Wohoo!!! Pejam dan celik...Pejam dan celik... Dah nak sampai ke penghujung tahun 2016 dah kita ni rupanya ya? Cepatnya masa berlalu! Hujung-hujung tahun ni musim anak-anak bercuti sekolah panjang sebelum sesi persekolahan yang baru bermula pada tahun yang seterusnya... Hujung-hujung tahun ni, musim ramai orang habiskan cuti tahunan ataupun musim ramai orang sengaja bercuti. Elok sangat kalau kita ni semua boleh fikir-fikirkan
option untuk
vacation or retreat. Rehat-rehatkan minda, segar-segarkan diri sebelum memulakan tahun baru 2017. Masa untuk
refresh!
.
Cumanya, mungkin yang akan menjadi membataskan niat bercuti tu adalah bila kita, kita dan kita ni seolah-olah seakan menjadi terhimpit rasa memikirkan faktor keadaan ekonomi semasa yang segalanya serba naik dan nilai Ringgit Malaysia yang semakin hari semakin kecil rasanya. Haihhh... Janganlah susah hati ya? Faham... Bila bercuti ni, perkara pertama adalah bajet... dan sinonimnya, kalau bercuti ni akan menelan kos perbelanjaan yang banyak. Kalau tak keluar kos bukan cuti namanya...Nak bercuti ke, nak self-reward ke, nak family retreat ke, memanglah akan melibatkan kos... Ini yang menghentikan impian ataupun niat sesetengah orang...Betul tak? Termasuklah diri Farah ni ha... Bila ada angan-angan nak bercuti, ada impian nak bercuti, tiba-tiba jadi terhenti seketika niat tu... Bila mana memikirkan daripada spend untuk percutian adalah lebih baik digunakan untuk sesuatu yang lebih utama. .
Bila hidup dalam zaman serba naik dan serba mahal, nak beli sesuatu, nak bayar untuk sesuatu, nak lakukan sesuatu yang melibatkan kos boleh mengakibatkan kita ni semua berfikir beratus-ratus kali...

Ha ha ha...Kadang-kadang dah beratus-ratus kali berfikir pun masih tak dapat keputusan. Ada masa-masa pula, jadi serba salah. Sebab keinginan tu terlalu kuat, cuma tak sanggup nak keluarkan kos yang terlalu tinggi.
Bagi yang berimpian nak bercuti bersama yang tersayang, bagi yang berimpian nak bawa
family untuk
retreat... Jangan kalut, jangan serabut sangat aihhh... Masih ada cara sebenarnya...Masih ada jalan sebenarnya bagaimana anda dapat merealisasikan impian untuk bercuti tu... Sebab tu Farah kata jangan susah hati...

Ni haaa, nak khabarkan kepada anda ni, satu
option yang mungkin mampu membuat anda tersenyum dan rasa ianya adalah sesuatu yang berbaloi-baloi di dalam merealisasikan impian bercuti anda tu ha... Macam mana tu?
Senang je! Rajin-rajinkanlah diri untuk ambil tahu tentang
Year End Holiday Promotion di
TRAVELOKA oiii... Banyak perkara yang anda mungkin akan rugi jika tak jenguk ke
TRAVELOKA tau tak? Sebabnya, dah hujung-hujung tahun ni memang banyak promosi percutian yang ditawarkan dengan harga yang terendah. Kalau nak bercuti secara bijak dan lebih berhemah, memang kena rujuk
TRAVELOKA. Farah dah banding sana sini sinun dah,
the best options and the best prices offered adalah promosi
Year End Holiday yang sedang berlangsung di
TRAVELOKA.
Nak yang macam mana? Contohlah contoh ya, Farah berikan pada anda seperti di bawah ni:
Khas buat pemegang kad kredit Citibank Malaysia,
diskaun sebanyak 10% untuk sebarang tempahan hotel di mana diskaun maksimum yang diberikan adalah sehingga RM 50.00 bagi satu-satu booking ID. Bukan tu sahaja,
diskaun sebanyak 7% dengan diskaun maksimum sehingga RM 35 bagi tempahan penerbangan bagi satu-satu booking ID. Tiada transaksi minima. VALID untuk semua airlines dan tarikh percutian. VALID untuk semua hotel dan tempoh masa pengginapan, tidak kira domestik atau antarabangsa. Ini adalah bagi sebarang tempahan percutian di dalam temph masa dari
1 November 2016 sehingga 31 Januari 2017. Kalau nak maklumat lanjut dan lebih terperinci boleh rujuk pautan di
SINI ya?
Ada lagi, Farah
up lagi...
Promosi
Be savvy. Be save-y khusus untuk pemegang kad kredit CIMB untuk
semua airlines dan hotel. Ini salah satu langkah penjimatan ni, sebabnya, nak buat apa
spend lebih bila mana sebenarnya anda boleh gunakan kad kredit CIMB anda kot untuk penjimatan sehingga
RM 85.00. Yang RM 85.00 tu dah boleh guna untuk perkara-perkara lain dah sewaktu bercuti kan? Jimat perbelanjaan percutian tapi belanja untuk perkara lain. Gittew! Yang ini untuk pengetahuan anda adalah untuk sebarang tempahan percutian bermula dari
16 November 2016 sehingga 15 Februari 2017. Untuk maklumat lanjut baca di
SINI.
Sebenarnya bukan setakat ni sahaja, ni cuma beberapa
Year-End Holiday Promotion yang Farah sempat
survey di
TRAVELOKA. Banyak lagi yang bakal menanti anda sebenarnya.
Precisely terdapat hampir 100 buah hotel di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang menawarkan pelbagai promosi percutian yang
letaps letops. Kalau nak tau, kalau tak nak rasa rugi sebab tak tau promosi-promosi bom kebabom yang meletop-letop untuk impian percutian anda, tolonglah... Ha ha ha...Farah dah bagi jalan dah ni... Pergilah klik pautan yang Farah dah sertakan di dalam entri Farah pada kali ini.
*Selamat Bercuti Hujung Tahun! Semoga anda bertemu dengan apa yang anda cari demi merealisasikan impian anda untuk percutian anda! Jangan cepat ambil keputusan untuk batalkan impian atau niat bercuti hanya semata kerana memikirkan segalanya mahal-mahal belaka! Tengok dulu apa yang Farah dah kongsikan ok? Mana tahu, sebenarnya anda masih lagi boleh merealisasikan impian dan niat anda itu!


jom bercuti
ReplyDeleteyes...jom cuti2 malaysia
ReplyDelete