Pasti gamat rumah kan?

Bila anak-anak bergaduh sesama sendiri kan? Yang boleh merubah ibu ataupun bapa menjadi

raksasa gorgon!

Ha ha ha, itu yang selalu Farah dengar dan itu yang selalu Farah lihat…Farah tak ada pengalaman tu sebab Farah hidup sendirian berhad tanpa adik beradik sedari lahir sehinggalah sekarang… Kita kan anak tunggal? Ihiksss…

… Tiba tang anak sendiri pun, macam akan
inherit yang serupa jer? Macam memang akan jadi anak tunggal jer? Tapi tak taulah tiba-tiba dia beradik lagi kan? Kadang-kadang tu, tengah-tengah elok gelak ketawa, bergurau bersama…bermain bersama, tau-tau dah kedengaran bunyi jeritan, tau-tau dah kedengaran bunyi tangisan, tau-tau dah bercakar… Ada tu pula, hari-hari nak bergaduh… Phewww… Walaupun tak melalui tetapi boleh bayangkan keadaan itu bagaimana…
Itu memang perkara normal dan akan berlaku dalam kehidupan anak-anak yang mempunyai adik beradik setiap hari. Memang boleh menguji kesabaran ibu bapa, akan tetapi dalam hal sebegini kena rasional untuk mengendalikannya. Ecewahhh… Banyak bunyi nampak? Cuba alami dan lalui sendiri? Ha ha ha… Test sikit? Jadi raksasa gorgon ke tidak? Boleh sabar ke tidak? Menaip, bercakap memang mudah, tetapi melalui bukan semudah itu…Hakikat dan realiti dan Farah pasti ramai ibu bapa di luar sana mungkin bersetuju dengan apa yang Farah katakan ini. Kalau zaman-zaman dulu, Farah pernah dengarlah, orang kata masa lahir tali pusat anak tu apa entah, jangan buang? simpan? lepas tu letak satu tempat sama-sama ke atau tanam sama-sama, nanti hubungan adik beradik akan rapat. Entah… Macam tulah yang Farah pernah dengar…Tapi jangan ikut aihhh kalau boleh menimbulkan syirik atau melanggar agama Allah. Haihhh… Mohon dijauhkanlah kan?
Memang Farah tak pernah melalui proses sebegitu, tetapi apa yang Farah jumpa ni dan apa yang ingin Farah panjangkan di dalam entri ini mungkin serba sedikit boleh membantu kot? Sejauh mana keberkesanannya, itu Farah tak pasti dan Farah tak boleh nak jamin…Farah cuma berkongsi sahaja…Manalah tau kalau-kalau berguna dan bermanfaat untuk anda kan? Ianya adalah perkongsian artikel dari sumber di
SINI.
Dalam proses tumbesaran dan bersosial, kanak-kanak akan sekali-sekala bergaduh, terutamanya apabila mereka berasa bosan atau letih. Kanak-kanak lelaki biasanya lebih agresif daripada kanak-kanak perempuan. Apabila pergaduhan tidak terkawal, libatkan diri anda dengan segera. Antaranya, anda boleh lakukan langkah-langkah berikut:
1. Asingkan anak-anak yang bergaduh.
2. Alihkan perhatian mereka dengan memperkenalkan permainan lain atau mengalihkan perhatian mereka.
3. Jangan menyebelahi sesiapa. Hampir mustahil untuk menentukan siapa yang betul dan salah dalam sebarang situasi.
4. Kadangkala ada anak-anak yang boleh bertindak agresif seperti menggigit lawannya dalam pergaduhan itu. Jadi anda perlu memberi perhatian kepada anak yang menjadi mangsa gigitan itu. Allihkan anak yang menggigit itu dengan serta-merta dan letakkannya di suatu tempat lain, selamat dan bersendirian selama lima belas minit.
5. Semasa pertama kali bermain, mungkin anak anda cenderung untuk merampas atau merentap sesuatu barang apabila dia mula bermain buat pertama kali. Apabila berhadapan dengan situasi ini, anda hendaklah membantunya belajar berkongsi dan lebih bersikap baik hati terhadap orang lain.
6. Mungkin ada anak lain akan terus berkasar dan bersikap agresif, dan perangai mereka akan menyebabkan mereka tidak diminati dan sukar untuk disukai. Oleh itu untuk kebaikan anak anda, bantulah anak itu untuk bersikap baik dengan orang lain.
7. Berikannya suatu contoh yang baik untuk diikutinya dengan sentiasa berlemah lembut, bersabar dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya.
8. Jelaskan kepada anak melalui tindakan anda bahawa perangainya yang anda tidak suka, bukan dirinya.
9. Sentiasa libatkan diri dan hentikan anak anda dengan serta-merta apabila dia mula memukul anak lain. Bersikap tegas tetapi jangan berteriak atau bertindak agresif.
10.Jangan sekali-kali membiarkan dia melakukan caranya sendiri dengan berkelakuan agresif atau tidak baik. Sekiranya dia berjaya dengan caranya, dia akan cenderung bersikap sedemikian.
Bergaduh dengan adik-beradik mahupun rakan sebaya adalah sebahagian proses pembelajaran si kecil menjadi orang yang lebih matang. Jangan terus menghukum mereka tanpa memberikan penjelasan dan panduan yang betul tentang perbuatan tersebut. Ini bukan setakat dengan adik beradik tetapi juga dengan rakan-rakan sebaya anak-anak.
Anak maznee pun selalu bergaduh juga. Budak budak nak membesar. Memang perlukan campur tangan mak ayah.
ReplyDeleteTerima kasih atas tips tu. Ada yang kami dah buat kat rumah. Asingkan mereka tu biasa.
tq farah for the tips..berguna sgt2 utk i yg ank 2 ni..
ReplyDelete