Kategori ini sebenarnya menjelaskan kandungan minyak wangi dan ketahanan harumannya bila ia digunakan.
Parfum
Ia mempunyai ketumpatan pati minyak wangi yang paling tinggi (20%). Wangian jenis parfum biasanya lebih tahan lama daripada yang lain. Ia boleh kekal wangi sehingga lapan jam.
Eau de Parfum
Memiliki ketumpatan kedua tertinggi. Biasanya Eau de Parfum mengandungi 10% sehingga 15% pati minyak wangi. Eau de Parfum biasanya boleh bertahan antara empat hingga lima jam.
Eau de Toilette
Pati minyak wangi jenis ini biasanya di bawah 10%. Jadi wangiannya akan bertahan selama lebih kurang tiga jam sahaja. Namun, dalam minyak wangi lelaki, Eau de Toilette boleh disamakan dengan Eau de Cologne.
Eau de Cologne
Biasanya Eau de Colonge lebih murah daripada Parfum dan Eau de Parfum. Ini kerana kandungan pati minyak wangi di dalamnya hanya 5%. Ada mungkin perlu menyemburnya kembali selepas dua jam.
Jelas kan? Lepas ni jangan salahkan minyak wangi kalau tak tahan lama tau?

… Tengok dulu di botol tu… apa deskripsi jenisnya…
sy biasa pakai edt..kalau spray dekat badan dia lebih tahan berbanding spray dekat baju hehe..
ReplyDeletebaru faham
ReplyDeleteoh baru jelas.biasanya kalau eau de toilette mila akan beli sebab bau tahan lama berbanding cologne tapi parfum lagi pekat ye pati nya. lepas ni nak beli minyak wangi boleh tengok dulu. tq for info
ReplyDelete