Baru teringat nak berkongsi tentang Posisi Penyusuan Ibu Selepas Bersalin Secara Pembedahan. Sedangkan dah hampir 3 tahun dah segalanya berlalu. Ahaksss...
. Mujurlah ingat sewaktu anak dah berusia hampir 3 tahun. Kalau ingat sewaktu anak dah masuk belasan tahun nanti? Punyalah lamaaa.... Ha ha ha... 


Walaupun jarang-jarang nak bercerita mengenai penyusuan ibu dan Farah bukanlah seorang ibu yang memberikan penyusuan ibu secara eksklusif kepada Iman Firash... Tetapi rasa Farah tak salahkan kalau Farah berkongsi informasi mengenai penyusuan ibu ataupun lebih popular di kalangan masyarakat kita sebagai breastfeed? Tidaklah tak tahu langsung tentang penyusuan ibu, taulah sikit-sikit kannn? It's a form of motherhood or mommyhood knowledge gittew! Kena ambil tahu dan kena faham juga walaupun tak ada rezeki nak melakukan penyusuan ibu kepada Firash. Apa yang Farah belajar dan apa yang Farah tau, Farah kongsikanlah yer tak?
Bukanlah tak sempat langsung menyusukan Iman Firash melalui penyusuan badan, sempat jerrr! Sekejap! Yang dah lama mengikuti Bubblynotes.Com pasti tahu sebab dan musabab kenapa tidak ada rezeki untuk memberikan Iman Firash susu ibu secara eksklusif seperti ibu-ibu lain di luar sana. Tak apalah... Redha dan terima seadanya. Tak perlu rasa rendah diri dengan perbandingan yang sering dilakukan oleh masyarakat setempat? Anggap sahaja bukan rezeki Farah dan Firash. Tak perlu nak down kerana perkara sebegini yang sememangnya telah tersurat dan juga tersirat. Tak perlu nak stress. Betul tak? Yang penting susu pertama Iman Firash tetap susu ibu gittew! Memang dah pesan siap-siap pada gynae dan nurse... supaya jangan bagi apa-apa dulu. Terus hantar kat maknya untuk taste susu dari Mommy dia dulu! Siap pesan lagi tu!
Perit, pedih dan sakit lepas pembedahan belum rasa lagi sebab bius masih belum hilang. Bius biasa jer... no epidural... dah pesan awal-awal juga ni... Ahaksss... Sebab, tak naklah terima kesan sampingan epidural sepertimana yang telah dialami oleh rakan-rakan Farah. Macam-macam cerita sangat dah Farah dengar sewaktu tu… Masa tu ada seorang dari rakan sepejabat Farah yang menerima kesan sampingan disebabkan oleh suntikan epidural walaupun setelah anaknya berusia 3 tahun ke 4 tahun macam tu. Dia kalau kena sakit belakang… Sampai 3-4 hari boleh cuti sakit sebab kalau dah diserang sakit belakang tu sampaikan tak mampu nak bangun sekalipun. Scary-lah pada Farah masa tu…Sebab awak pun baru pertama kali nak melahirkan dan belum pernah melalui segala macam pengalaman itu kannn? Jadi tak apalah… Saya rasa saya tidak memerlukan epidural…cukuplah sekadar bius biasa biasa…
.

Tutup cerita mengenai epidural, mari kita sambung tentang posisi penyusuan untuk ibu-ibu yang melahirkan melalui kaedah pembedahan. Iyalah, bila bersalin secara pembedahan ni, lukanya di perut… bukan di bahagian bawah itu… Baru lepas pembedahan, pergerakan tidaklah selincah ibu-ibu yang melahirkan secara normal…Dia slow sikit kaedahnya…Nak nak lagi yang pertama kali melahirkan. Seriau dan takut membayangkan kawasan garisan luka pembedahan di perut tu tetap terbayang walaupun dah lepas kannn? Ngeee….
