Terima Kasih ADVANTAGE QUEST | Saguhati Untuk Firash...

Farah Waheda Wahid
2

Alhamdulillah... Syukran Ya Allah... Tidak disangka, tidak diduga, entri Terima Kasih ADVANTAGE QUEST Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Iman Firash! telah membawa kepada rezeki hadiah saguhati yang bernilai sebanyak RM200.00 untuk Iman Firash. Ecehhh... bajet macam menang hadiah utama pula siap ber-entri entri bagai kannn? Alaaa... Apa salahnya? Sebagai tanda terima kasih kepada pihak ADVANTAGE QUEST kerana sudi memilih entri tersebut memenangi hadiah saguhati. Tanda kesyukuran atas rezeki dari Allah SWT. Besar atau kecil kemenangan bukanlah persoalannya, akan tetapi terima kemenangan dan kekalahan tanpa mempersoal dan penuh rasa syukur atas rezeki Allah SWT itu lebih penting kan? 



Satu lagi pencapaian untuk Bubblynotes.Com yang tidak seberapa tetapi cukuplah tu kan? In Shaa Allah, lain masa jika ada rezeki lain pula siapa tahu kan? Yang penting, jangan pernah berputus asa dan semuanya adalah berdasarkan passion yang tiada hentinya. Mencuba untuk kekal aktif dan konsisten walaupun kini diakui masa agak tidak menentu bagi Farah kerana siang harinya sewaktu hari bekerja Farah fokus semata kepada tugasan hakiki. Perhatian diberikan sepenuhnya ke atas tugasan hakiki dan blog datang masanya pada waktu yang diwujudkan pada waktu malam setelah si kecil tidur. Itupun kalau tak terbabas hanyut di alam fana cinta  mimpi lah oiii! Nak buat macam mana, semakin anak membesar semakin perlukan utamakan tuntutan prioritylah kan? Mana yang lebih utama. 

Disebabkan hadiah yang dimenangi tidak dihantarkan kepada kami, makanya kesempatan waktu terluang semasa cuti tahunan sehari yang diambil oleh Farah pada Jumaat lepas iaitu 11 November 2016, Farah berkesempatan untuk singgah dan mengambil hadiah yang telah dimenangi di pejabat ADVANTAGE QUEST sendiri di Petaling Jaya, Selangor dengan ditemani oleh pemilik hadiah iaitu Iman Firash. Seronok betul dia! 


Inilah dia hadiah-hadiah saguhati yang telah dimenangi oleh kami. Koleksi buku dan set aktiviti yang berjumlah RM200.00. Wahhh semakin banyak koleksi buku Iman Firash sekarang ni! He he he... masa untuk memikirkan sama ada Iman Firash telah mula memerlukan rak buku ataupun tidak. Akan tetapi rasanya memang perlu. Sebab koleksi buku-buku bacaan serta aktiviti Iman Firash nampaknya semakin hari semakin bertambah! 

*Semakin suka dan semangat pula nak sertai pelbagai jenis peraduan atau pertandingan. Sekadar suka-suka jer, bukannya terlalu mengharapkan kemenangan. 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !