Masih lagi di dalam fasa potty training… belum selesai lagi latihan tandas si kecil molek tu… Iyalah, cara Farah kan terkempap-kempap iaitu secara perlahan-lahan…Ibu yang tidak berpengalaman kannn? Lainlah kalau dah berpengalaman 2-3-4-5-6-7-8
orang anak… Masih di dalam proses pembelajaran sepanjang pengalaman bergelar seorang ibu. Macam tu…
Life skills…Sesuatu yang belajar dari pelbagai sumber dan bukannya belajar di sekolah ataupun di universiti…. Betul tak? Betul kan

Sememangnya dia telah menunjukkan tanda-tanda sudah tidak selesa mengenakan lampin pakai buang… Ada masa-masa dia sendiri yang merempan-rempan tak nak dipakaikan lampin pakai buang sampai jenuh Mommy dia ni memujuk. Biasalah tu, kalau dengan Mommy sememangnya
mengada-ngada dia lebih sedikit dari manja dengan orang lain. Anak kan? Kalau dengan mak ni memang manja dia lain macam sikit penangannya… Yang emak pun kasihnya memang tidak ternilai kepada anak yang dilahirkan yer tak?
….

Dah anak tu tak nak pakai lampin pakai buang? Kenapa dipakaikan juga? Adalah sebab musababnya yang tersendiri yer tak? Kalau tidak masakan Mommy dia ni berdegil nak pakaikan juga lampin pakai buang…Maksudnya di sini…Haaa…Meh sini kakak bagi terang dan
perjelas supaya terang bersinar-sinar apakah yang mengakibatkan tindakan Farah memakaikan lampin pakai buang tu juga walaupun dia tak nak pakai.
Bukanlah setiap masa bila dia tak nak dipakaikan lampin pakai buang Farah akan berdegil memakaikan lampin pakai buang untuk dia juga…. Pada waktu-waktu tertentu.. Sebagai contoh… Bila nak tidur malam… Walaupun kami memiliki cadar kalis air untuk dialaskan
di atas tilam…. Akan tetapi Farah tak rasa cadar kalis air tu praktikal untuk biarkan dia tidak berlampin pakai buang sewaktu tidur malam. Kenapa?
Iya mungkin cadar kalis air adalah praktikal bagi memudahkan kita sebagai ibu bapa supaya tidak perlu untuk menjemur tilam yang berat setiap hari apabila anak membasahkan tilam tersebut…. Akan tetapi yang jadi tidak praktikalnya adalah bila mana…. anak
membasahkan cadar kalis air tersebut dan kita terpaksa melalui all the hassles untuk menyalin, mengalihkan si anak yang mana ia akan menganggu tidur mereka. Jadinya bila tidur terganggu ia akan jadi tidur yang tidak berkualiti kannn?
Makanya nak tak nak kenalah pakai lampin pakai buang dulu buat sementara waktu di peringkat latihan tandas masih lagi berjalan ini. Petua yang Farah dimaklumkan adalah bawa anak ke tandas untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur, akan tetapi
setakat ini, cuma sesekali jer berjaya petua tu. Yang lain tu terbabas semedang…
… ha ha ha…Baru-baru lagi kannn? Take time lah kannn?

Cumanya bila bercerita tentang potty training ni… Sebenarnya fun juga pengalaman ni kannn? Ihiksss…. Sebabnya, di dalam melatih tu, ada saja perkara-perkara lucu yang boleh terjadi secara spontaneous…Yang kadang-kadang
tak tercapai oleh akal kita pun… Memang jadi bahan ketawa di rumah lerrr…. Seisi rumah suka menyakat dan juga ketawa bersama-sama si kecil molek tu… Bila dia ketawa, kami pun ketawa… Secara automatiknya…
Terkini…. Perkembangan dia….Memang dah nampak ciri-ciri dan tanda-tanda dia telah bersedia untuk bercerai lampin pakai buang sebab sudah tidak selesa lagi menggenakan lampin pakai buang…Kalau boleh dia tak nak pakai langsung! Cuma dari segi
perkembangan, belum tiba masa untuk bercerai sepenuhnya…. Sudah mula memberikan reaksi…. maklumbalas… yang mana…. bila dia menyahtinjakan yang ringan dan juga yang berat, dia sudah mula mahu memberitahu kepada sesiapa yang ada di sekeliling… Akan
tetapi masih belum tahu membezakan antara yang berat dan ringan kot? Sebabnya… Yang berat pun dia kata shinggg…. yang ringan pun dia kata shinggg….
… Sama
jer dua-dua tak ada beza pun sebutan klasifikasi apa yang dinyahtinjakan itu…

Tapi tak apalah…perlahan-lahan kannn? Lama-kelamaan nanti ok lah tu kannn?

memang penat.tapi inilah pengorbanan seorang emak,,melatih anaknya. kalau tak, dia sedap pulak membuang dalam diapers je
ReplyDelete