BIO-OIL– Produk Penjagaan Kulit Untuk Ibu-Ibu Hamil

Farah Waheda Wahid
1
BIO-OIL– Produk Penjagaan Kulit Untuk Ibu-Ibu Hamil

Sewaktu tempoh kehamilan, wanita akan mengalami perubahan yang menakjubkan pada badan mereka. Selain perubahan fizikal, mereka juga akan menghadapi perubahan dari segi emosi sepanjang perjalanan tersebut.
 
Perubahan fizikal yang paling ketara semasa kehamilan melibatkan perubahan kulit. Pigmentasi, jerawat dan regangan kulit kesan kehamilan adalah masalah yang paling biasa dialami oleh wanita hamil. Selain menjejaskan penampilan, perubahan kulit ini berpotensi untuk menggugat keyakinan diri mereka.
 
Dianggarkan seramai 75% wanita akan mengalami masalah kulit tidak sekata seperti pigmentasi atau melasma disebabkan perubahan hormon semasa hamil. Penghasilan melanin yang meningkatboleh menyebabkan pembentukan tompok-tompok hitam pada muka terutamanya di bahagian atas bibir, hidung, pipi dan dahi.
 
Selain pigmentasi, jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang jugakerap dialami oleh wanita hamil. Sewaktu hamil, sesetengah wanita mungkin tampak lebih cantik dan “berseri”, namun ada wanita yang mengalami penghasilan sebum berlebihan pada kulit disebabkan perubahan hormon, yang seterusnya mengundang pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kemerahan dan kulit radang serta parut yang mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh.
 
Walaupun masalah melasma dan jerawat hanya sementara dan akan hilang selepas bersalin, tona kulit yang tidak sekata dan parut yang mencacatkan penampilan boleh menggugat keyakinan wanita semasa hamil.
 
Menurut statistik, hampir90% wanita hamil akan mengalami kesan regangan kulit (stretch marks atau striae gravidarum). Ia lazimnya bermula pada trimester kedua kehamilan dan berlaku disebabkan saiz badan yang membesar lebih cepat berbanding dengan keupayaan kulit untuk turut sama mengembang. Kulit yang meregang akan terasa kering, gatal, tidak selesa serta meninggalkan kesan parut yang boleh dilihat dengan ketara sehingga beberapa tahun selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, tidak hairanlah jika kesan regangan berada di tempat ke-8 daripada 10 masalah kulit yang paling dibimbangi wanita.
 
Usah bimbang kerana Bio-Oil dihasilkan khusus bagi membantu memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan keyakinan wanita hamil. Selain dipercayai oleh ribuan ibu-ibu hamil di seluruh dunia, ia telahterbukti berkesan secara klinikal untuk membantu mengatasi melasma, regangan kulit kesan kehamilan dan parut lama dan baharu. Ia dikenali ramai sebagai produk parut dan regangan kulit No.1 paling laris dijual di 23 buah negara termasuk Malaysia.
 
Bio-Oil dirumus daripada ekstrak tumbuhan seperti minyak kamomil, lavender, rosemary, kalendula serta vitamin A & E dan bahan unggul PurCellin Oil™, yang membantu kulit menyerap khasiat dengan cepat agar kulit sentiasa halus dan lembut tanpa kesan melekit. Ia bersifat hipoalergenik dan tidak menyebabkan jerawat, malah ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
 
Kajian menunjukkan bahawa 86% subjek melaporkan tona kulit yang lebih sekata selepas penggunaan Bio-Oil selama dua belas minggu; 90% subjek melaporkan parut jerawat semakin pudar selepas penggunaan selama sepuluh minggu; dan 100% subjek melaporkan pengurangan kesan regangan kulit selepas lapan minggu.
 
BIO-OIL - PRODUK PENJAGAAN KULIT 2

Walaupun hasil yang dapat dilihat mungkin berbeza mengikut individu, anda disyorkan supaya menyapu Bio-Oil pada kawasan terbabit dua kali sehari selama sekurang-kurangnya tiga bulan untuk melihat kesan yang lebih memuaskan. Bagi membantu mengurangkan pembentukan regangan kulit kesan kehamilan, anda juga digalakkan supaya menggunakan Bio-Oil dari awal trimester kedua kehamilan agar kulit sentiasa terhidrat dan anjal.
 
Bio-Oil boleh didapati di farmasi-farmasidi seluruh negara dan dijual pada harga RM34.95 (60ml), RM58.25 (125ml) dan RM79.45 (200ml).
 

Mengenai Bio-Oil

Bio-Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang berkesan membantu memperbaiki penampilan parut, regangan kulit kesan kehamilan, warna kulit tidak sekata dan kesan-kesan penuaan kulit, serta bermanfaat untuk kulit yang kering. Formula unik yang dihasilkan pada tahun 1987 ini telah memenangi 298 anugerah penjagaan kulit di seluruh dunia dan merupakan jualan produk parut dan regangan kulit No.1 di 23 buah negara.






















Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. PC pernah guna..mama PC pun guna..kalau ada bekas jerawat yang hitam hitam pada kulit,inshaAllah kalau kerap sapu boleh pudar sedikit demi sedikit..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !