TataCara PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI...

Farah Waheda Wahid
1
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google
Seingat-ingat Farah-lah kannn? Tali pusat Iman Firash sewaktu dilahirkan dahulu tanggalnya tak makan masa yang lama... Tak ingat pula berapa hari... ðŸ˜† ... Sehinggakan terpaksa rujuk pada entri lama Farah di SINI dan barulah ingatan itu sampai kembali... Owhhh...Lima hari... Memang kira tak lamalah juga... ðŸ˜œ ... Sebenarnya ada bayi yang tanggal tali pusat lebih awal dari tempoh lima hari. Ada yang Farah pernah dengar, tiga hari jer dah tanggal tali pusat. Jujur Farah katakan, kawasan tali pusat tu adalah satu kawasan di mana Farah paling seriau. Even nak letak tangan di sekitar kawasan tu pun rasa macam nak letak tak letak, nak letak tak letak... ðŸ˜† Mujurlah ada nenek dia yang ada sepanjang waktu berpantang dahulu untuk membantu menguruskan urusan penjagaan tali pusat dia. 

Apabila seseorang bayi dilahirkan, penjagaan tunggul tali pusat perlu diberi perhatian utama oleh ibu bapa. Walaupun cara penjagaannya nampak mudah, tetapi jika tidak berhati-hati ianya boleh mengundang bahaya. 

Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa di dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi. Di tempat tali pusat melekat ke perut, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm. Tunggul tali pusat akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas kelahiran. Apabila bayi dilahirkan doktor akan menyemat tunggul itu dengan penyepit plastik atau mengikatnya. Doktor akan menanggalkan ikatan tersebut selepas sehari dua, apabila tunggul itu kering dan tertutup - untuk Iman Firash dulu, tak tanggalkan pun... biar jer sampai gugur tali pusat tu. 

Tali pusat akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada itu akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi. 

Sumber dari Google

Mengenai tatacara penjagaan tali pusat bayi, kelengkapan yang mesti ada sebelum mencuci baki tali pusat bayi adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

a) Bekas air. 
b) Bebola kapas.
c) Alkohol. 
d) Putik kapas. 
e) Kain barut bayi. 
f) Lampin pakai buang. 

1. Basuh tangan dengan air yang bersih sebelum memegang bayi. Tangan perlu dipastikan sentiasa bersih selepas menukarkan lampin bayi. 

2. Dengan menggunakan bebola kapas, tuangkan sedikit alkohol yang diberi oleh pihak hospital. Usapkan pada bahagian pangkal tali pusat termasuk daerah sekitarnya dan lipatan-lipata pusar dengan perlahan-lahan. Lakukan dua kali sehari. - bahagian ini yang tak mampu nak buat dulu ni...Ha ha ha... ðŸ˜µ Farah rasa seriau oiii... Biarlah nenek dia yang bantu... 

3. Kemudian, sapu pada pangkal tunggul tali pusat bayi. Pastikan sekeliling tali pusat disapu dengan cecair itu. Lakukan dengan perlahan. Sebelum itu, pastikan tali pusat bayi dalam keadaan kering jika baru sahaja memandikannya. Boleh juga menggunakan putik kapas untuk meratakan antiseptik di sekeliling tali pusat bayi. Dalam pada itu, jika baki tali pusat itu terkena air kencing ataupun najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Ia untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman kepada baki tali pusat bayi. 

4. Setelah selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut. 

5. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Gunakan lampin khas untuk mengelak tali pusat bayi ditutup (yang ada lengkukan di bahagian hadapan lampin. -  ada ek? Farah tak pernah tau ni...Hu hu hu.... 

6. Juga jangan lupa selepas dimandikan pastikan tali pusat dikeringkan dengan bebola kapas. Biarkan tali pusat kering seketika sebelum memakaikan lampin dan pakaian. 

7. Pastikan tunggul tali pusat tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin pakai buang. Jika kawasan itu menjadi lembab, ia memudahkan berlaku jangkitan. Ia akan lebih cepat kering dan sembuh jika sering terkena udara. 

8. Siap! Pastikan pakaian bayi longgar supaya tidak mengganggu pengaliran udara di sekeliling tunggul tali pusat bayi. 

Untuk pengetahuan kita bersama... tanda-tanda tunggul tali pusat telah dijangkiti adalah DEMAM PANAS, LESU, TIDAK MAHU MENYUSU SUSU IBU dan TUNGGUL TALI PUSAT DI SEKELILINGNYA MENJADI BENGKAK, BUSUK ATAU BERNANAH. Kalau dah macam tu, tolong cepat-cepat dapatkan rawatan dari klinik atau hospital yang berdekatan. 

*Sehingga sekarang masih simpan lagi tali pusat Iman Firash yang telah gugur tu... Ada orang tak simpan, tapi Farah simpan buat pekasam. ðŸ˜‰ Nak simpan sampai bila? Sampai bila-bila yang mampu simpan... Memori tu oiii... Elok jer tersimpan dalam balang kaca khas yang sememangnya dikhaskan... Bila dia dah besar nanti, boleh tunjuk pada dia... Inilah tali pusat Firash dulu...Ha ha ha... 
Tali pus
Ta

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !