![]() |
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Home »
delivery
,
Featured
,
health
,
mommy
,
mommyhood info
,
mommyhood tips
,
motherhood
,
parenting info
,
parenting tips
,
pregnancy
,
wellness
» TIPS BERPANTANG | Mencari Tukang Urut
TIPS BERPANTANG | Mencari Tukang Urut
Bab urut-mengurut ni, Farah akui memang Farah tak berapa nak arif dan bab urut-mengurut ni, Farah akui yang tubuh badan ni sangat-sangat jarang berurut. Sewaktu selepas melahirkan Iman Firash hampir 3 tahun yang lalu pun, bukannya berurut sangat pun. Macam urut main-main pun ada...Ahaksss...Sungguh! Iyalah awak ni kan perut berpotong... Seriau-seriau berani nak berurut pun ada... Ha ha ha...Bukannya tukang urut tu nak urut kat kawasan perut punnn! Pengecut sungguh! Lagipun waktu tu memang entah, rasa macam payah jer nak cari tukang urut di kawasan taman perumahan Farah tu haaa... Puas mencari sana sini... Bak kata Mama Farah, zaman sekarang ni susah nak cari tukang urut yang betul-betul tukang urut... Itu katanya lah... Farah tau kalau urut ni pergi tempat massage jer... He he he...
Pernah juga, Mama Farah kata dulu, dia bukannya cerewet sangat dalam pemilihan tukang urut, cumanya dia tak mau tersalah pilih. Tersalah pilih? Pernah terjadi ke? Agak macam pernah terjadi jugalah sewaktu Farah selepas bersalin dahulu... Disebabkan ada pengalaman itu, macam dah tersalah pilih tukang urut, Farah tak naklah anda pula yang mengalami situasi dan keadaan yang sama sepertimana yang pernah Farah lalui dulu tu... Makanya, disebabkan tidak pakar di dalam hal ini, Farah kongsikan sedikit tips mencari tukang urut supaya anda tidak tersalah pilih sepertimana yang dikongsikan oleh artikel di SINI
Jika anda ada saudara yang baru bersalin juga, cuba dapatkan pendapat mereka mengenai tukang urut yang mereka gunakan itu. Jika mereka berpuas hati, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan tukang urut yang sama.
Ini bagi memudahkan tukang urut untuk datang ke rumah kita untuk tujuan berurut. Tak perlu nak susah payah. Kalau nak tukang urut yang tinggal jauh dari kawasan kita, disebabkan dia sememangnya tukang urut yang bagus perkhidmatan dan cara urutannya... Boleh...Bukan tak boleh, akan tetapi jika tukang urut itu ada kenderaan sendiri lagi bagus kan?
Yang ini memanglah kan? Setakat ni belum pernah dengar lagi tukang urut wanita bersalin yang berjantina lelaki. Ada ke? Ke Farah yang tak tau? Rasanya semuanya tukang urut wanita dan Muslim kan?
Tukang urut mestilah arif bahagian mana yang boleh diurut dan yang mana yang tidak boleh diurut. Bukan main hentam mengurut jer. Yang Farah tau, dan Farah baca, mereka akan memeriksa jika rahim sudah kecut sepenuhnya atau belum. Oh ya...pernah dengar pasal rahim jatuh? Takut betul rahim jatuh ni...Sebelum berurut tu, eloklah suruh tukang urut periksa bahagian rahim anda.
Sebelum anda menggunakan perkhidmatan mereka, mungkin anda boleh survey keadaan di salon mereka. Ini termasuk bilik yang akan mereka gunakan dan tahap kebersihan salon mereka.
Badan ibu bersalin masih lemah. Oleh itu, bab kebersihan amat penting. Kuku tukang urut mestilah tidak panjang supaya tidak menyakitkan kita semasa berurut.
Walaupun agak sukar untuk mencari tukang urut di zaman sekarang berbanding zaman mak dan nenek kita dahulu, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk ibu-ibu di dalam pantang tidak berurut sebenarnya. Dengan berurut, peredaran darah di dalam badan kita akan menjadi lebih lancar. Berurut juga boleh membuang angin dari badan ibu baru bersalin.
*Pssst...Farah rasa kannn...Farah sebenarnya perlu berurut dah ni... Macam banyak benar angin dah tersekat dalam badan ni... Hu hu hu...Nak cari tukang urutlah...
Terimakasih telah membaca artikel TIPS BERPANTANG | Mencari Tukang Urut. Jangan lupa share ya
Share
4 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
sha pn xberurut sejak beranak stahun lpas. lgpun czer. kt kg. belah emak ad tp dia sndiri kata dh xkuat tuk berurut. bru2 ni cri jugak perkhidmatan berurut sbb bdn dh skit2. hmmm ade tu dia rekemen 3 sesi RM290. Ada tu RM50. xtahu nk pilih
ReplyDeleteSedapnya berurut ...
ReplyDeleteSilap pilih tukang urut, memang mandi minyak je la kita. Bak kata mak. Urut tak seberapa, minyak habis segelen. Huhuhu. Rasanya kalau kat bandar, takde masalah sangat nak cari tapi kena cari yang bertauliah la. Kalau kat kampung, masalahnya pula semua yang berpengalaman dah tua. Kannn...
ReplyDeleteTips mengurut untuk berpantang yang menarik. Nice sharing.
ReplyDelete