
Sesekali menyakat anak... Selalu dia yang menyakat Mommy dia kan? Kali ni biar Mommy pula yang sakat dia. Ha ha ha... Sampai macam tu sekali gayanya memeluk bantal "papam" kesayangan dia. Haaa tau takut! Kuat dia kejap bantal "papam" dia di dalam dakapan.
Peluklah kuat-kuat Firash... Nanti dah mula school tak ada maknanya Mommy nak bagi bawa ke school. WAJIB tinggal di rumah!
Apa kes? Tak adalah apa-apa sangat punnn... Farah sekadar menyakat nak buang bantal "papam" dia malam semalam. Seronok pula menyakat. Bila Farah ambil bantal "papam" dia, laju-laju di tarik bantal "papam" dia kemudian peluk ketat-ketat sampai macam di
dalam gambar gayanya. Tak nak lepas!
Sambil-sambil tu Farah sakat dengan mengatakan... "Mommy buang yer Firash bantal "papam" tu?"... Jawapan dia biasalah "No!... No Myyy No!"... Dalam sakat-sakat tu tahan gelak Mommy dia ni ha... Lama dia peluk bantal "papam" dia tu. Ha ha ha... Jangan
risau Ash... Satu hari nanti pasti Mommy akan pisahkan Ash juga dengan bantal "papam" kesayangan Ash tu. Ekekeke...
Sakat punya sakat... Sehingga akhirnya berderai juga air mata si anak. Masa tu, pujuklah pujuk. Siapa suruh sakat anak. Itu kan tandanya kemesraan. He he he... Bonding di antara ibu dan anak. Lama juga nak pujuk oiii... Sampai tersedu-sedu kawan
tu menangis. Naughty Mommy kan? Menyakat Firash sampai macam tu sekali? ;-).
*Sembang kosong di pagi Isnin. Hari ni schedule tight... Jadi just say hello first on Monday morning. Salam pagi Isnin semua!
hahaha samala kita. Suka nyakat Mira dgn bantal bushuk dia. Siap peluk cium cium lagi bantal tu ...haihh haha
ReplyDeletealolo sayng tol dia kat bantal papam dia..:)
ReplyDeleteSalam pagi selasa Farah..
ReplyDeleteSha pun selalu gak nyakat anak Sha.. Tapi yg second la sebab dia kuat menyakat kakak dia.. hehehe.. sesekali menyakat anak memang seronok..