Selain memikirkan tentang susu formula anak, lampin pakai buang anak, barangan dapur dan bla bla bla… Kini, dah ada satu tanggungjawab baru dah…
…Muahahaha… Tanggungjawab untuk sibuk ambil tahu pengumuman terbaru berkaian dengan harga minyak semasa di pasaran Malaysia iaitu minyak petrol RON 95, RON 97 dan juga minyak Diesel. Seakan macam dah jadi satu aktiviti kemestian di hujung bulan pula. #ehhh haruslah kan? Bajet sey bajet…. Segalanya bajet sekarang ni…

Bermula bulan Julai tahun 2015, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada orang ramai (pengguna) seperti kebiasaannya Sebagai makluman, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menetapkan harga petrol dan diesel adalah berdasarkan sistem apungan terurus berikutan penghapusan subsidi bahan api.
Pemakluman Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel.
KPDNKK hanya akan memberitahu harga runcit baharu bulanan bagi RON95, RON97 dan Diesel kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia atau peruncit pada hari terakhir setiap bulan.Kemaskini Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel
Bagi bulan November (11) tahun 2016 selepas mendapat pemakluman harga rasmi pada hari terakhir 31 Oktober 2016 (Isnin), sekitar jam 8:00 malam.JADUAL DAN SENARAI HARGA MINYAK BULANAN RON95 RON97 DIESEL DI MALAYSIA TAHUN 2016.
Berikut ialah jadual rasmi harga runcit bulanan bagi Petrol RON 95, RON 97 dan minyak Diesel di Malaysia anjuran tahun 2016:Pautan Sumber Asal » mysumber.com


harap-harap ada good news.. asyik smua nk naik parah gak ni kan..
ReplyDeleterasanya naik lagi
ReplyDelete