Tidak beberapa lama dulu, Farah pernah berkongsi dengan anda satu entri yang bertajuk Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel | MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK – Dutch Lady.
Entri tersebut adalah merupakan entri bagi peraduan blogger untuk kempen #DLMakKata – Mak Kata Saya Anak Bijak yang dianjurkan oleh pihak Dutch Lady Milk Industries Berhad. Sekadar mencuba, tidak berharap apa-apa dan lakukan apa yang Farah rasakan itulah yang terbaik yang mampu Farah berikan. Alhamdulillah, rezeki Iman Firash, tersangkut sebagai pemenang hadiah saguhati bagi peraduan blogger tersebut. Syukur Alhamdulillah dan hadiah yang dimenangi oleh Farah adalah berupa Baucar Tunai – AEON bernilai RM 200.00 dan juga Produk Susu Formula Dutch Lady Explore 2-4 Tahun 900g sebanyak 4 paket.
Walaupun sekadar hadiah saguhati tetapi Farah tetap berbesar hati dan tetap menerima hadiah tersebut dengan penuh rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak Dutch Lady Milk Industries Berhad dan juga pihak Bridges PR & Events Sdn. Bhd. kerana telah memberikan peluang kepada Farah untuk menyertai peraduan ini dan juga memilih Farah sebagai salah seorang pemenang. Terima kasih banyak-banyak semua!
Baucar AEON bernilai RM 200.00 ini?
wink wink… Ini sudah semestinya digunakan untuk Iman Firash. Dah nama pun Mommy guna gambar dia dan bercerita mengenai dia di dalam entri peraduan tempoh hari. Maka selayaknya, dialah yang sepatutnya menerima all the benefits out of it. Bukan Mommy mahupun Babah… Dan semestinya akan digunakan untuk sesuatu yang bermanfaat seperti membeli lampin pakai buang dia? Ataupun mungkin pakaian ataupun sesuatu yang dia sangat mahukan… Alhamdulillah… Syukran Allah dan terima kasih sekali lagi yang dah berkali-kali tidak terhingga kepada semua. Ahaksss…dah macam bagi ucapan terima awards pula…
…


Bagi Farah, walaupun memenangi hadiah saguhati, ini sudah cukup memberikan makna yang besar kepada Farah… 

Alhamdulillah tahniah mommy dan Firash! Boleh dah nak gi shopping Aeon ni hehe.
ReplyDeletetahniah farah.. tahniah Ash.. comey Ash dalam gambar tu, ofkoslah menang ;)
ReplyDeletedah ave tak payah beli susu kan Ash ;)