Hari Ini Kami Memancing Ikan Berwarna-warni!

Farah Waheda Wahid
1
HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI

Ini betul-betul mengimbau betul nih! Throwback alat permainan Farah sewaktu kecil dulu… Yang berbeza adalah versi saiznya…. He he he… Open-mouthed smile…. Versi Iman Firash comel sedikit dan ikan cuma ada 15 ekor! Versi Mommy, ikan dia tersangatlah banyak! Tak pasti berapa jumlah ikannya, tetapi yang sangat pasti, ianya lebih banyak dari versi Iman Firash nih… Smile… Siapa yang ada alat permainan menangkap ikan ni sewaktu kecil-kecil dahulu atau pernah bermain alat permainan menangkap ikan ni? Cuba mengaku sikit? Yeayyyy…. Kita sama-sama membesar di zaman itu!

Ingatkan dah tak jumpa lagi dah alat permainan menangkap ikan ni… Rupa-rupanya…alat permainan legend zaman 80-an Farah dahulu kini dah mula timbul di pasaran kembali yer? He he he… Inilah salah satu di antara alat permainan Farah sewaktu kecil dahulu yang paling Farah ingati… Selain dari ini, ada satu lagi yang paling Farah ingat iaitu… permainan penguin turun tangga dan slide tu… Memang ini pun salah satu alat permainan Farah sewaktu kecil-kecil dahulu…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 10
Sumber dari Google
Hari tu ada terjumpa juga yang ini, tapi belum lagi nak belikan untuk Iman Firash… Winking smile… Harga yang Farah lihat pada waktu itu permainan penguin ni adalah RM 39.90… Seronok juga ya rupanya bila ajak anak bermain dengan alat permainan yang pernah kita main sewaktu zaman kanak-kanak kita dulu… Entah…Farah rasa seronoklah sebabnya… Rasa macam, dulu kita dah main alat permainan ni, sekarang ni, anak kita pula main…Macam permainan turun-temurun macam tu, sambil-sambil tu, kita boleh menyelam sambil minum air…Muahahaha…Sebabnya… Boleh lepas rindu atau gian pada alat-alat permainan legend yang macam ni…. yer tak? Ingatkan tak jumpa lagi dah alat-alat permainan yang pernah ada atau wujud sewaktu zaman Farah kecil-kecil dahulu…Rupa-rupanya masih ada lagi! Macam comeback pun ya nih!

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 2

Khusyuk juga Iman Firash dengan permainan menangkap ikan ni… Beria dia kannn? Konon-konon betulkan mata kail dan letakkan umpan… This is our pretend play untuk hari Sabtu minggu ini! Aktiviti menangkap ikan berwarna-warni yang mana sebenarnya Farah sulamkan dengan sedikit pembelajaran santai buat Iman Firash… Dari satu alat permainan, Farah ambil kesempatan sepenuhnya untuk melatih Iman Firash secara santai skil matematik mudah iaitu mengira dan juga melatih tubi Iman Firash dengan warna-warna yang telahpun dia kenal. Ia juga sebenarnya secara tak langsung memberi peluang buat Farah untuk menguji skil pendengaran si anak kecil ini… Mommy nak tengok sikit… Bertindak mengikut arahan ataupun tidak? Winking smile

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 3

Mommy main sama ke? Surprised smile… Haruslah…Kalau tidak siapa yang nak temankan Iman Firash bermain? Dah terang lagi bersuluh, Mommy yang ada depan mata, jadi Mommy-lah yang kena melayan dan takkanlah Mommy nak biarkan dia bermain bersendirian. Tak dapat nak memancing kat kolam pancing, memancing di rumah pun boleh! Zaman sekarang ni, tak mustahil ada perkara-perkara yang boleh dilakukan di depan mata…Ihiksss… Sedangkan kalau nak karaoke pun dah tak perlu susah-payah habiskan duit di pusat karaoke ataupun KTV… Smule saja pun boleh, inikan pula aktiviti memancing sebegini yer tak? Ahaksss… Sajaaa…Melawak jer sikit… Walaupun mungkin lawak tu tak jadi… La la la la…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 4

Setiap kali dia dapat tangkap ikan, bukan main suka lagi dia… Puji diri sendiri pandaiii youuu…. Surprised smile. Apa yang Farah lakukan adalah, sambil-sambil bermain, pusingan pertama : Farah tanyakan kepada dia apakah warna ikan yang berjaya dia tangkap. Pusingan kedua: Farah berikan dia arahan untuk menangkap ikan berdasarkan arahan yang Farah berikan. Sebagai contoh… “Firash, catch the blue fish!”… Dari situ, Farah lihat sama ada dia memahami arahan Farah serta mengenal warna ataupun tidak… Walaupun hakikatnya dah tau dah yang dia sememangnya dah kenal warna-warna asas… Saja nak duga anak… Nak latih tubi kefahaman dia ke atas warna… Tu yang tanya juga tu…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 6

Ingatkan sebab ini era gajet… Anak zaman gajet tak berapa nak rasa ini sesuatu permainan yang menarik kerana lebih tertarik kepada permainan di gajet… Tapi, tak juga… Alat permainan menangkap ikan ini, masih mempunyai auranya yang tersendiri lagi untuk menarik minat serta perhatian anak kecil seperti Iman Firash. Memang “berhantu” rupanya tarikan permainan ini… Ecehhh…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 7

Bila pusingan ketiga, dia ikut suka hati dia…Ha ha ha… Rolling on the floor laughing… Ikut mana pilihan dia… Yang pastinya, Farah sengaja perhati minat dia… Walaupun Farah dah tahu yang sememangnya warna kegemaran dia adalah oren… Bila dibiarkan dan Farah pantau… Memang ya…Ikan berwarna oren yang dia habiskan tangkapan dulu… Dia kumpul dulu ikan berwarna oren berbanding warna lain…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 8

Memanglah banyak ikan yang dapat dia tangkap dengan mudah… Bha ha ha… Jangan tak tau… Ada sesetengah ikan dia tangkap dengan kaedah seperti gambar di atas… Memanglah mudah nak tangkap ikan tu yer tak? Mommy pun boleh kalau macam tu Firash! Kalau macam tu kacang-lah kannn? Ini tak adil ni… Ni main tipu ni Firash! Ngeee…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 9

Inilah hasil tangkapan Iman Firash pada pusingan terakhir… 11 ekor ikan yang telah berjaya ditangkap dari 15 ekor ikan yang ada… Wahhh…meriah juga hasil yer? Di sini sekali lagi, Farah ambil peluang untuk mengasah skil mengira Iman Firash dengan meminta dia mengira, berapakah jumlah tangkapan ikan yang telah dia berjaya peroleh hari ini… Jadinya, dari satu alat permainan, Farah telah convert kepada education aid untuk Iman Firash… Walaupun mungkin ini adalah satu cara yang konvesional dan bukannya cara moden melalui gajet… Akan tetapi, ianya memberikan hasil yang agak baik! Smile. Petang Sabtu yang santai bagi kami dan juga yang telah diisikan dengan aktiviti yang  menyeronokkan serta yang membuatkan Farah terimbau kenangan alat-alat permainan yang pernah Farah miliki dulu sewaktu zaman kanak-kanak Farah dulu…

*Tiba-tiba terfikir…Alaaa…Sayangnya sebab tak simpan alat permainan menangkap ikan Farah sewaktu kecil dahulu dan turunkan kepada Iman Firash… Wakakaka… Open-mouthed smile… Kalau tidak memang betul-betul terimbau lahhh!
Tags

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mainan ni masa kecik-kecik dulu suka main.. best.. kadang berebut dengan adik haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !