Kisah telah berjanji dengan diri sendiri setiap hari dari Isnin bawa ke Jumaat untuk habiskan masa dan tumpukan sepenuhnya kepada Iman Firash di hujung minggu ini desebabkan oleh perasaan mom-guilt yang tidak dapat dibendung dan dikikis lagi.
You know the feelings bila tidak dapat menghabiskan masa-masa berkualiti sepenuhnya dengan anak bila sibuk dengan tugasan hakiki dan juga tugasan sampingan yang menderu tiada henti? Rasa bersalah itu adalah sesuatu yang normal. Akan tetapi bila rasa bersalah itu membayangi hati, kadang-kadang boleh jadikan kita ni sebagai ibu tidak keruan atau tidak tenang. Selepas pada itu, ia akan mula mengganggu fokus kita kepada perkara-perkara lain. Makanya…duduk diam-diam seorang diri dan tengok kembali waktu yang kita habiskan dengan anak. Pap! Terus Farah ingatkan diri sendiri untuk kesekian kalinya Farah oh Farah jangan terlalu mengejar menjadi ibu yang terlalu sempurna tetapi doing the best that I can yang mana sebenarnya itulah yang lebih rasional dengan tuntutan hidup sekarang ini.

Bagi menebus masa-masa yang telah terlepas itu, sebenarnya masa tak boleh ditebus sebab ia telah berlalu, tetapi Farah gantikan dengan tumpuan serta fokus yang tidak berbelah bahagi kepada dia pada hujung minggu kali ini. Bagi dia rasa ceria dan gembira. Kebetulan pula, tempoh hari ada menerima satu bungkusan dari pihak Hiruscar dan Hiruscar Kids yang telah menghadiahkan Iman Firash dengan set permainan pasir kinetik. Memang dah lama nak beli pasir kinetik, tetapi rezeki belum sampai lagi untuk Mommy dia ni belikan Iman Firash pasir kinetik. Tup tup tup, rezeki sampai dalam bentuk percuma yang berupa hadiah untuk tugasan blog yang akan datang. Alhamdulilah… Syukran Allah untuk rezeki yang Engkau sampaikan untuk anakku Iman Firash. Jadi tak adalah Mommy dia pening fikirkan apa lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh kami berdua beranak untuk bonding time kami pada minggu ini. Asyik melakukan rutin yang sama sahaja, kadang-kadang boleh jadi membosankan ya tak? Bila sesekali ada sesuatu yang baru, seronok juga melihat anak yang teruja bereksplorasi dengan sesuatu yang baru.
Nak ke pantai bawa Iman Firash, tak ke pantai-pantai lagi… Jujur, sepanjang dia lahir, belum pernah sekali pun dia jejakkan kaki ke pantai-pantai yang ada di Malaysia ni. Walaupun sedekat pantai Port Dickson. Rasa nak membawa dia tu memang ada, akan tetapi bila mengenangkan ada banyak lagi perkara lain lagi yang perlu diutamakan, makanya hasrat itu tertangguh. Tak apalah, belum tiba rezeki lagi untuk Farah bawa dia ke pantai. Esok-esok nanti dah besar sikit, In Shaa Allah, akan sampai juga rezeki tu kan? Tak lambat, cepat, tak cepat, lambat… Masa jer yang bakal menentukannya. Makanya, elok sangatlah tu pihak Hiruscar dan Hiruscar Kids hantar set permainan pasir kinetik ini kan? Kita simulasi ala-ala main pasir di tepi pantai.
Pasir putih tepi pantai…Ombak lari berkejaran…Kau lari aku mengejar…Di antara detik rindu kita berdua haaa… #ehhh…Ha ha ha…ternyanyi pula…

Sewaktu mula-mula Farah bawa turun dari bilik tidur utama di atas bekas yang mengandungi set permainan pasir kinetik tersebut, dia tak ada rasa teruja pun. Dia buat tak hairan jer. Mungkin dia ingat tu bekas alat solek Mommy dan Mommy nak basuh berus solekan kot? Sebab dia dah biasa lihat aktiviti rutin Mommy dia sekali dua minggu membasuh berus solekan. Farah pun buat biasa jer lah kan? Ambil plastik sampah dari bahagian mencuci di belakang rumah tingkat bawah. Guntingkan plastik sampah dan alaskan supaya tak bersepah-sepah atas lantai, lambakkan seperti yang anda lihat paparan gambar dia atas. Haaa… Barulah dia datang dekat dan menyebut “oh wowww!”…
siap dengan ekspresi muka lagi ok? Konon-kononnya terkejut sangat-sangat lettew. Bertitik tolak dari itu, tiba-tiba rasa teruja untuk mengeksplorasi pasir kinetik tiba-tiba mula develop dalam diri dia.

Seronoklah dia kan? Dapat main pasir? Sesuatu yang baru dari rutin kebiasaan dia. Tentulah teruja, mau tidak teruja. Sesuatu yang barulah katakan. Terus lupa perkara-perkara lain dan alat-alat permainan lain. Fokus sungguh dia pada set permainan pasir kinetik yang terpampang di hadapan mata dia.
Apa Itu Pasir Kinetik?
Pasir Kinetik adalah satu bentuk set permainan berbentuk pendidikan yang telah direka khas untuk anak-anak kecil pada zaman ini. Ia berupa satu aktiviti belajar sambil bermain dari set permainan yang telah diperkenalkan tidak beberapa lama dahulu dan ia merupakan set permainan kanak-kanak yang trending juga di dalam enjin carian. Bentuknya adalah mirip kepada pasir pantai, akan tetapi teksturnya adalah lebih halus.
Memang lembut dan halus… Sepertimana yang Farah paparkan di dalam video di bawah yang telah sempat Farah rakamkan untuk tatapan anda:
98% daripada pasir kinetik adalah diperbuat daripada pasir dan 2% daripada non-toxic synthetic polymer atau polimer sintetik buatan manusia yang tidak beracun yang selamat untuk kanak-kanak. Sebenarnya, kalau nak buat sendiri pun boleh jer… Nak tau bagaimana cara? Cuba lihat video yang Farah paparkan di bawah ini pula:
Bagaimana Cara Membersihkan Pasir Kinetik?
Pasir kinetik ni tak susah pun nak dibersihkan sebab ianya tidak melekat. Kalau katalah pasir kinetik tercicir di lantai, gunakan sedikit pasir kinetik untuk mengambil sisa-sisa pasir kinetik yang tercicir di lantai. Secara automatik, pasir kinetik tersebut akan bercampur dengan pasir kinetik tadi dan dapat dibersihkan dari lantai.
Apakah Yang Akan Terjadi Jika Pasir Kinetik Terkena Air Atau Menjadi Basah? Boleh Guna Semula Tak?
Of course boleh digunakan semula, jika pasir kinetik basah atau tersiram air, letakkan sahaja pasir kinetik di permukaan yang rata, kemudiannya biarkan ia kering dan ia akan kembali kepada bentuk asalnya semula.
Bagaimana Jika Pasir Kinetik Menjadi Kering? Apa Yang Perlu Dilakukan?
Pasir kinetik tidak akan kering. Tapi tak taulah jika-jika ada yang mengalami masalah ini kan? Daripada pembacaan Farah hari tu, kalau tak silap, kalaulah pasir kinetik jadi kering, sila tambahkan beberapa titis air ke dalam pasir (jangan terlalu banyak), kemudian pasir kinetik akan kembali kepada bentuk asal semula.
Feeling duduk main pasir tepi pantai Iman Firash. Selalunya dia lihat kartun animasi Timmy Time buat istana pasir dan bermain pasir dalam televisyen jer. Kali ni, dia pula berpeluang bermain macam kawan baik dia tu si kambing biri-biri Timmy. Pernah Farah kongsikan di dalam entri yang terdahulu, Kebaikan Anak Main “Kotor” – main kotor ni ibarat macam bermain pasir yang ada di tepi pantai, kira-kira macam pasir semulajadi lah atau asli betul-betul asli punya tanpa sebarang bahan campuran. Tak pun pasir kat padang permainan. Bezanya pasir kinetik ni, memang tak kotor cuma sepah jer… Yang dapat Farah katakan adalah pasir kinetik adalah permainan pasir dengan cara yang lebih kemas dan bersih.
. Cuma perlu alas sahaja dan kemudiannya mainlah sepuas-puasnya.

Kalau anda belum memberikan pendedahan kepada anak anda untuk bermain dengan pasir kinetik, I think you should do sebab permainan pasir kinetik adalah bermanfaat di dalam membantu meningkatkan kemahiran motor kasar serta meransang kreativiti anak-anak. Surprisingly, Iman Firash ibarat seakan terlupa dengan permainan-permainan lain dan leka dengan set permainan pasir kinetik ini hampir sepanjang hari. Sampaikan nak mandi pun susah! Tak nak tinggal langsung set permainan pasir kinetik ni. Kalau tidak dia pasti sibuk nak keluar pusing-pusing ke mana-mana di kawasan taman perumahan kan? Ini tidak… Dia tak hairan langsung! Sibuk dan leka dengan pasir kinetik.
Dah nama pun memang dikhaskan untuk bonding time…Mommy pun tumpang sekakilah kan? Bina istana pasir you! Saja tunjukkan pada Iman Firash supaya dia dapat lihat dan belajar. Dia tengok istana pasir tinggi-tinggi macam ni, jadi teruja pula dia. Macam-macam bentuk kami sama-sama hasilkan semalam melalui tools yang diberikan bersama-sama set permainan pasir kinetik ini dan banyak juga aktiviti pembelajaran yang kami dapat lakukan selain sekadar bermain dan merekacipta. Dalam masa yang sama, pembelajaran mengira, bahasa… semua masuk sekali. He he he…
… Tak sia-sialah bagi Iman Firash bermain set permainan pasir kinetik ni kan?

Mommy pun tumpang sekaki kan? Syok pula! Ha ha ha… Macam-macam bentuk kami buat. Masa kecil-kecil tak puas main pasir pantai agaknya?
. Adalah main pasir pantai tapi tak serupa tekstur dengan pasir kinetik ni. Ini latest edition punya pasir! Muahahaha… Inilah salah satu perkara yang seronok menjadi mak budak dan bapak budak ni… permainan yang tak pernah merasa waktu kecil ataupun permainan-permainan alaf baru zaman kini yang tak ada dulu, semua boleh rasa main sebab bermain bersama anak-anak. Kannnn?
. Sama naik dengan anak jadinya! Kadang lebih pula… wakakaka…


Itu kisah Sabtu kami. Memang tak keluar rumah, keluar sekejap jer pergi beli ikan, ayam, sayur dan daging. Selebihnya memang kami sibuk dengan pasir kinetik di rumah. Habiskan masa-masa kualiti bersama ke tahap maksimum dan juga diselang-seli dengan gurau senda. Hari ni, Ahad ada satu hari lagi kami boleh habiskan banyak masa bersama. In Shaa Allah… Harap-harapnya Iman Firash terubat rindunya dan terubat rasa ditinggalkan selalu dan tak puas dengan Mommy sebelum-sebelum ini. Apa pun, Mommy akan tetap cuba adakan waktu untuk Firash ya? Jangan risau. You are one of my priority! 

saya dah main pasir kinetik ni.. best!!
ReplyDeleteSeronok dia main pasir tu.
ReplyDeleteTak berani lagi nak bagi Maryam main pasir ni sebab memang kena monitor dia.
Takpe, tunggu besar sikit lagi. Hehehe...