Yippie yeayyy! Akhirnya misi koleksi buku gambar Iman Firash yang sentiasa
ongoing dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan semasa dan tumbesaran dia yang ke-4 telahpun selamat sampai ke tangan Farah petang semalam…

… Ini sememangnya hobi Farah sejak dia lahir pada tahun 2013 dahulu… Memang dah sasarkan nak buat koleksi buku gambar dia dan abadikan
moments melalui koleksi buku gambar. Sebab tu Farah sangat-sangat-sangat tersangatlah rajinnya menghabiskan memori telefon pintar hanya semata nak penuhkan dengan gambar anak.
Even Dropbox and Google Drive storage dah
burst dah pun. Walaupun punyalah banyak akaun yang
set-up untuk Dropbox dan Google Drive. Sampaikan Dropbox tu dah minta ampun dah suruh
upgrade kepada
storage 1TB. Ekekekeke…

.
Bukannya tak boleh nak simpan jer elok-elok soft copy semua gambar Iman Firash. Cumanya, tidak tahu berapa lama lasting kalau hanya sekadar simpan soft copy. Disebabkan atas alasan itu, rasanya jika diabadikan di dalam bentuk buku gambar sebegini ianya akan tentu-tentu lasting sehingga dia besar nanti. Nenek dia kata… “Rajinnya Mommy rakam gambar Firash…Rajinnya Mommy buat benda remeh-temeh, susun dan masukkan gambar dalam template…”… He he he… Kembang setaman Farah sekejap ok? Haruslah…Inilah kenangan masa akan datang dan inilah dia juga untuk Iman Firash lihat moments dia membesar sewaktu dia masih belum begitu mengerti segalanya lagi. Kurang-kurang akan datang nanti, kalau dia tengok, dia akan kenal zaman-zaman dia lahir dan membesar dari tahun ke tahun. Bagi Mommy dia pula, it is simply because I do not want to miss any single second of the joy of being a Mommy to Iman Firash and it is symbolic to how do I do really cherish this journey of motherhood. Gittew…
Baru 4 jer koleksi oiii, sebenarnya kalau nak ikut-ikutkan banyak lagi gambar yang belum dibukukan oleh Farah. Nantilah perlahan-lahan… Buku-buku sebelum ini pun Farah pernah kongsikan melalui entri-entri yang telah dimuatnaik di Bubblynotes.Com ini. Di antaranya:
Setakat ini, kesemuanya masih di dalam bentuk
mini photobook. Kalau nak lihat serba sedikit bagaimana isi kandungan buku-buku gambar Iman Firash sebelum ini, bolehlah klik pada pautan entri sebelum ini yang Farah dah jaringkan di atas untuk anda. Tak nak lihat pun tak apa, tak ada paksaan ok?

. Rata-rata harga yang Farah dapat adalah di antara RM 1.00 sehingga RM 5.00. Teringin juga nak buat buku gambar yang mega punya! Tapi bukanlah sekarang… Bajet belum cukup lagi oiii… Syukurlah apa yang ada dulu kan?
Nak tengok tak? Farah kongsikan isi kandungan buku gambar Iman Firash yang keempat ini? He he he…Kalau tak nak pun tak apa, sebabnya Farah tetap akan paparkan sekali bersama-sama entri ini. Bila ada gambar barulah seronok jamu mata…


hah? RM 5.00 sahaja? Tak percaya? Cuba lihat bukti di bawah ini:
Betul tak? RM 5.00? Tu sebab rajin sangat buat buku gambar Iman Firash, sebab boleh dapat harga yang bom kekabom
super duper murah lagi berkualiti hasilnya. Entahlah, mungkin disebabkan rasa macam
incomplete bila sekadar pengap dalam
storage spaces yang ada tetapi tak ada
hardcopy. Bila ada
hardopy ni… sangat-sangat
meaningful pada Farah. Yang belum buat tu… Apa kata jenguk-jenguk
LAMAN WEB PHOTOBOOK MALAYSIA, jomlah kita sama-sama abadikan
moments anak-anak. Seronok tau buat benda ni sebenarnya! He he he…

*Cuma rasa-rasanya selepas ni, In Shaa Allah, kalau ada rezeki lah kan? Kalau ada rezeki…Manalah tau kot-kot kalau ada rezeki terpijak dari mana-mana ke? Nak proceed untuk sama ada buat kompilasi gambar dari saat kelahiran dia sehingga waktu terkini, nak sumbat banyak-banyak semua gambar, jadikan satu buku gambar yang lengkap… let say untuk jarak 3 tahun sekali atau 5 tahun sekali… tapi nak tukar buku gambar jenis sama ada yang dipanggil sebagai Pro Series atau Flush Mount Albums, seperti yang Farah tunjukkan contoh di bawah:
Wahhhh..Menarik nih..Tapi xde cukup mase nk men-design susun atur gmbr..huhu
ReplyDeletemurah sangat dah ni. Boleh la nak try pulak nanti untuk dua beradik tu :)
ReplyDelete