![]() |
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Sebelum bercerita panjang lebar, Farah mengaku yang Farah selalu dudukkan Iman Firash di dalam troli pasar raya sewaktu membeli barangan keperluan dapur pada setiap hujung minggu! Cumanya, cara Farah dudukkan Iman Firash tu, mungkin jelek pada pandangan sesetengah orang di luar sana atau mungkin menyebabkan orang rasa nak pusingkan bebola mata sebanyak 360 darjah jer dengan kelakuan Farah. Sebelum dudukkan Iman Firash di dalam troli pasar raya, kebiasaanya rutin Farah adalah Farah akan basahkan tisu dengan sanitizer dan kemudiannya Farah akan lap di segala sudut bahagian tempat duduk dan tempat-tempat yang mungkin Iman Firash pegang. Memang ambil masa sikit lah… Free free ajer pasar raya dapat troli bersih sedikit. Ahaksss! Hygiene itu penting pada Farah. Ya, ya nampak Farah cerewet ya ampunnn… Hu hu hu…
Tapi, cerewet Farah itu akhirnya membuatkan Farah menarik nafas panjang bila Farah terbaca satu artikel di SINI, mengenai bayi berusia 10 bulan yang diserang 4 virus bahaya selepas duduk di dalam troli pasar raya. Hu hu hu…
scary ok? Sangat-sangat scary! Haaa, sesiapa yang sibuk nak pusing bebola mata 360 darjah perhatikan gelagat Farah setiap kali ke pasar raya tu, sila baca artikel yang telah diterbitkan oleh pihak Majalah Pa & Ma dan di sini, Farah kongsikan kepada anda.

Cuba lihat bayi ini? Comel kan? Tapi kesian sangat tengok dia…
… Siapa sangka troli yang nampak bersih itu mampu meragut nyawa seorang bayi seperti yang berlaku di Gold Coast Australia. Menurut Vivienne Wardrop, bayinya Logan yang berusia 10 bulan terkena jangkitan bakteria pada troli di pasar raya yang dikunjungi untuk membeli barangan dapur. Dalam masa 24 jam selepas pulang dari pasar raya, anaknya mengalami demam panas dengan suhu tinggi mencecah 103', cirit-birit serta muntah-muntah dan dikejarkan ke hospital. Sehingga satu tahap, cirit-birit yang serius menyebabkan najisnya mengandungi darah. Bayinya juga cirit-birit merata-rata, bila diberi susu, dia akan muntahkan semula. Akibat mengalami dehidrasi selepas kali pertama menerima rawatan di hospital, Vivienne membawa anaknya ke hospital sekali lagi pada keesokkan hari. Doktor yang merawat Logan, memberitahu yang mangsa menderita serangan adenovirus, rotavirus, salmonella dan meningitis sehingga perlu ditahan dalam wad ICU selama lapan hari.

Vivienne yang mempunyai lima orang anak berasa sedih kerana pertama kali berhadapan dengan situasi bayinya sakit teruk sehingga kehilangan sebanyak 800 gram berat badan dalam masa tiga hari. Berikutan kejadian itu, ibu mangsa menasihati orang ramai agar sentiasa membersihkan bahagian tempat duduk kanak-kanak pada troli di pasar raya sebelum meletakkan si kecil ke dalam troli. Menurut Vivienna, dia langsung tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku. Kini anaknya dalam tempoh pemulihan yang mungkin akan mengambil masa dalam dua minggu.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit, bayi sangat mudah dijangkiti meningitis. Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlulah mengetahui simptom penyakit tersebut antaranya:
2. Ruam, kurang selera makan dan kurang aktif.
3. Ibu bapa perlu berwaspada terhadap tanda-tanda tertentu seperti tompok lembut di kepala bayi membonjol serta kulit yang pucat, bertompok-tompok atau bertukar biru.
Bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti meningitis selalunya demam, sukar bangun daripada tidur, tidak mahu menyusu langsung dan memperlihatkan ekspresi yang kosong dan termenung. Kadangkala bayi masih meragam dan meraung walaupun ibu bapa sudah mendukung atau mengangkatnya.
Kisah ini boleh dijadikan peringatan dan pengajaran kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Jadi, apabila membawa anak ke pasar raya langkah berikut perlu anda lakukan:
1. Apabila menggunakan troli pasar raya, bersihkan dahulu tempat duduk kanak-kanak dalam troli dan sekitar kawasan yang mampu disentuh oleh anak menggunakan tisu antibakteria.
2. Jika tidak mempunyai tisu antibakteria, letakkan kain bersih di tempat duduk tersebut.
3. Gunakan stroller sendiri berbanding meletakkan anak dalam troli yang tidak terjamin kebersihannya.
4. Lebih baik sekiranya menggunakan penggendong bayi yang lebih selamat dan selesa untuk bayi.
5. Atau jika larat, dukung saja anak anda.
Beringat sebelum terkena, berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan tak salah. Apa yang berlaku sepertimana yang telah dikongsikan, kita ambilkan sebagai iktibar dan juga pengajaran. Semoga anak-anak kita semua dilindungi oleh Allah SWT. In Shaa Allah, Amin.
Allahu..
ReplyDeleteTakut ye Farah..
Kebersihan tu amat penting..
Tak apa kena kerja lebih sikit utk bersihkan troli..
Janji anak2 tak ada jangkitan virus kan..
huh! terus rasa takut bila baca post ni sebab saya selalu letak anak saya dalam troli kalau pergi pasar raya. sebab tak larat nak dukung kan. hmm. serius takut lepas baca ni.
ReplyDeletehttp://www.ceritaejoy.com/
Allahuakbar,.. bahayanya.. pasni tak nak dah letak anak dalam troli pasaraya.. bahayanyaaaaa...
ReplyDeleteDulu2 masa anak2 masih kecil, mmg dah jadi rutin, bila gi shopping guna troli,.. Tapi SB memang awal dah sediakan tisu basah anti bakteria untuk lap tempat dorang duduk dalam tuh. Mmmg org tengok jengkel semacam,kan..tapi itulah SB :
ReplyDeleteooo,.syukur la KG tak pernah ltak anak kt troli tu...anak merengek minta pun KG Xx peduli
ReplyDelete