Biasalah, bila dah hujung-hujung tahun ni, akan mula terfikir mengenai perancangan cuti tahunan yang nak disimpan, yang nak digunakan untuk tahun yang akan datang pula. Jika dulu, Farah cuma fikirkan tentang nak simpan cuti untuk waktu-waktu kecemasan yang memerlukan Farah bercuti dan juga untuk waktu-waktu tertentu yang Farah rasa Farah nak cuti atau perlu cuti…
Ha ha ha… Tahun 2017 nanti, semuanya bakal berubah… Tahun depan kalau nak bercuti bukan sekadar ikut sedap rasa bila nak cuti jer… Tapi kena rancang betul-betul supaya seiring dengan waktu cuti persekolahan si anak bujang kalau boleh… Iyalah tahun depan dah mula nak bersekolah kan? Ahaksss…
sekolah main jer pun!


Sepertimana yang dapat anda perhatikan, di atas adalah merupakan Cheat Sheet for 2017 Long Weekends yang Farah dapat dari laman web Tripzilla. Katanya kalau nak diikut-ikutkan tahun 2017 ada 9 cuti hujung minggu yang panjang! Farah ni pun mulalah menganalisis satu persatu dan tengok sama ada matching atau tidak dengan cuti persekolahan. Gigih buat analisis ko! Nak tengok mana yang bingo mana yang tak…
Makin ditenung makin pening kepala yang sememangnya dah sedia pening-pening lalat ni ha… Wakakaka…
… Yang ada di Tripzilla adalah cadangan yang dikemukakan, akan tetapi sebenarnya masih boleh lagi kita ni nak tailor-made mengikut kesesuaian kita kan? Keselesaan kita kan?

Yang Farah perasan adalah Aidilfitri tak jatuh pada waktu cuti persekolahan yang telah dirancangkan… Itu yang Farah perasan, akan tetapi tak taulah kalau ada perubahan kan? Cuti oh cuti… Ha ha ha… Tapi jarang juga Farah nak pening-pening sangat tentang cuti ni sebabnya tugas hakiki Farah bukannya mengizinkan Farah untuk selalu bercuti atau suka-suka nak cuti. Bukan terlalu mementingkan kerjaya, tetapi berada di dalam posisi sebagai Personal Assistant ni faham-faham jerlah… Macam tak manis pula rasanya, ko kerap cuti, tapi boss ada bekerja di pejabat. Lainlah kalau boss memang tak ada di pejabat untuk business trip. Itupun entahkan entahkan ok? Sebab Personal Assistant ni bukannya setakat kerja nine to five sahaja ya? Personal Assistant ni kena standby dan response in the soonest possible manner pada bila-bila masa yang diperlukan. Sebab itu memang fungsinya. Accomodating to boss needs. Tak boleh kata tidak…Hu hu hu… Bukan bodek tau tak! Tapi macam tulah bidang kerjanya…
Anda cubalah belek-belek pula…He he he…Lepas tu bolehlah mula berangan-angan nak merancang percutian keluarga ke? Percutian honeymoon kali kedua, ketiga dan keempat ke?
. Farah tak mampu nak bercuti-cutian ni… Sekadar mampu tumpang gembira dan tumpang tengok jer… Itupun dah syukur Alhamdulillah kan? Yang penting masih ada tempat berlindung dari panas dan hujan dan Iman Firash cukup serba-serbi kelengkapan dia… 


jom plan cuti
ReplyDeletelepas ni nak cuti kena ikut waktu persekolahan anak la yer...sama la ngan noe
ReplyDelete