It's Time Untuk Ubat Cacing ZENTEL Again!

Farah Waheda Wahid
2

Jeng... Jeng...Jeng! It's time untuk ubat cacing ZENTEL again! Dah cukup tempoh matang dah dos ubat cacing diperlukan semula! Masa untuk makan ubat cacing datang lagi Iman Firash! Dan semestinya bukan Mommy dia pandai-pandai beri ubat cacing ikut rasa sesuka hati. Dah tentu-tentulah berdasarkan khidmat nasihat pakar perubatan dan juga pemantauan ke atas tempoh masa pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak yang telah disyorkan. 

Segala cerita mengenai bagaimana cacing menjangkiti kanak-kanak?, kesan masalah kecacingan kepada kanak-kanak, tanda-tanda kanak-kanak mengalami kecacingan, apa yang berlaku sekiranya kecacingan tidak dirawat?, tempoh atau jangka waktu pemberian ubat cacing, cadangan pemberian ubat cacing, jenis-jenis ubat cacing dan simptom-simptom kecacingan semuanya Farah telah kongsikan di dalam entri Farah yang terdahulu iaitu Kecacingan Di Kalangan Anak-Anak...Nak tau lebih lanjut mengenai kecacingan di kalangan anak-anak bolehlah baca entri Farah yang dulu tu ya? Takkan Farah nak ulang cerita segalanya di dalam entri kali ini pula? He he he... jadi macam entri duplicate pula nanti... 

Ini adalah pemberian ubat cacing kali ketiga kepada Iman Firash. Sama seperti dahulu, ubat cacing ZENTEL adalah ubat cacing yang diberikan kepada Iman Firash. 


Untuk makluman anda, ubat cacing ZENTEL adalah merupakan ubat cacing yang berada di bawah kategori ubat cacing jenis Albendazole di mana ubat cacing jenis ini adalah ubat cacing yang tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil. Ia menghalang sistem kemasukkan glukosa yang diperlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya. 

Terfikir juga alahaiii... Firash ni memang susah sedikit nak beri makan apa-apa ubat atau vitamin. Multivitamin yang diberikan kepada dia setiap hari pun berpujuk dan berbelai bagai ok? Cara paling efektif adalah selepas dia dimandikan. Masa tu adalah paling senang nak bagi dia makan apa jenis ubat atau multivitamin sekalipun. Kalau tidak memang terpaksa memaksa dia menelan ubat. 

Entah! Mommy dia ni pun tak faham apakah yang sebenarnya. He he he... tapi sebenarnya ok ajer dia telan ubat-ubatan dan juga multivitamin. Drama jer lebih tu kannn? Sebab bila diberi makan apa-apa jenis ubat ataupun multivitamin dia tak pernah keluarkan semula ataupun muntah. #ehhh muntah tu adalah sesekali bila dia memang meronta-ronta tak nak. Tapi! Bukan selalu. 

Tak boleh nak bagi dia makan ubat melalui sudu. Tetap kena guna picagari. Nampaknya malam semalam berjaya berikan dia ubat cacing tanpa sebarang pembaziran! He he he... 


Mood tengah elok! Dengan sedikit bodek, dengan sedikit gurauan dan sedikit puji-pujian. Akhirnya! Yeayyy ubat cacing mengikut dos yang disarankan telah berjaya dihabiskan serta ditelan dengan jayanya oleh Iman Firash. Tarikh pemberian ubat cacing terus dicatatkan supaya Farah tak lupa untuk memberikan ubat cacing kepada Iman Firash bila tiba waktunya sekali lagi. 

Diharapkan selepas ini semakin terbukalah selera makan si anak bujang ni kan? ;-)

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. And i just remembered my baby's appointment next month. thanks for the post. hehehe. lama xjenguh farah here.

    ReplyDelete
  2. Anak saya tak suka makan ni :) Kali terakhir keluarkan semula. mencabar betul nak bagi. hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !