Aktiviti Berkaitan Pertuturan–ANAK 3 TAHUN

Farah Waheda Wahid
3
AKTIVITI BERKAITAN PERTUTURAN ANAK 3 TAHUN

Wahhh! Surprised smile… Dalam diam tak diam, lebih kurang dalam 20 hari jer lagi Iman Firash akan berusia 3 tahun secara rasmi! Dalam diam tak diam juga, lebih kurang 16 hari jer lagi, Mommy dia akan secara rasmi berusia 34 tahun! Winking smile… Tambah lagi setahun usia kami berdua beranak. Masa sememangnya cepat berlalu. Makanya, marilah kita memahami tentang anak yang berusia 3 tahun pula. Perkembangan dan proses tumbesaran yang seterusnya di dalam fasa kehidupan. Memang setiap tahun begitu, bila lebih kurang sebulan dua bulan hampir kepada tarikh lahir Iman Firash, Farah akan memperbanyakkan pembacaan ke atas perkongsian, artikel dan bahan-bahan ilmiah yang lain mengenai tahun-tahun tertentu di dalam perkembangan kehidupan anak-anak. Sebagai contoh, artikel terbaru yang Farah baca di laman blog di SINI.

Kanak-kanak yang berusia 3 tahun amat suka bermain dan berimaginasi. Pada usia 2 tahun, mereka lebih banyak meneroka dengan keupayaan fizikal (lari, lompat, berguling). Tetapi apabila masuk usia 3 tahun, mereka lebih fokus pada kemahiran motor halus. Anda akan dapati kanak-kanak 3 tahun boleh duduk agak lama di suatu tempat, bermain dengan permainan menggunakan imaginasi. Mereka mungkin berlakon sedang membayar wang di kaunter atau mengambil tempahan makanan. Mereka juga mungkin sedang membayangkan situasi peperangan atau sedang memandikan bayi. Kemahiran motor halus seperti pergerakkan jari-jari juga menjadi lebih cekap. Mereka boleh disuruh untuk mengemas barang, membuang sampah dan meletak cawan ke dalam sinki. Malah ramai antara mereka sudah boleh menumpukan perhatian terhadap aktiviti mewarna.

Pada usia begini, aktiviti kreatif seperti arts and painting amat digemari kanak-kanak. Aktiviti mewarna tanpa berus pasti lebih menarik dengan menggunakan jari atau apa sahaja peralatan dalam rumah seperti span, kertas yang direnyuk, bawang, putik kapas. Mereka juga sudah begitu bijak memanipulasi ibu bapa. Mereka tahu kelemahan ibu bapa. Maka kita mestilah yakin bahawa kita sebagai ibu bapalah yang mengetuai peraturan dalam rumah. Pada waktu ini, kita mesti menegaskan sempadan, apa benda yang boleh dan apa benda yang tidak boleh. Jangan takut kepada anak sendiri. Anda mesti bijak menilai sama ada anda sedang memanjakannya atau anda sedang merosakkannya. Contoh paling mudah ialah penggunaan gajet dan televisyen. Begitu juga tentang pemakanan yang tidak berkhasiat.

Secara umumnya, kanak-kanak 3 tahun boleh menggunakan 3 perkataan dalam satu ayat. Contohnya: “Mama, nak keluar”,  “Adik nak ikan”, “Ni kasut ayat”. Mereka masih lagi pelat beberapa bunyi tetapi pertuturannya boleh difahami oleh ahli keluarga. Ayat yang digunakan juga masih tidak begitu teratur. Tetapi mereka tetap cuba untuk menggunakan ayat yang lebih panjang.

Antara aktiviti berkaitan pertuturan bahasa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak 3 tahun ialah:

1. Suruh dia lakukan sesuatu dengan arahan yang panjang. Conthohnya: “Letak seluar di dalam bakul, lepas tu tolong ambilkan bedak kat atas meja.”, “Buang tisu ni di dalam bakul sampah dan selepas itu basuh tangan”. Pastikan anda sertai dengan pujian dan galakkan. - Star done! and ongoing. 

2. Aktiviti mengenal warna dan menamakan warna. Apabila anak memilih sendiri pakaian, suruh dia sebutkan warna pakaian yang dipilih. Begitu juga apabila nampak kereta, lori di jalanan. Sebut warna kenderaan tersebut. - Star - done! and ongoing.

3. Banyakkan penggunaan kata sifat atau kata adjektif di dalam perbualan bersama anak. Contoh kata sifat seperti: wangi, busuk, panjang, laju, lambat, banyak, sedikit, kuat, keras, lembut. Clock on going!

4. Aktiviti bercerita buku bergambar. Buku cerita, bukan buku ABC, 124 atau tulis ikut titik. Ingat, buku cerita yang ada watak, plot dan pengajaran. Jika anda sasarkan bab akademik, maka itu adalah bab lain. Di sini apa yang ditegaskan khusus mengenai pertuturan bahasa. Clock on going!

5. Pandang mukanya, dengar percakapannya dengan penuh perhatian. Berhenti sekejap dari gajet anda dan tumpu pada apa yang dia nak cakap. Jika dia tersilap cakap (pelat atau ayat terbalik), maka anda mesti ulang ayatnya dengan betul. Clock on going!

Cumanya, jika anda mengesyaki anak anda lewat bercakap berbanding rakan sebaya, bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran untuk melakukan penilaian.

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. byk perkembangan anak usia 3 thn ni yg akak tak kuasai... nice sharing...

    ReplyDelete
  2. Aktiviti bercerita dgn buku bergambar yg menarik is the best moment..Anak2 akan mintak kite cerita lagi..lagi..dan lagi smp la at their age 4-5..Dieorg dh boleh buat cerita sendiri dari buku bergambar tu..huhu..Paling penting is no.5.Pandanglah mata anak waktu kite / anak bercakap..huhu..Nice sharing.

    ReplyDelete
  3. wow entri yang bagus..


    jemput join

    http://www.aerillhassan.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !