Tenangkan Anak Hiperaktif Melalui Makanan!

Farah Waheda Wahid
2
TENANGKAN ANAK HIPERAKTIF MELALUI MAKANAN!
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Sedangkan Iman Firash yang aktif ni pun, Farah dah terasa tak cukup-cukup nafas sehinggakan termengah-mengah dibuatnya mengejar dia ke sana sini ketika membawa dia ke mana-mana tempat untuk outing dan bonding time. Contohnya hari ni lah kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Belum mula lagi majlis pelancaran yang dihadiri oleh Farah dan Iman Firash atas tiket blogger tadi, dah terasa basah diri ini dengan peluh. Berpeluh-peluh memantau dan menjaga Iman Firash yang leka bermain di kawasan khas yang sememangnya disediakan oleh pihak yang menaja lokasi majlis untuk kanak-kanak. Dia punya kepantasan kaki berlari, mak aiii… mengalahkan Usain Bolt. Confused smile. Semputtt Mommy dia ni nak mengejar… Tak payah subscribe sesi Zumba di gimnasium lagi dah… Zumba dengan anak pun dah tersangat cukup dah rasanya… Smile with tongue out. Cuma badan jer yang tak susut-susut lagi… Muahahaha… Laughing out loud.

Bayangkanlah pula bagaimana keadaannya yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang dikategorikan sebagai anak-anak hiperaktif? Memang kena banyak-banyak bersabar kan? Jangan salah faham… Bukannya Farah memandang hina atau memandang sebelah mata ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang dikategorikan sebagai anak-anak hiperaktif, Farah ni orangnya senantiasa berpegang kepada prinsip, jangan sibuk nak mengata anak orang, anak sendiri pun belum tentu lagi. Cumanya, Farah memahami bagaimanakah perasaan itu untuk menghadapi hari-hari dan menjalani hari-hari dengan anak-anak hiperaktif. Memang perlu mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi dan memang perlu mampu untuk bertenang setiap masa.

Tapi ada satu cara yang sebenarnya untuk menenangkan anak yang hiperaktif dan ibu bapa bolehlah menarik nafas lega sedikit. Sejauh mana keberkesanannya Farah tak boleh nak pastikan 100% atau 200% kepada anda, akan tetapi memang banyak juga artikel-artikel yang telah Farah baca yang membincangkan mengenai cara menenangkan anak yang hiperaktif ini. Apakah ianya? Ianya adalah melalui makanan. Makanan dikatakan mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak hiperaktif. Menurut artikel yang dimuatnaikkan di laman web di SINI, makanan mempengaruhi tubuh kita melalui pelbagai cara seperti nutrisi, vitamin, lemak, rasa yang berbeza dan juga mood kita. Ya, sememangnya benar, makanan mempengaruhi mood manusia. Contohnya coklat, sup ayam, hamburger dan keju. 

Itulah yang dialami oleh anak-anak kita juga dan itulah juga yang menjadi penyebab mengapa anak hiperaktif kini menjadi sebahagian dari kehidupan keluarga-keluarga moden pada masa kini. Mood anak-anak dan juga kita sebahagian besar dipengaruhi oleh fungsi tubuh, terutama tahap gula di dalam darah. Jika tahap gula di dalam darah seseorang anak terlalu rendah, mereka akan menjadi lembab, mudah rungsing dan kalut. Yang mana mereka sering dicop sebagai malas atau mengalami masalah ketidakmampuan untuk belajar. Sebaliknya, jika tahap gula di dalam darah seseorang anak terlalu tinggi, mereka mudah marah, gelisah, cemas. Mereka bertindak tanpa tujuan dan ini terjadi di luar kawalan mereka. Inilah yang dinamakan seorang anak yang hiperaktif. Apabila tahap gula meningkat, tubuh kita bekerja keras untuk mengatasi peningkatan hormon kortisol dan adrenalin. Hormon yang membekalkan tenaga kepada tubuh untuk mengatasi tekanan, memberikan anak- anak sejumlah besar tenaga.

Tips untuk mengendalikan atau menenangkan anak hiperaktif melalui pemakanan atau makanan? Mari kita sama-sama ikuti satu persatu:

Kawal Makanan Olahan Di Dalam Hidangan Anak Hiperaktif

Bahan kimia dan pewarna yang digunakan di dalam makanan olahan adalah berbahaya untuk tubuh badan. Ianya sebenarnya memberi kesan atau masalah di dalam menstabilkan gula di dalam di darah. Jika anak mempunyai anak yang hiperaktif atau cenderung hiperaktif, segera singkirkan nugget dan sosej dari pemakanan mereka kecuali jika anda membuatnya sendiri.

Buah-Buahan Segar Dan Sayuran Sebaiknya Disertakan Di Dalam Pemakanan Anak Hiperaktif

Brokoli, bayam, kangkung, epal, tomato dan buah serta sayuran lain sememangnya disarankan untuk diberikan kepada anak-anak yang hiperaktif. Jika anak-anak menolak untuk makan buah ataupun sayuran, cuba berikan jenis yang lain sehingga kita sebagai ibu bapa betul-betul mengetahui buah dan sayuran jenis yang mana yang disukai oleh mereka.

Protein

Telur, daging ayam dan daging lembu merupakan sumber protein yang terbaik. Usahakan untuk memberikan salah satu dari sumber protein yang dinyatakan secara berganti-ganti setiap hari sebagai menu makanan anak hiperaktif.

Air Putih Adalah Minuman Terbaik Untuk Anak Hiperaktif

Sememangnya tidak semua kanak-kanak suka akan air putih. Akan tetapi ibu bapa boleh melatih anak hiperaktif untuk menjadikan minuman air putih sebagai satu rutin kebiasaannya. Perhatikan baik-baik, jika anda memberikan jus dalam kotak kepada anak-anak hiperaktif. Periksalah selalu kandungan gula dan pastikan jus tidak mengandungi pengawet mahupun pewarna. Nak yang pure punya ok?

Dikatakan dengan membataskan pengambilan sesuatu jenis makanan dan memberikan pola pemakanan yang betul untuk anak-anak hiperaktif, ianya akan membantu menenangkan anak-anak hiperaktif sama ada secara fizikal ataupun emosional. Sesekali boleh beri mereka makan burger ataupun jajan, tetapi ibu bapa perlu bataskan pengambilan makanan sebegini serta memantau pemakanan anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua ya? Winking smile

*Antara lain yang pernah Farah dengar adalah, jangan pakaikan baju warna oren dan jangan berikan makan coklat…

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Memang betul Farah coklat dan 1 lagi' cili sos boleh buat anak lebih hyper. Thanks Farah important knowledge ni to parents.

    ReplyDelete
  2. mmg betul kot. sbb anak anak Cikla mmg suka mkn Nuget, hotdog, gula2 coklat dan semua yg manis2...dan x suka mkn syur.. buah pun mmg diaorg memilih... dan mereka mmg sgt aktif. kalau bwk outing mmg fengsan sekejap ibunya..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !