EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia

Farah Waheda Wahid
0
EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia

Satu berita gembira buat industri pelancongan Malaysia! Smile… Dan nampaknya akan menjadi semakin meriahlah aktiviti pelancongan di Malaysia ni apabila adanya pelabur asing yang berminat untuk melaburkan dana mereka khas buat industri pelancongan di Malaysia melalui program yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur iaitu Dana Industri Pelancongan Asia Pasifik One Belt, One Road (“OBOR”) . Sewaktu berlangsungnya pelancaran tersebut, Farah telah berpeluang untuk turut serta dan mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai Dana Industri Pelancongan Asia Pasifik One Belt, One Road (“OBOR”). Yalah… saja nak tahu apakah intipati OBOR dan bagaimana ia dapat memberikan manfaat kepada Malaysia dan manalah tau kan? TIba-tiba kalau ada rezeki terpijak nak menceburi atau bergiat sama di dalam industri pelancongan…. Ecewahhh…. Cita-cita bukan main tinggi melangit yer tak? Muahahaha… Open-mouthed smile

EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 2

Evergreen Offshore Inc adalah merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di Hong Kong yang kini bersedia untuk menyalurkan dana ekuiti swasta yang bernilai HKD10 billion yang dikenali sebagai Dana Industri Pelancongan Asia Pasifik One Belt, One Road (“OBOR”) khusus kepada sektor pelancongan di Malaysia. Evergreen Offshore Inc merupakan subsidiari milik penuh Evergreen Group, diperbadankan di Kepulauan Cayman British pada Mei 2012. Aktiviti utama syarikat tersebut adalah meliputi Analisis Perniagaan, Dana Ekuiti Swasta dan Operasi Penyenaraian. Ketika ini, Evergreen Offshore Inc mengendalikan dua unit dana: Dana Amanah Luar Pesisir Evergreen dan Dana Industri Pelancongan Satu Lingkaran Satu Laluan Asia Pasifik. Sehingga kini Evergreen mengumpul AS200 juta di dalam bentuk modal komitment dan telah melabur lebih AS50 juta di dalam fasa pertama pelan tindakan pelaburan.

Dana yang dibangunkan di atas kekuatan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, Evergreen mensasarkan untuk merangsang hubungan dua hala itu dengan membuat pelaburan di dalam sektor pelancongan Malaysia bagi tempoh jangka panjang. Keputusan untuk melancarkan dan tersebut di Malaysia disokong kuat oleh bukti pertumbuhan industri pelancongan tempatan selain dari pelan kerajaan untuk meningkatkan pelaburan sektor yang sedang membangun itu.

EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 18

Dana yang dibangunkan bagi tujuan jangka panjang ini adalah untuk mempromosikan sektor pelancongan di dalam negara dan negara serantau selaras dengan Laluan Sutera Maritim Abad ke 21. Menerusi rakan kongsi Evergreen di Malaysia dan pencarian pihak Evergreen sendiri, pihak Evergreen memahami bahawa Kerajaan Malaysia akan meningkatkan lagi pelaburan di dalam industri pelancongan.

EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 19

Sektor pelancongan di Malaysia merupakan sumber pendapatan terbesar ketiga perolehan pertukaran asing yang mana menyumbang sebanyak RM61 billion atau 5.7% dari jumlah produk pertumbuhan domestik. Angka tersebut dijangka mencecah RM 262.2 billion atau 15.8  menjelang tahun 2025.

EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 5

EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 6

EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 7

Melalui kerjasama dengan Hong Kong dan Tanah Besar China, Malaysia mampu menikmati kekuatan kewangan yang lebih baik sekaligus mengukuhkan asas sedia ada dan infrastruktur dengan harapan untuk menarik pelaburan dan meningkatkan lebih banyak produktiviti. OBOR merupakan strategi pembangunan dan rangka kerja yang dicadangkan oleh Presiden China, Xi Jinping yang khusus kepada hubungan dan kerjasama antara negara-negara terutama negara China dan Eurasia. Malaysia pula berkedudukan amat strategik di Laluan Lingkaran Selatan. 

Sebagai tambahan kepada Kerajaan China, banyak sektor swasta termasuk Evergreen, telah bersama-sama menjayakan aspirasi ini bagi menyumbang kepada kejayaan inisiatif tersebut dengan membuat pelaburan di dalam pelbagai bidang yang relevan menerusi jalan perdagangan OBOR itu. Evergreen sedang di dalam perbincangan dengan beberapa pemilik projek yang berpotensi yang secara langsung terbabit di dalam projek pembangunan pelancongan. Selain itu, Evergreen telah memperuntukkan HKD2 billion dari Dana untuk melabur di dalam projek-projek di Malaysia selain pasaran yang disasarkan termasuk Thailand dan Vietnam. Dana terbabit diuruskan oleh Ever Centurion Limited yang berpengkalan di Hong Kong. AFV Consultants Group Sdn. Bhd. merupakan rakan eksklusif di Malaysia yang terlibat di dalam penilaian projek dan proses usaha wajar.

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1476675068113","width":1164,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":853,"subsource":"done_button","total_editor_time":23,"brushes_used":0}
Dari Kiri Ke Kanan: Andrew Tan – Palm Springs Development Sdn. Bhd., Kelvin Foo – Explicit Aqua Innovations Sdn. Bhd., Davy Chan – Chairman of Evergreen Group, YM Tengku Seri Setia Laksamana Kiri, YM Dato’ Seri Nik Ahmad Zulhilmi Bin YM Nik Mohamad (Patron of the Fund), Ada Poon Yin Hoong – AmLeisure Media Sdn. Bhd dan Poon Chun Hoo, T Senz International Sdn. Bhd.

EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 4
Dari Kiri ke Kanan: Louis Loh - Group CEO of AFV Consultants Group Sdn Bhd, Eric Chu - Group CEO of Evergreen Group, Danni Wong - Director of Evergreen Offshore Inc. Davy Chan - Chairman of Evergreen Group, YM, YAM Tunku Dato' Seri Shahabuddin Bin Tunku Besar Burhanuddin, YM Dato' Seri Tengku Rosina Azlan Bin YM Tuan May, YM Dato' Seri Nik Ahmad Khushairi Bin YM NIk Mohamad, Tan Sri Dr. Ong Tee Keat

Majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan majlis makan malam demi meraikan kerjasama hubungan dua hala di antara Malaysia dan China ini.


EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 8


EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 9


EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 10


EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 11


EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 12


EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 13


EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 15

EVERGREEN OFFSHORE INC.–Dana Ekuiti Swasta Hong Kong Mempelbagaikan Pelaburan Di Malaysia 14

Semoga kerjasama di antara China dan Malaysia ini mencapai sasaran objektif yang telahpun disasarkan.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !