Saturday at Ballotin Chocolate is Scrumdelious!

Farah Waheda Wahid
0

Ballotin Chocolate... Ini bukanlah sebuah restoran mahupun warung makan mahupun food court... Akan tetapi ini adalah merupakan sebuah tempat yang dipenuhi dengan warna-warni dan objek-objek manis yang kelihatan seperti polished marble yang bersinar-sinar yang mencuri perhatian sesiapa sahaja yang terlihat objek-objek tersebut. Objek-objek yang dimaksudkan adalah merupakan makanan yang bilamana ianya dimasukkan ke dalam mulut, nikmatnya terasa sehingga ke dalam tekak... Melt in your mouth 😋...Yummeh! Sesekali kita melawat tempat yang dipenuhi dengan rasa manis lah pula kannn? Asyik melawat restoran atau warung makan jer... Ubah angin sesekali tak ada salahnya... tak kena diabetes pun kalau sesekali kannn?


Ballotin di dalam bahasa Perancis yang membawa maksud sekotak kecil coklat. Iyaaa... hari ini kita bercerita mengenai coklat ya? 😊. Khas buat semua penggemar coklat, buat sesiapa sahaja yang mencari coklat, handcrafted chocolate, coklat buatan sendiri dengan kualiti dan rasa yang pasti memuaskan. Lokasi? 


Ballotin Chocolate
12-1, Jalan PJU 5/4, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Waktu Operasi:
Isnin sehingga Sabtu, 11.00 pagi sehingga 7.00 petang

No. Telefon: 
+603 6144 6544

Ballotin Chocolate merupakan sebuah kedai coklat yang dipenuhi dengan warna-warni di dalam display case yang membuatkan Farah rasa nak terkam jer semua yang ada ok? Bukan semata coklat biasa, cantik-cantik handcrafted chocolate di sini. Macam guli-guli yang bersinar-sinar pun ada. 








Yang puas dapat merasa macam-macam jenis coklat yang dihasilkan oleh Ballotin Chocolate adalah Iman Firash. Seronok dia dan ada nampak riak kagum di wajahnya sekejap bila dia dapat menikmati banyak coklat yang cantik dan menarik perhatian dia. Muka tu toksah cakaplah... senyum jerlah senantiasa kannn? Mana tak senyum? Coklat itu kegemaran dia, tetapi pemakanan coklat untuk dia kebiasaannya dikawal... Mommy jaga gigi dia kaedahnya... 😆... Kononlah konon... Tapi memang kalau boleh nak jaga gigi dia sedari usia dia kecil lagi, agar dia biasa menjaga kesihatan gigi... Tiba-tiba dapat kebenaran untuk makan coklat dengan banyak... Memang sukalah dia kannn? 

Kalau dah kanak-kanak pun tertarik perhatian dengan coklat-coklat yang dihidangkan di hadapan mata di Ballotin Chocolate, apatah lagi Mommy dia kannn? Dahlah berwarna-warni, cantik, bersinar-sinar macam polished marbles... Rasanya toksah cakaplah... Bila masuk jer ke dalam mulut... Uishhh... Nikmatnya bila rasa coklat itu memenuhi mulut Farah ni haaa... Ha ha ha... 😆... Tapi seriuslah, memang sedap oiii! Tak rugi pun rasanya petang Sabtu kami dihabiskan di Ballotin Chocolate... HALAL? Of course! 

Sibuk sangat Farah dok canang yang coklat-coklat tu semua cantik berwarna-warni seperti polished marbles kannn? Ya ke? Baiklah... Sila lihat gambar-gambar yang sempat Farah rakamkan untuk anda lihat sepertimana yang tertera di bawah ini:





Setiap corak dan warna yang berbeza mewakili rasa dengan bahan campuran yang berbeza. Tidak sama ok? Walaupun namanya adalah coklat. Both Mommy and Firash beruntung sebab berpeluang untuk melihat bagaimana chocolate bonbons crafted with irresistible flavours ini dihasilkan... Seronok juga sesekali dedahkan Iman Firash dengan proses pembuatan coklat ni walaupun dia masih lagi kecil dan mungkin tidak faham keseluruhannya... Tak apa...dedahkan ajer... Who knows...Might be kalau tidak keseluruhannya, satu hari nanti dia mungkin ingat serba sedikit yang dia pernah melihat bagaimana coklat dihasilkan... Walaupun pada waktu itu, dia ingat-ingat lupa atau terfikir-fikir macam dia pernah jer berada di bilik di mana coklat dihasilkan... Sekurang-kurangnya satu pengalaman dan pendedahan... 



Bukan mudah nak menghasilkan handcrafted chocolate ni... Macam-macam proses, macam-macam langkah dan macam-macam yang nak kena dijaga, dipantau... Phewww... 😁 ... Kalau Farah ni, tak taulah sama ada mempunyai kesabaran untuk menghasilkan chocolate bonbons sebegini ataupun tidak... Ha ha ha... Rasanya lebih suka makan yang dah siap jer kot? Sebab proses dia memang menuntut penuh ketelitian dan perhatian serta fokus... Dengan Iman Firash, macam manalah nak fokus siapkan coklat cantik macam ni kannn? Ekekekeeke....  Tak hairanlah sekiranya seketul coklat di Ballotin Chocolate ni berharga RM 6.00. Sebab penghasilannya sememangnya mengagumkan... Bukan mudah tapi rumit... Satu proses yang rumit bagi Farah... 


Coklat-coklat di Ballotin Chocolate dijual di dalam 3 packaging iaitu ... Saiz kecil, sederhana dan juga besar. Sepertimana yang dapat anda lihat:

Kotak Kecil (6 biji coklat) 
RM 36.00

Kotak Sederhana (12 biji coklat)
RM 66.00

Kotak Besar (24 biji coklat)
RM 126.00


Yang Farah paparkan di atas ini adalah contoh coklat dari Ballotin Chocolate yang disediakan untuk kotak yang bersaiz besar yang mengandungi sebanyak 24 biji coklat. Pembungkusan pun nampak elegant dan bersesuaian sangat jika hendak dijadikan sebagai hadiah istimewa ataupun sebagai hadiah hantaran. Haaaa... sesiapa yang nak kahwin tu, jika nak kelainan di dalam hadiah hantaran berbentuk manisan, bolehlah dapatkan coklat-coklat bonbons yang unik dan lain daripada yang lain dari Ballotin Chocolate ni... Pasti lebih berseri-seri dulang hantaran anda tu kannn? Tak adalah, cadangan jer jika nak jadikan sebagai hantaran... 



Yang Farah paparkan di atas ni pula adalah contoh packaging yang menarik yang pihak Ballotin Chocolate sediakan. Nampak elegant kan? Nak jadikan sebagai hadiah korporat pun sesuai sangat ni... Bagi Farah yang bertugas sebagai Personal Assistant ni memang berguna sangatlah Farah mengetahui tentang kewujudan Ballotin Chocolate ni kannn? Sekurang-kurangnya ada juga variety di dalam pemilihan hadiah atau saguhati atau cenderahati sekiranya boss Farah minta Farah cadangkan sesuatu. Ngeee.... Makanya para Setiausaha... Personal Assistant sila ambil perhatian... 


Ada orang tu, sama juga sibuk ber-shopping di Ballotin Chocolate... Ahaksss... 😂... Bukan sama sibuk tetapi paling sibuk... Tengok ajerlah gaya dia... Bukan main ya ya.... dia dengan gaya shopping dia... Bertabahlah Mommy... tokoh kaki shopping tu macam dah nampak dah walaupun baru jer berusia 2 tahun 9 bulan... Hu hu hu... 

#ehhh...cerita punya cerita... jika anda sememangnya penggemar coklat atau mempunyai keperluan yang tertentu.... tunggu apa lagi? Bersegeralah melawat  Ballotin Chocolate yang telah dibuka pada bulan Ogos 2016 yang mana pemiliknya adalah merupakan seorang chef pastri yang sangat meminati coklat sedari kecil yang mempunyai impian untuk mempunyai kedai coklat sendiri yang mana kini telahpun direalisasikan. 



Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !