Tiba-tiba terbayang… Kalau makan cekodok bawang cicah dengan sos cili sedap juga ni… Errr… tiba-tiba rasa kelaparan…
…Makan ajerlah yang ingat yer tak? Mana tak menembun dengan jayanya bagaikan dipam-pam badan ni? Kalau dah asyik ingat makan jer? Ha ha ha…
. Iman Firash dia kenal sos cili dan sos tomato… Sebutnya “Chilli Cosh.. Tomato Cosh…”… Tapi dia tak suka. Mengelak-elak kalau cuba beri pada dia. Mujurlah dia tak suka! Sebabnya… Walaupun sos adalah merupakan ibarat tradisi turun-temurun untuk sesetengah hidangan, namun terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawasanya sos tomato yang rendah kalori ini sebenarnya adalah TIDAK BAIK diambil untuk tubuh manusia.


Berdasarkan artikel yang telah diterbitkan di pautan INI, terdapat 5 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS ELAKKAN PENGGAMBILAN SOS TOMATO terutamanya pada anak-anak lah kan?
Kandungan Sodium Yang Tinggi
Menurut Food Network, mengambil 8 senduk makan sos tomato sudah cukup memenuhi keperluan sodium anda dalam sehari. Bayangkan, apabila anda membiarkan si kecil menghabiskan satu botol sos tomato seenaknya. Ya, ada yang Farah pernah jumpa, kanak-kanak yang sangat sukakan sos tomato sehingga boleh habis sebotol kalau sekali hadap. Hu hu hu…Mengandungi Banyak High Fructose Corn Syrup (HFCS)
HFCS dikatakan terbukti dapat menyebabkan obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Hungfry for Change menyebutkan bahawa majoriti ramuan sos tomato botol terdiri dari tomato matang, air, dan gula yang banyak. Biasanya gula ini merupakan bentuk kejuruteraaan genetik dari sirap jagung.
Memiliki Kadar Gula Yang Tinggi
Dr. Joseph Mercola dari Hungry for Change memaparkan bahawa ibu bapa perlu tahu bahawa 1/4 dari tiap botol sos tomato diperbuat daripada gula. “Sebanyak 1 senduk makan biasanya mengandung 4 gram gula,” ujarnya.
Berantakan
Tidak berkaitan dengan kesihatan, namun kenyataannya, kesan kotor dari sos tomato kadang-kadang sukar untuk dihilangkan dari baju atau meja/kursi.
Membuatkan Semuanya Terasa Seperti Sos Tomato
Terlalu banyak menuangkan sos tomato tidak hanya berisiko terhadap kesihatan, tetapi juga sebenarnya tidak memberikan kesempatan bagi si kecil untuk mencuba rasa makanan lainnya.
Bukan tak boleh nak makan atau cicah sos tomato langsung-langsung. Cumanya kalau boleh kena kurang-kurangkan sos tomato di dalam hidangan atau santapan anak-anak kecil.
. Apa pun kan? Kalau dah terlalu lebih sangat boleh jadi memudaratkan. Yang ala kadar jer dah cukup yang sebenarnya… Betul tak?

singgah selasa
ReplyDeleteTerima kasih atas info. Baru maznee tau soa tomato kaya sodium atau garam. Gula 1 per 4 dan halang ai manja belajar rasa 😍.
ReplyDelete