A-B-C Menjaga Anak | Anak Yang Rapat-Rapat Usia…

Farah Waheda Wahid
0
A-B-C MENJAGA ANAK_ANAK YANG RAPAT-RAPAT USIA...

Ada juga yang memusingkan bebola mata 360 darjah ni karang… Muahahaha… Open-mouthed smile… Emak beranak satu, memuatnaik entri berkenaan dengan teknik menjaga anak yang rapat-rapat usia… Sedangkan diri sendiri pun anak tunggal dan sedangkan anak sendiri pun baru seorang… Kannn??? Alaaa… chill lah… Janganlah marah… Sekadar berkongsi dari hasil pembacaan Farah jer! Tak salah kan? Kan? Kan? Memanglah tak ada degree atau diploma dalam menjaga anak yang lebih dari seorang, tetapi itu bukan syarat untuk sebarang perkongsian yang bermanfaat kannnn? Jadiii, tak ada apa yang nak dijadikan isu sangat kannn? Kalau nak berkongsi sesiapa pun boleh berkongsi ya tak?

Ya…bukan mudah nak menjaga anak yang ramai, bukan mudah nak menjaga anak-anak yang rapat-rapat usia yang sama-sama tengah nak naik kan? Nak-nak lagi kalau anak tu selang setahun usianya… Farah tak rasa, memang benar Farah tak tau bagaimana keadaan yang sebenarnya… Tapi… anak ialah rezeki daripada Allah SWT. Kehadiran anak di dalam sesebuah keluarga pasti akan membawa keceriaan serta kebahagiaan di dalam kehidupan pasangan suami isteri ya tak? Tapi di dalam keadaan anak yang dikurniakan itu jarak agak dekat? Ok ok, sila jangan nak mengeluh sangat? Setiap anak ada rezeki masing-masing. Ibu bapa mungkin boleh mengikut panduan yang dikongsikan oleh artikel di SINI untuk mengawal kerenah anak yang berderet-deret itu…

Jangan Pilih Kasih

Setiap anak adalah manusia yang mempunyai perasaan. Mereka tahu jika anda pilih kasih. Nasihatkan kepada pasangan supaya turut sama jangan pilih kasih. Sayangi anak yang ramai itu sama rata ya? Jika anak A dimarah kerana menyepahkan kasut, marahkan juga jika anak B melakukan perkara yang serupa. Jika anda tidak marah perkara yang serupa, maka anak anda akan berasa tidak puas hati.

Ajar Berdikari

Anda harus mengajar anak berdikari. Jika tidak memang letihlah anda hendak menguruskan satu demi satu keperlan anak anda itu. Ajar mereka untuk mengemas bilik, menyusun permainan dan meletakkan pinggan mangkuk yang telah digunakan di sinki. Ajar juga anak-anak mengemas buku sekolah dan menyediakan pakaian sendiri. Hal ini akan memudahkan urusan anda setiap pagi. Bagi anak yang kecil, ajar anak supaya tidak selalu menunjuk perasaan jika anda tidak sempat menguruskannya seperti biasa.

Buat Jadual

Wajib buat jadual dengan teliti. Misalnya, mana satu anak yang hendak ke sekolah pada waktu pagi. Mana satu anak yang hendak ke sekolah pada waktu petang, mana satu yang hendak ke kelas mengaji dan sebagainya. Jadual yang tersusun akan memudahkan anda untuk menguruskan rutin harian. Anak yang berderet atau rapat sememangnya agak sukar untuk diuruskan apatah lagi jika usia mereka hampir sebaya. Namun hasilnya amat memuaskan hati apabila mereka dewasa kelak.

Disiplin

Setiap anak perlu diterapkan dengan disiplin yang ketat. Biar mereka tahu waktu untuk mereka mandi, makan, solat, buat kerja sekolah dan tidur. Disiplin memudahkan anda untuk mengawal anak yang berderet. Nak terap disiplin dalam diri anak perlu dimulakan sejak mereka kecil lagi. Disiplin juga boleh diterapkan melalui tauladan. Tapi anda perlu disiplinkan diri anda terlebih dahulu supaya anak-anak boleh melihat contoh terbaik daripada ibu bapanya.

Okkk… Ini sekadar perkongsian artikel yang Farah baca…Kalau anda tak bersetuju dan masih tetap dengan pendirian teori dan praktikal tidak sama…Cuba sekali? Hu hu hu…Tolong jangan kecam kakak please… Muahahaha… Farah ni sekadar menyampaikan informasi dan artikel yang manalah tau kot-kot boleh bantu anda serba sedikit kan? Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !