![]() |
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |




Pada masa kini, terdapat banyak jenama lampin pakai buang yang didatangkan dengan ciri-ciri anti-bocor. Akan tetapi, bagi sesetengah ibu bapa, kebocoran lampin pakai buang tetap berlaku walau sebagus mana pun jenama yang dipakaikan kepada anak-anak masing. Janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar! #ehhh
…ha ha ha… Bukan…Janganlah kerana lampin pakai buang anak kita bocor, kita salahkan jenama lampin pakai buang seratus peratus. Cuba kita kaji, ada tak agak-agaknya masalah kebocoran lampin yang berlaku itu berpunca daripada diri kita sendiri ataupun secara tak sengaja berlaku disebabkan oleh anak kita sendiri. Bukan nak salahkan diri kita atau anak, tapi cuba-cuba perhatikan senarai sebab-musabab yang memungkinkan kebocoran lampin sering berlaku sepertimana yang Farah baca di pautan artikel di SINI.

Ukuran Lampin
Walaupun pada setiap bungkusan lampin pakai buang telah disertakan dengan panduan ukuran yang bersesuaian dengan berat badan anak-anak, namun belum tentu ukuran tersebut sesuai dengan anak anda ya? Ada anak-anak yang memiliki susuk tubuh yang lebih kecil atau lebih besar dari yang sepatutnya sehingga ukuran lampinnya juga harus disesuaikan. Ingatlah, lampin pakai buang yang sesuai untuk anak-anak adalah lampin pakai buang yang menutup sempurna di bahagian punggungnya. Macam Iman Firash, kan kecik molek sikit orangnya, rakan-rakan sebaya ramai dah memakai saiz XXL, tetapi dia? Masih kekal dengan saiz XL. He he he…
.

Salah Pemakaian (Tiada Jurang Di Antara Lampin Dan Kulit)
Kadang-kadang, kerana anak tak boleh duduk diam…Huh…
… Memang ya pun! Terpusing sana, terpusing sini, waktu nak salinkan lampin pakai buang, masa tulah dia sibuk nak buat itu nak buat ini ya tak? Best scenario juggling with Iman Firash sewaktu menyalinkan lampin pakai buang. Kita lepa sedikit jer dia dah boleh cit cit cit cit berlari ke tempat lain di sekeliling rumah, main-mainkan kita suruh kejar untuk tangkap dia dan pakaikan lampin pakai buang dia. Menyakat! Tak habis-habis menyakat Mommy… Bila juggling macam ni, memang kelam kabut kita sebagai ibu atau bapa nak pakaikan lampin pakai buang anak kan? Pastikanlah pelekat lampin anak melekat sempurna di bahagian perut dekat pusat serta tidak ada bahagian lampin yang terselit di lipatan punggungnya.

Tidur Meniarap
Ternyata ada sebahagian anak-anak kecil yang lebih gemar dan puas tidur meniarapa. Perkara ini juga boleh mengakibatkan lampin pakai buang mudah bocor kerana penyerapan cairan yang tidak sempurna. Trik mengatasinya adalah, lipat sedikit lampin bahagian atas sehingga membentuk “penahan”. Ini akan membantu menahan cairan merembes keluar dan mengelakkan kebocoran lampin.
Alat Sulit Muncul
Ha ha ha…
… jenuh dok termenung memikirkan bahasa paling halus nak menyatakan bahagian sulit ni… Taklah, tak adalah kasar bunyinya kan? Terus-terus nak sebut toot dan toot. Memanglah itu realiti dan semua orang tahu itu sebutannya dalam perbualan sehari-hari, tapi kalau boleh, Farah nak gunakan bahasa paling halus yang tak berbunyi kasar sangat di dalam artikel di blog Farah ini, ihikss… Farah kan memang tak suka bahasa-bahasa kasar atau berbunyi kasar… Hu hu hu… Tak sesuai dengan jiwa… Ok, macam ni, jika anda mempunyai anak lelaki, biasanya mereka tidak perlu menggunakan lampin pakai buang jika sudah matang dan boleh mulakan potty training. Bila sampai peringkat ini, mereka ada masa-masa akan berusaha untuk menurunkan lampin pakai buang dan bermain-main dengan alat sulit mereka. Kedudukan alat sulit yang tidak pada tempatnya inilah yang membuat kebocoran terjadi. Sebelum anak tidur, pastikanlah lampinnya ketat dan alat sulit berada di kedudukan bawah.

Jujur! Setakat dia main usik-usik sewaktu nak pakai lampin pakai buang tu adalah, tapi kalau nak kata dia cuba turunkan lampin pakai buang kemudian bermain-main dengan alat sulit tu macam tak pernah lagi pun, tak ada lagi pun. Yang ada cumalah dia berusaha gigih nak buka lampin pakai buang. Tu jer… Tak terjadi pada Iman Firash punca atau penyebab yang dinyatakan yang keempat dari senarai di atas sepertimana yang dibincangkan oleh artikel rujukan Farah tu. Akan tetapi mungkinlah, ada terjadi di kalangan anak-anak kecil yang lain.
See bukan salah lampin pakai buang semata. Perkara lain pun berkemungkinan menyebabkan lampin pakai buang bocor. 

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.