Di mana ada rumah bersepah, di situ ada anak bijak? Really? Alhamdulillah, syukran Ya Allah… Jika benarlah, jika sungguhlah seperti apa yang dikatakan…




Bila dipanggil, macam nilah ekspresi muka dia…

Menurut seorang pakar motivasi yang bernama Nur Firdaus sepertimana yang dikongsikan melalui sumber Vanilla Kismis di dalam artikel di SINI:
Kenapa Anak Kecil Suka Sepah-Serapah?
Lazimnya anak kecil suka melambakkan permainan mereka, lagi nampak bersepah lagi mereka suka. Lagi mereka gembira. Kenapa ya? Mak ayah tak pandai anak ajar berkemas ke? Jom kita tengok sedikit di dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak.
Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak-anak kecil akan berfikir jika benda itu ada di depan mata, maka ia akan wujud. Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu bila kita sorok atau ambil permainan mereka, mereka akan cepat beri reaksi sama ada melalui tangisan atau sebagainya. Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada depan mata mereka ok. Tapi bila kita “hilang” sekejap macam ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka. Siapa yang jaga bayi, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas seorang diri.
.

Ajar Berkemas Bila Tiba Masanya
Mereka bukannya buat-buat atau mengada-ngada. Ia adalah reaksi semulajadi. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada! Fenomena ini dipanggil Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak ke fasa pertama tahap Praoperasi Kognitif (sekitar 2 sehingga ke 3 tahun). Buat macam mana pun, cakaplah macam mana pun, mereka tetap akan anggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat. Ha, berbalik kepada rumah bersepah tadi, bagi kanak-kanak permainan mereka “ada” bila ia DAPAT DILIHAT. Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka).
Jadi ibu-ibu dan bapa-bapa, fahamilah corak pemikiran mereka, jangan kita jadikan alasan nak ajar anak pandai kemas untuk menangkan keputusan kita. Ya, ia memang perlu diajar. Tapi kena tepat pada masanya. Jangan awal-awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka. Solusinya, terpulang…kalau saya, saya sediakan satu bilik khas untuk anak saya. Terpulanglah dia nak sepah-serapah ke? nak kemas ke? nak campak ke? saya nak lihat mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar.
Dan menurut satu lagi sumber dari satu laman blog terkenal iaitu SirapLimau melalui artikel yang dikongsikan di SINI
Sepertimana yang diungkapkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Kathleen Voh persekitaran yang bersepah boleh menyebabkan seseorang menjadi lebih kreatif, tidak kiralah berapa pun umur mereka. Apabila dibandingkan, mereka mendapati seseorang yang ditempatkan di dalam sebuah bilik yang bersepah boleh mengutarakan lebih banyak idea yang kreatif dan menarik berbanding mereka yang ditempatkan di dalam sebuah bilik yang kemas dan tersusun rapi.
5 SEBAB BUAT SEPAH ADALAH TANDA ANAK BIJAK!
Jadi, benarkah orang kata salah satu tanda anak bijak itu adalah mereka yang suka buat sepah? Terdapat beberapa kajian yang dijalankan iaitu di antaranya di Universiti Iowa pada tahun 2013 dan Universiti Minnesota pada tahun 2016. Yang 2016 ni baru lagi ni…
…

Ini adalah 5 sebab yang menyokong kenyataan rumah bersepah tanda anak bijak:
Mereka Sedang Membina Maklumat
Anak kecil yang sedang membuat sepah ini biasanya akan mengaktifkan semua deria dan saraf motorik mereka. Memegang, merasa, menggenggam, membaling dan sebagainya – ini semua adalah perbuatan yang akan menambahkan maklumat serta kefahaman mereka tentang dunia sekeliling mereka. Anda mungkin nampak anak-anak seperti sedang bersuka ria tetapi sebenarnya mereka mendapat pelbagai manfaat daripada perilaku tersebut. Kebanyakan maklumat yang diperolehi ini akan disimpan dan diproses untuk kegunaan pada masa akan datang. Buktinya, anak-anak yang suka menyepahkan makanan didapati LEBIH CEPAT BELAJAR nama makanan termasuklah objek yang berkaitan makanan dengan lebih cepat dan tepat.
Mereka Berani Bertindak
Mereka yang lebih suka bersepah adalah golongan yang suka mengambil risiko, berani bertindak dan spontan di dalam setiap tindakan. Anak-anak ini mempunyai kelebihan dalam membuat keputusan kerana mereka tahu apa yang mereka inginkan. Ini adalah salah satu skil yang penting untuk mereka dan akan membantu mereka apabila dewasa kelak.
Mereka Lebih Kreatif
Tahukan anda bahawa kebanyakan genius yang kita kenal seperti J.K. Rowling, Roald Dahl dan Albert Einstein adalah mereka yang terkenal dengan tabiat suka bersepah? Segelintir pakar berpendapat bahawa keadaan yang tersusun rapi dan konvensional menyukarkan seseorang untuk berfikir di luar kotak dan menggalakkan seseorang untuk sentiasa kekal dalam ZON SELAMAT. Berbanding dengan mereka yang memecahkan tradisi ini, seseorang dianggap lebih berkeyakinan dan berkebolehan memberi idea baru.
Mereka Curious
Salah satu tanda anak bijak adalah mereka tahu apa yang mereka mahukan. Mereka mahu melihat apa yang akan terjadi apabila sesuatu barang disentuh, diusik, dilontak, dipijak, dimusnahkan atau ditumpahkan. Anak-anak akan mempelajari dan mengingati sesuatu melalui sebab-akibat. Mereka tahu bahawa proses ini penting dan mereka nekad untuk mengetahui sesuatu.
Mereka Belajar Mengingat Lebih Banyak Perkara
Anak-anak biasanya suka mengulang sesuatu perkara yang mereka lakukan kerana memorinya sedang bekerja keras untuk mengingat setiap proses dan langkah yang terlibat. Apabila sesuatu diulang berkali-kali, mereka akan cuba melakukannya dengan lebih baik. Ada masanya, mereka akan cuba mengubah permainan dan menjadikannya lebih menarik melalui idea yang timbul secara spontan. Proses seperti inilah yang dapat membantu mereka belajar lebih banyak perkara dari hari ke hari.
Jika difikir-fikirkan semula, memang ada logiknya mengapa mereka mengaitkan tabiat suka buat sepah ini dengan tanda anak bijak. Segala eksplorasi ini akan memberi kesan yang bermanfaat dalam jangka masa panjang sekiranya anda menggalakkan mereka bermain, merekacipta dan mencetuskan pelbagai idea menarik yang tidak pernah terlintas di fikiran. Tetapi, praktikkan juga keseimbangan dengan mengajarkan anak cara-cara menjaga kebersihan dan mengemas permainan agar tidak menyebabkan kecederaan serius! Satu lagi… bersepah bukanlah bermaksud pengotor ya? Cuma semak jer semak… Ha ha ha…
….

Ya Farah akui Farah memang tak boleh tengok sepah sana sepah sini, akan tetapi tak apalah nak… demi kebaikan perkembangan sepahlah sebanyak mana nak sepah… Enjoy this moment… Alah bisa tegal biasa… Memang sakit mata tengok sepah sana sepah sini… Bezanya, bila dah lama-lama… you can’t help it… Sesiapa dah ada anak memang akan macam ni lah keadaan rumahnya… That’s why they are kids kannn? Biarlah sepah, lepas tu kalau kita ni jenis tak boleh nak tolerate dengan sepah macam kes Farah, bila dah selesai main, kita ajaklah dia sama-sama kemas permainan dia… Buat sama-sama baru dia nak ikut. Kalau kita jadi diktator arah jer kemas memang tak jalan… Anak-anak yang sedang membesar mudah mengikut… Mereka akan mengikut kalau kita lakukan sama-sama…Tapi kalau mulut kita jer yang jalan, kaki tangan kita tak jalan sama…Memang taklah mereka nak buat kan? Ihiksss…
Fikir positif jer… dari seorang yang semak sangat mata dan tak boleh tolerate dengan shipwrecked di dalam rumah…bila dah ada anak ni… macam ibarat… dah lali dah… Benda-benda sebegini adalah proses perkembangan… Just keep on thinking, that these are part of the things that I gonna miss someday in the future… Masa ni jer sepahnya…Makin membesar akan semakin berubah, jadi pesanan kepada diri sendiri, nikmatilah saat –saat ini dengan sebaiknya… Kannnn?
hihihi ada hikmah sebenarnya buat sepah ni xD comel je muka Iman!
ReplyDeleteAnak saya ikut mood bila nak ajak mengemas. kadang-kadang tak payah suruh.. kadang-kadang memang kena kemas sendirilah jawabnya
ReplyDelete