Bagi yang telah tahu dan berpengalaman mungkin merasakan tidak ada apa-apa masalah untuk seseorang ibu yang melahirkan anak melalui proses pembedahan. Bagi yang belum tahu dan tidak mempunyai sebarang pengalaman mungkin ianya adalah sesuatu yang dibayangkan sebagai sukar dan mencabar. Hakikatnya ia boleh dilakukan asalkan ibu mempunyai maklumat yang betul berkenaan penyusuan susu ibu setelah melahirkan bayi melalui cara pembedahan. Faktor komplikasi yang sering berlaku kepada mereka yang melahirkan anak secara pembedahan adalah penangguhan untuk menyusukan anak sebaik melahirkannya. Biasanya dengan penggunaan ubat bius epidural, ibu boleh memangku anak dan menyusukannya lebih cepat berbanding jika ibu disuntik ubat bius seluruh badan (general anesthesia).
Macam ni, ibu yang melahirkan bayi menerusi pembedahan boleh menyusukan bayinya dalam tempoh masa yang sama dengan ibu yang melahirkan bayi secara normal. Ini membuktikan bahawa sebaik-baik ibu pulih daripada kesakitan pembedahan, penyusuan anak akan menjadi satu pengalaman yang indah. Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu berbincang dengan doktor tentang pilihan ubat bius sebelum melahirkan anak dan ubat penahan sakit selepas melahirkan anak. Terdapat banyak ubat-ubat yang sesuai dengan penyusuan dan biasanya digunakan oleh ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan dan menyusukan anak.
Antara posisi penyusuan yang Farah boleh kongsikan kepada anda adalah sepertimana yang dapat anda lihat di dalam gambar yang dipaparkan di atas. Posisi penyusuan ini sering diakui sebagai selesa untuk dan juga bayi ialah lying down dan football hold (clutch hold). Untuk anda yang pertama kali bergelar ibu, mungkin agak kekok untuk anda mengguna pakai kedua-dua posisi ini.
. Ha ha ha… memang kekok punnn… Tak tipu… Sebab Farah sendiri kekok yang amat sewaktu kali pertama… Iyalah awak tak biasa kannn??? Memang macam tulah…Tapi kenalah belajar dan sebenarnya adalah lebih elok jika praktikkan posisi ini lebih awal supaya kita terbiasa.

Ramai juga sebenarnya ibu yang melahirkan anak melalui cara pembedahan menggunakan posisi cradle hold. SILA AMBIL TAHU DAN PERHATIAN, penggunaan posisi ini kadangkala boleh menimbulkan KETIDAKSELESAAN jika kedudukan tubuh anda tidak betul. Secara tidak disedari ia boleh membantut keinginan anda untuk menyusukan bayi akibat tidak tahan menanggung kesakitan di bahagian luka pembedahan.
Bagi mengurangkan kesakitan luka pembedahan, anda digalakkan untuk menyediakan kusyen sokongan seperti BANTAL, TILAM KECIL dan lain-lain yang boleh digunakan untuk mengalas bahagian abdomen supaya berat bayi tidak menekan bahagian luka berkenaan sekiranya anda ingin menyusukan bayi menggunakan posisi cradle hold. Selain daripada itu, bahagian belakang badan turut perlu disokong dengan bantal. Gunakan lebih banyak agar anda boleh bersandar tidak perlu terlalu membongkok. Dalam pada itu, pastikan bayi turut disokong dengan bantal mencukupi. Pastikan juga posisi badan bayi dalam keadaan yang betul (perut ke perut), walaupun kedudukannya di atas bantal.
Masalah Mungkin Timbul
Menurut pembacaan Farah melalui artikel di SINI, sebaik bayi berjaya dikeluarkan, anda sudah mula boleh menyusukan. Berbincanglah dengan pakar bius dan pakar sakit puan dalam memastikan sentuhan kulit ke kulit dan pengenalan awal penyusuan susu ibu dilakukan ketika di dalam bilik pembedahan lagi. Antara masalah yang mungkin boleh timbul ialah ANDA MUNGKIN BERASA KEBAS DAN SAKIT DI TEMPAT PEMBEDAHAN DAN PARUT AKAN TIMBUL SEDIKIT, MEMBENGKAK DAN GELAP DARIPADA WARNA KULIT ASAL. BERSIN, BATUK dan lain-lain yang boleh menyebabkan tekanan pada kawasan perut akan menyebabkan anda berasa sakit. Memang punnn! Aduhaiii, masa selepas pembedahan tu nak terbatuk….adoiiii peritnyaa…. tertahan-tahan batuk tu oiii…. Tapi…Jangan risau, hari ke hari keadaan akan berubah menjadi semakin baik.
Anda juga mungkin mengalami MASALAH ANGIN DI 2 HARI PERTAMA SELEPAS KELAHIRAN. Masalah ini terjadi kerana usus masih lemah selepas pembedahan. Oleh yang demikian, pergerakan akan membantu sistem penghadaman berfungsi semula. Jika anda berada dalam keadaan sangat tidak selesa, ubat yang mengandungi simethicone akan diberi bagi mengeluarkan angin dari badan. Simethicone adalah selamat diambil ketika penyusuan susu ibu. Dalam usaha menahan sakit, anda mungkin memerlukan ubat untuk beberapa minggu selepas pembedahan. Jadi, anda perlu tahu isi kandungan ubat yang diambil kerana ibu yang menyusukan bayi perlu mengelakkan diri daripada mengambil aspirin atau dadah yang banyak mengandungi asid acetylsalicylic.
Panduan Daripada Yang Berpengalaman
Ini dari seorang ibu kepada 3 orang anak yang kesemuanya dilahirkan secara pembedahan yer? Sila baca:
- Sebelum bersalin anda disarankan membuat persediaan untuk mempelajari asas dan teknik penyusuan yang betul. Kelas persediaan penyusuan ibu adalah terbaik kerana anda dan suami dapat mempelajarinya dengan menyeluruh.
- Mulakan penyusuan seawal mungkin sejurus kelahiran kerana ketika itu payu dara masih dalam keadaan lembut dan susu awal yang dihasilkan masih dalam kuantiti yang sedikit. Jika anda mengambil spinal atau epidural, ia lebih mudah tetapi bagi yang menggunakan bius seluruh badan, minta doktor atau jururawat untuk meletakkan bayi di dada anda. Pastikan bayi dan anda berada dalam keadaan selesa dan diselimuti kerana suhu di bilik pembedahan sangat sejuk.
- Pastikan baby rooming in bersama anda. Kerapkan penyusuan mengikut keperluan bayi. Biasanya, bayi menyusu lebih kurang 8 hingga 12 kali dalam 24 jam. Jika anda menggunakan bius seluruh badan atau separa, bayi akan lebih mengantuk. Oleh itu, bantu dia untuk bangun menyusu terus daripada payu dara dan rangsang payu dara dengan menggunakan tangan atau pam.
- Posisi yang paling sesuai adalah posisi sambil berbaring dan anda berada dalam keadaan mengiring dengan bantal-bantal diletakkan di belakang, celah kaki dan di dada. Anda hanya perlu tinggi atau rendahkan bantal supaya bayi boleh mendapat kedua-dua belah payu dara tanpa perlu menukar arah. Ketika ini, pastikan anda mendapatkan bantuan daripada sesiapa yang ada berhampiran.
- Selepas pembedahan, anda biasanya akan terbaring di katil kerana masih berasa sakit di bahagian luka pembedahan. Anda tetap disarankan untuk bangun dan bergerak dalam tempoh 24 jam supaya cepat sembuh. Untuk bangung dari katil hospital, gunakan penghadang di sisi katil sebagai sokongan. Jika di rumah, anda boleh mengikat kain panjang di hujung katil dan gunakan kuasa tangan untuk menarik kain tersebut dan bangun.
- Dapatkan tali pinggang sokongan atau bengkung yang berpelekat untuk memberi sokongan pada perut dan belakang agar memudahkan anda berjalan.
- Gunakan bantal menyusu supaya dapat membantu anda untuk mengurangkan sakit di perut ketika menyusu.
- Di antara waktu menyusu, pelbagaikan aktiviti sentuhan kulit ke kulit dengan bayi. Sentuhan berpanjangan akan menambahkan keakraban yang secara tidak langsung meningkatkan tahap hormon yang bertanggungjawab menghasilkan susu. Anda boleh meletakkan bayi di dada sambil berbaring (ikatkan dengan tuala gar bayi tidak jatuh ke tepi).


ank kembar kite yang sorang tu, terus masuk icu-tk dpt nk menyusu, yang sorang lg, alhmdulillah dpt... yang icu tu, hari ke 3 baru dpt bagi susu kt dia, itu pun kite perah, simpan susu pertama (kuning) tu utk dia. tiap2 hr perah bagi kat dia..sbb dia dia tk leh direct bf. Al;hamdulillah bf smpi umur 3 tahun.
ReplyDelete