Ambil kesempatan sempena musim-musim #MYCyberSALE ni haaa…
… Saja nak berkongsi dengan anda semua tentang syurga membeli-belah barangan TAOBAO di SGShop. Sesiapa yang berminat dengan barangan-barangan yang dijual di laman jual beli atas talian China yang popular di kalangan semua pembeli luar negara yang disebabkan oleh HARGANYA YANG SUPER DUPER MURAH… Bolehlah
ke syurga TAOBAO di SGShop yer? Jangan nak tunggu-tunggu lagi dah, kalau tak pergi nanti rugiiii… Sebab barangan TAOBAO di SGShop sememangnya sangat rendah harganya oiii…

SGShop ni konsepnya adalah lebih kurang di mana, pihak SGShop membeli-belah produk TAOBAO untuk kita berdasarkan arahan yang diberikan oleh kita sendiri! Bukannya suka-suka mereka
beli dan caj kepada kita yer? Kotlah, kot kalau ada yang masih tak faham lagi konsep membeli-belah sebegini. Fungsinya, ia memudahkan kita di dalam berurusan dengan hal penghantaran dan juga kastam. Iyalah,
kalau kita beli dari luar negara, dah lah kena bayar kos penghantaran selepas tu kena bayar lagi caj di kastam kan? Untuk clearance? Kalau tak silap Farah lah… Ke Farah silap? Tapi macam tu kan? Lagi satu… Dengan adanya SGShop sebagai platform membeli-belah
barangan dari China, tak perlu susah payah nak beli tiket kapal terbang semata-mata nak beli barangan dari China ataupun tunggu sesiapa pergi ke China dan kirim. SGShop dah banyak dah memudahkan kerja kita dah… Tak perlu bazir duit banyak-banyak untuk
kos kapal terbang. Tak perlu nak tunggu sesiapa pergi ke China baru berpeluang kirim barang untuk dibeli.
Saat pertama kali, Farah landed di laman web jualan atas talian SGShop ni, memang bukan kata rambang lagi dah mata ni… Mata pun dah tak mampu nak melihat dah semua barangan yang ada… Murah oiii…Murah sangat-sangat… Jauh beza dengan harga pasaran…
… Macam tak sangka jer semurah itu harganya rupanya…. Dan segala jenis barangan yang ingin Farah miliki sebelum ini, boleh didapati di SG Shop dengan harga runtuh! Gosok-gosok juga mata ni sebab macam tak percaya pun ada dengan harganya… Owhhh, sebelum tu, lupa nak beritahu… Membeli-belah di laman SGShop ni harganya semua
telah ditukar kepada Ringgit Malaysia dan bukannya Renminbi atau lebih dikenali sebagai RMB. Jadi mudahlah kan kerja kita kan? Tak perlu susah payah nak cari converter untuk
mengetahui harganya di dalam Ringgit Malaysia.

Bermacam jenis produk yang ditawarkan di SGShop yang kalau tak betul-betul boleh buatkan seseorang yang kaki shopping atau gila shopping jadi lupa diri. Sungguh…
Pilih ajerlah kategori mana yang anda kehendaki yer? Farah dah pilih dah pun…Cara pembelian pun tak adalah susah mana, mudah jer…sangat-sangat mudah… #ehhh
apa yang Farah dah pilih dan beli dari SGShop? He he he… Psssttt… Ni saja jer nak kongsi ni, walaupun tak adalah penting mana pun untuk anda mengenai barangan yang Farah beli dari SGShop…

Beg galas komputer riba yang cuma berharga RM 33.55 untuk Farah letakkan komputer riba pejabat yang selama ini Farah tumpang beg susu Iman Firash disebabkan tak ada beg untuk komputer riba tersebut. Jadi leceh, bila nak keluar dengan Iman Firash kena
keluarkan komputer riba tu dulu dan kemudian masukkan barangan Iman Firash, bila nak pakai kena lap dulu pastikan betul-betul kering supaya tidak merosakkan komputer riba pejabat. Lagipun rekabentuknya bukan untuk melindungi komputer riba… Berbulan-bulan
lamanya bertahan memakai beg susu Iman Firash tu, akhirnya kini dah jumpa beg galas komputer riba dengan harga yang sangat berbaloi-baloi dan rekabentuk yang terkini.
HP Genuine Special Waterproof Metal Plate 32GB U Disc… Dropbox dah penuh… Google Drive dah penuh… Semua pen drive yang ada pun dah penuh kapasiti…Memang sangat-sangat memerlukan yang baru. Dengan harga RM 32.19, Farah pun tertarik nak
dapatkan satu.
Ceiling Surface Mounted LED Ceiling Decoration Circular for Living Room / Bedroom Den Three Sections Promise Dimming Color Toner… Amboiii panjang nau namanya…
… Ini adalah untuk menggantikan lampu di ruang tamu rumah yang dah lama dah rosak…Ada dekat 2 tahun dah kot? Tak berganti-ganti… Bukan apa, tak sempat nak pergi ke mana-mana pun nak survey lampu… Terjumpa tak berkenan pula… Susah sangat nak
jumpa yang berkenan…Akhirnya dengan harga RM 82.58, Farah berjaya mendapatkan lampu gantian setelah hampir 2 tahun…Muahahaha….
… Kalau beli di kedai ni, mahu cecah ratus juga ni harganya ni… I’m a happy shopper! Uweeeee….


Ohoiii yang ini jangan ditanyalah beli untuk apa…Saja-saja jer… Untuk aktiviti senggang dan waktu lapang jika berkesemapatan. Walaupun suara taklah semerdu mana tetapi nak juga cuba berkaraoke dengan menggunakan mini microphone ni… Selalu tengok
harganya memang lebih dari RM 9.55. Alang-alang jumpa di SG Shop ni… Rembat jerlah terus kannn?
Yang terakhir adalah meja kopi untuk ruang tamu yang sememangnya dah lama dah tak ada di rumah tu ha…. Ikut konsep ala-ala perabot IKEA. Lantakkanlah orang nak mengata Farah ni mampu beli barangan China jer… Bukannya orang nak cek label meja tu kannn?
Bila datang ke rumah berkunjung… Janji boleh guna… Muahahaha…
… Dah itu jer kemampuan Farah… Belum sampai tahap LORENZO segala bagai… Jadilah, asalkan boleh beli tunai dan tak perlu bayar ansuran bulan-bulan… Dan barangnya ada… Dengan harga RM 41.94 memang terbaik!

Oh ya… mengenai kos yang perlu kita bayar untuk pembelian produk melalui SGShop… Sila maklum bahawa terdapat bebarapa jenis bayaran yang perlu kita lakukan memandangkan kita membeli melalui third-party seller… Bermaksud di setiap pembelian ada 2 jenis pembayaran yang perlu dilakukan oleh pembeli.
Pembayaran Pertama:
100% akan dibayar kepada penjual yang telah kita pilih bagi pihak kita oleh SGShop: Harga produk + Kos Penghantaran Domestik China (China Express) yang dibayar sewaktu kita check out dari shopping cart.
Pembayaran Kedua (Dibayar kepada SGShop): Kos Penghantaran Antarabangsa + Caj Servis + Caj Clearance. Dibayar setelah submission for International Shipping.
Ini adalah jadual kos yang berkaitan untuk rujukan anda:
Dan ini pula adalah jangka masa tempoh penghantaran barangan untuk rujukan anda juga:
Bagaimana berat metrik dikira? Anda boleh rujuk pada gambar di bawah sebagai panduan:
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan segala kos ni, kalau anda nak fahamkan lebih mendalam dan mendapatkan penerangan yang lebih terperinci bolehlah rujuk di SINI.
Kita chill sebentar, cuci-cuci mata barangan Farah yang telahpun sampai…
Ada satu lagi barangan yang belum sampai! Iaitu meja kopi yang ala-ala IKEA tu… Kenapa? Sebab ada kerosakan pada meja tersebut sewaktu pemeriksaan di gudang di China. Jika anda perasan, Farah ada include kos tambahan untuk item tersebut
iaitu SG Care. Apa itu SG Care:
Secara ringkas dan mudah, kira-kira macam ala-ala insurans untuk barangan berharga yang kita beli dari SGShop. Akan tetapi dengan terma dan syarat tertentulah. Macam meja kopi tu, masalahnya…
Ini bermakna kualiti barangan yang kita dapatkan dari SGShop sememangnya terjamin. Tak perlu risau tak perlu nak gundah gulana… Betul tak? Kualiti terjamin tu satu hal… Tapi kenapa
Farah memilih SG Shop?
-
Pembelian atas talian yang tidak terbatas dan tidak mempunyai had waktu.
-
Pembayaran dengan matawang Ringgit Malaysia, diterima melalui PayPal, VISA, MasterCard, ATM Transfer dan I-Banking.
-
Sekiranya terdapat masalah pada barangan yang dibeli, agen berdaftar anda iaitu SGShop, bagi pihak anda akan mendapatkan gantian percuma ataupun pembayaran balik bayaran sepenuhnya daripada pihak penjual.
-
Untuk bermacam jenis barangan yang anda beli dari pelbagai penjual, pihak logistik SGShop di China akan repack barangan anda bagi pihak anda bagi menjimatkan kos penghantaran buat anda.
-
Barangan yang dapat dibeli dengan kos penghantaran paling murah berbanding syarikat logistik antarabangsa yang lain.
-
Pampasan dijamin bagi pembelian anda yang hilang atau rosak sewaktu proses penghantaran.
-
Pihak khimat pelanggan SGShop yang professiona di dalam mengendalikan sebarang pertanyaan anda, atau menyelesaikan anda dengan barangan yang dibeli dengan pihak penjual secara terus.
-
Pemeriksaan percuma (warna, reka bentuk, obvious visual defects dan kuantiti barangan berdasarkan pesanan anda) akan dilakukan oleh pusat logistik yang terletak di Guangzhou, China.
Sempena dengan bulan penuh dan juga acara #myCyberSALE yang sedang hangat berlangsung ni… Bolehlah ambil masa dan peluang cuci-cuci mata di SGShop yer?
Manalah tau kot-kot ada yang terberkenan di hati yer tak? Hew hew hew…
… Farah pun sukalah nak bagi anda hadiah nih!

KOD DISKAUN KHAS BUAT PEMBACA BUBBLYNOTES.COM SAHAJA YANG MANA IANYA ADALAH NON-TRANSFERABLE:
BUBB16OCT
SAH SEHINGGA 31 OKTOBER 2016
SESIAPA YANG MENGGUNAKAN KOD DISKAUN KHAS INI, LAYAK MENIKMATI DISKAUN SEBANYAK 25% KE ATAS CAJ SERVIS SGSHOP!
LAMAN G+ SGSHOP MALAYSIA
LAMAN INSTAGRAM SGSHOP MALAYSIA
No. Telefon: 1700 818 315
E-mel:cs@sgshop.com.my
LAMAN INSTAGRAM SGSHOP MALAYSIA
No. Telefon: 1700 818 315
E-mel:cs@sgshop.com.my
Bertambah meriah dunia shopping online kalau mcm ni, kena lagi barangan harga boleh dikatakan sangat berbaloi untuk dibeli
ReplyDelete