
Tersebutlah kisah si anak bujang... Iman Firash namanya... Ada barang yang penting yang hendak dicari di AEON Mall, Shah Alam untuk kegunaan harian di rumah. Barangnya satu tetapi jalannya kemain sampai ke AEON Mall, Shah Alam. Semuanya, semata-mata kerana...
"Jom Mommy... Jom...". Dah pandai ajak berjalan dahhh... 💁 Sabar jerlah... Boring lettew... Sesekali bolehlah diturutkan... Kebetulan Mommy rajin... Kalau Mommy malas nak keluar... Memang berkurung jerlah kami sama-sama di rumah seperti
kebiasaan. Rehat... Kannn?
Dia dengan hal dia jerlah... Tapiii... Mana-mana pergi, pasti akan didekati sama ada amoi atau minah salleh... Bukan sekali bukan dua... Dah berkali-kali macam tu. Dan bukannya sebab Mommy dia ni perasan, syok sendiri atau cuba-cuba nak up-kan anak
sendiri. Hakikatnya, itulah yang sebenar-benarnya berlaku. Firash oh Firash... Dia memang suka berkawan... Tak kira dengan sesiapa sahaja. Ramah anak Mommy ni... Suka tersenyum pada kawan-kawan yang baru jumpa dan tak pernah kenal walau di mana pun. 😂 so the Mommy kan?
Oopsss... Ha ha ha...
Cumanya kalau kanak-kanak perempuan ni kebiasaannya dia jarang nak tegur dulu. 🤓. Kalau mereka approach barulah dia berkawan. Itu yang Farah perasan. Macam tadi di AEON Mall, Shah Alam... Sedang dia leka main... Tiba-tiba ada satu amoi sudah
mari mahu kawan sama dia...

Kemain lagi Amoi tu betul-betulkan baju dia. Hu hu hu. Dia pun buat chill jer dan tersenyum pada Amoi tu. Anak dara orang tu oiii nak oiii... 🙄... Mommy pada Amoi tu senyum jer... Alaaa... Sebenarnya Mommy Firash ok jer... Setakat berkawan
dan meramaikan kawan yang baik, apalah salahnya kan? Selama mana ia positif selagi itu Mommy ok jer... 😊.


Sama naiknya berdua ni... Nak nak lagi sebaya kan? Seronok dia berkawan berdua... Sambil-sambil tu both Mommy pun berborak sementara mereka leka bermain sambil sesekali mata kami terkerling-kerling melihatkan serta memantau kedua-dua Amoi dan Firash.
Firash dapat kawan baru, Mommy pun dapat kawan baru juga. Bagi peluang dia bermain berdua. Selepas seketika, bila dah agak lama... Masing-masing dah puas berpeluh-peluh bermain dengan pemantauan bersama. Barulah masing-masing minta izin nak mengundurkan
diri.
Siap bye-bye dan flying kiss to each other lagi dua-dua orang ni. Bukan main lagi kan? Begitulah kisah Amoi dan Firash... 😉
Amboii kemainn lagi firashhh ehhhh hehehe
ReplyDeleteHo ho ... Firash mula meluaskan kuasa nyer ... Awat Firash nampak kurus ?
ReplyDelete