Tengah-tengah fokus siapkan tugasan hakiki di pejabat petang semalam, tiba-tiba telefon berdering… Tengok di skrin telefon, ini nombor yang tak kenal ni!
… Jawab ajerlah… Manalah tau kalau-kalau itu adalah merupakan panggilan atas urusan kerja sebabnya memang Farah agak banyak buat panggilan berkaitan dengan urusan kerja sejak kebelakangan ini. Memang kebelakangan ini agak sibuk dengan tugasan hakiki. Bila Farah tak sempat nak jawab, si pemanggil What’s App. Katanya nak hantar bunga untuk Farah.
. Secara automatik dahi berkerut tanpa dipinta. Siapalah agaknya yang hantar bunga tu kan? Jadi pelik sekejap… Ha ha ha…
. Orang jarang-jarang dapat bunga memang macam ni kerenahnya… Yalah, tak ada angin tak ada ribut, siapa pula yang hantar kan? Nak kata untuk birthday… Awal sangat nih! Belum sampai tarikh lagi…



Ok lah tak apalah, biarkan dulu dan bunga selamat sampai ke tangan nenek Firash sebagai penerima on behalf. Farah pun sambunglah dengan tugasan hakiki semula. Lebih kurang dalam pukul 6 lebih macam tu, Nabilah dari PopDQ What’s App Farah. Nabilah tanya sama ada Farah suka atau tidak dengan bunga yang dihantar kepada Farah tadi? Tengok pun tidak lagi…Ha ha ha…
… Masih di pejabat lagi… Masih bekerja… Bila sampai-sampai jer rumah… Terus ada yang tolong tarik tangan dan sibuk serta teruja nak tunjukkan bunga yang telah dihantar kepada Farah sebelum tu…

Wahhh! Cantiknya! Farah suka! Farah suka! Suka suka suka…
… Bukan bunga plastik ataupun artificial ya? Bunga segar! Memang sangat-sangat segar bunga-bunga tu semua… Cara presentation pun bagi Farah menarik. Simple but elegant and nice. Tengok-tengok ada terselit pula losyen. Yeayyy!!! Sukaaa sangattt… Thank you PopDQ for the thoughts! I do really appreciate it much! You’ve made my day!
. Sekurang-kurangnya ia dapat buatkan Farah tersenyum walaupun seketika. Rasa terharu sangat sebab ada yang sudi hantar hadiah nih! Ihiksss… Siapa yang tak suka kalau dapat hadiah-hadiah macam ni kan? Dah namanya perempuan, memanglah! Love surprises! Bukan murah atau mahalnya sesuatu itu yang menjadi ukuran tetapi it’s the thoughts that count kan?


Iman Firash yang terlebih-lebih teruja sebenarnya… Mommy? Flower Mommy… Mommy? Flower Mommy…
… Sibuk dia nak pegang dan buat main… Agaknya sementara tunggu Farah sampai rumah puas dia mengongoi dengan nenek dan atuk nak bunga dan losyen tu. Losyen tu wangi, Farah suka. Sebabkan Iman Firash sibuk, sapu sikit dekat dia. Ha ha ha…Dua dua beranak mandi losyen malam tadi. Untuk apa hadiah ni?

Inilah namanya pemangkin semangat dan motivasi untuk terus ber-blog dan berkongsi informasi di Bubblynotes.Com. Ini juga adalah sebagai tanda penghargaan atau terima kasih atas kolaborasi antara Bubblynotes.Com dan juga aplikasi yang baru sahaja dilancarkan iaitu PopDQ. PopDQ? Apa tu? Sila muat turun di Google PlayStore dan juga di Apps Store untuk iOS. Kemudian anda akan tahu apakah aplikasi PopDQ. Jumpa Farah di aplikasi tersebut tau?
. Teaser lah sikit…He he he…Mana boleh cerita semuanya…Tunggulah entri tentang PopDQ dari Farah. In Shaa Allah di dalam waktu terdekat ya? Farah cuba sebaik mungkin untuk siapkan entri tersebut dengan segera ya?

Aps popdq siap hantar bunga segarbpada farah ya. Haibatt
ReplyDeletecantik bunganye ek...
ReplyDeletetahniah Farah
ReplyDelete