9 ZULHIJJAH 1437H BERSAMAAN 11 SEPTEMBER 2016, 9.00 PAGI tarikh dan waktu yang dipilih khas bersempena dengan ibadah wukuf jemaah haji di Padang Arafah, Makkah. Sila mark di dalam kalendar masing-masing yer? Termasuklah diri sendiri ini... Jangan nak tarik selimut lagi masa tu sudahlah... Sebabbb... buat julung-julung kalinya bacaan Al-Quran akan diperdengarkan secara serentak di seluruh dunia selama 1 JAM menerusi program World #QuranHour.
![]() |
Sumber dari Google |
Pagi Ahad selama lebih kurang 1 JAM, bermula dari 9.00 pagi, walau di mana pun lokasi yang mungkin kita berada pada waktu dan ketika itu, mari kita sama-sama turut serta dengan yang lain-lain untuk berhenti melakukan sebarang aktiviti yang lain dan bersama-sama berwudhu' dan mendampingi Al-Quran.
Apa Tujuan World #QuranHour
Ini bukan satu acara ataupun program yer? Akan tetapi ianya adalah merupakan satu gerakan berskala besar dan bersungguh-sungguh untuk mengajak orang Islam untuk mula memegang Al-Quran, mula membuka Al-Quran dan mula membelek Al-Quran... Buka mindanya, buka matanya dan juga buka hatinya. Ini juga sebenarnya adalah satu proses replacing operating system yang ada dalam hati orang Islam... yang sepatutnya ada di dalam hati orang Islam ialah Quranic operating system.
Kenapa 1 Jam?
Sebenarnya, jika anda nak tau, 1 jam ini adalah satu simbolik sahaja di Malaysia. World #QuranHour ini akan berlangsung dalam tempoh waktu 1 jam dan di dalam tempoh masa yang sama juga ianya akan berlangsung di negara-negara lain walaupun zon waktu adalah berbeza, ia akan menjadi sehari. World #QuranHour adalah cubaan untuk mencipta impak di mana dalam sehari umat Islam mula berinteraksi dengan Al-Quran dan memupuk kecintaan terhadap kitab Allah ini.
World #QuranHour adalah kesinambungan dari inisiatif yang dilakukan oleh pihak Karangkraf sejak tahun 2013. Ia bermula dengan AktifkanRumahNgaji dan MalaysiaNgaji yang diadakan pada setiap 24 Ramadhan.
Memetik perkongsian selebriti tanah air Afdlin Shauki:
MARI KITA SOKONG DAN SAMBUT WORLD #QURANHOUR!!!
Apa Yang Akan Berlaku???
Pada 9 ZULHIJJAH 1437H BERSAMAAN 11 SEPTEMBER 2016, 9.00 PAGI SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA AKAN BERIKTIQAF MEMBACA AL-QURAN SELAMA 1 JAM.
Apa Yang Perlu Dilakukan???
Pada 9 ZULHIJJAH 1437H BERSAMAAN 11 SEPTEMBER 2016 DI DETIK 9.00 PAGI SEHINGGA 10.00 PAGI - HENTIKAN SEGALA AKTIVITI LAIN. AMBIL WUDHU' DAN DAMPINGILAH AL-QURAN SELAMA 1 JAM.
Aktiviti Yang Patut Dilakukan Dalam 1 Jam???
i. BACA AL-QURAN; atau
ii. BACA TERJEMAHAN ATAU TAFSIRAN (SEKIRANYA TIDAK TAHU MEMBACA AL-QURAN); atau
iii. BERBINCANG ATAU BELAJAR TENTANG AL-QURAN DENGAN MAHIR; atau
iv. APA SAHAJA YANG BOLEH KITA MANFAATKAN APABILA BERDAMPING DENGAN AL-QURAN.
Dalam setahun kita ada 8760 jam...hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen WORLD #QURANHOUR!!!
Dampingilah Al-Quran...Kasihilah Al-Quran... Hayatilah Al-Quran... Jadikanlah Al-Quran Panduan.
Mana-mana yang dah lama sangat tinggalkan tu JADIKANLAH ini sebagai suatu PERMULAAN.
Bantulah saya share/kongsikan ya? Demi kebaikan sesama masyarakat terutamanya umat Islam.
Mari kita gegarkan SELURUH DUNIA DENGAN BACAAN AL-QURAN.
#support #quranhour
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan kak... Jom kita bertadarus.
ReplyDelete