


Hari & Tarikh
|
Cerita Yang Berlaku
|
29.08.2016, Isnin
|
"Barang" telah sampai di warehouse penyedia perkhidmatan kurier yang berkenaan. Tracking Number telah diberikan oleh pihak PR kepada Farah untuk kemudahan pihak Farah menyemak serta menjangkakan tarikh barangan
sepatutnya diterima.
Melalui semakan di laman web menggunakan tracking tools yang disediakan oleh pihak penyedia perkhidmatan kurier terbabit, memang benar ianya telah sampai ke warehouse mereka pada hari Isnin.
|
30.08.2016, Selasa
|
Status yang didapati semalam melalui laman web dengan menggunakan tracking tools masih tidak dikemaskini. Memandangan keesokkan harinya adalah hari cuti umum sempena Hari Kebangsaan yang ke-59, Farah menjangkakan mungkin tidak
sempat bagi mereka untuk melakukan penghantaran.
Walaubagaimanapun, Farah sekadar mencuba nasib sekiranya possible-lah kannn? Ternyata, jawapan yang diberikan.. Barang telah sampai semalam di warehouse kami, akan tetapi mungkin akan mengambil masa sedikit untuk melakukan penghantaran disebabkan pihak kami terpaksa menyelesaikan backlogged barangan lama yang masih lagi di dalam proses penghantaran. Ramai yang telah menunggu barangan mereka untuk dihantar, jadi kena queue untuk giliran penghantaran lah.
Soalan Farah, bila agaknya penghantaran dapat dilakukan?
Jawapan dari pihak pusat khidmat pelanggan mereka, Itu saya tak pastilah Puan… Susah nak cakap…
|
31.08.2016, Rabu
|
Cuti, memang tak adalah penghantaran kan? Itu Farah sedia maklumlah… Fahammm…
|
01.09.2016, Khamis
|
Cuba melakukan semakan melalui laman web dengan menggunakan tracking tools yang disediakan oleh pihak penyedia perkhidmatan kurier. Cuba teka? Apa yang Farah dapat maklumbalasnya?
No Record(s) Found!
Cuba sebanyak 3-4-5 kali masih dapat jawapan yang sama. Maklumkan pada pihak PR. Pihak PR pun dapat jawapan yang sama. Ahhh sudah…Kami masing-masing cuba mendapatkan jawapan dari pihak penyedia perkhidmatan kurier yang
terbabit.
Jawapan? Tracking tools di laman web mereka sedang dinaiktarafkan dan barangan yang sepatutnya dihantar masih lagi berada di warehouse mereka.
|
02.09.2016, Jumaat
|
Tracking tools di laman web mereka masih mengalami masalah… Tak ada sebarang tanda-tanda perubahan yang ianya telahpun selesai "dinaiktaraf". Hantar e-mel pada mereka, langsung tak ada sebarang maklumbalas.
Gagahkan diri kami, iaitu Farah dan PR… untuk telefon dan follow-up closesly dengan mereka. I doubt they would send it on last Friday… dan menjangkakan alasan yang bakal diberi adalah… Hari ni Jumaat, tak sempat
masa Puan… Ha ha ha…
![]()
Jadi sila maklum barangan tidak akan dihantar kepada anda walaupun telah 5 hari terperap di warehouse mereka.
|
05.09.2016, Isnin
|
Iaitu hari ini lah…
![]()
Selepas waktu makan tengah hari Farah telefon mereka sekali lagi untuk follow-up, katanya ada di warehouse lagi…Barang tu memang tak bergerak-gerak lagi pun… Bila nak hantar? Tak tau lagi…Tak janji bila… Ko rasa?
Sampaikan hakak ni dah merayu bagai dah suruh hantar secepat mungkin. Ko nak marah-marah pusat khidmat pelanggan pun, kalau dia tak nak hantar tak dihantarnya juga… Sampaikan keluar statement… Kalau nak hantar tengah malam
pun tak apalah… Saya sanggup jer tunggu sampai barang sampai…. Ahaksss…
![]()
Telefon balik dan tanya balik…pembetulan statement sebelum ni… Katanya, barangan di warehouse baru di Shah Alam, mereka sedang dalam proses pemindahan warehouse baru di Shah Alam, disebabkan itu… benda semua
dah kelam kelibut dah sekarang… Bercampur aduk, itu sebabnya barang yang sepatutnya dihantar tu retain at warehouse… Ramai pelanggan yang dah telefon marah-marah…
|
Habis tu? Kalau dah rasa ramai pelanggan dah marah-marah… Nak buat macam mana lagi? Perjanjian awak dengan para penerima 5-8 hari waktu bekerja jaminan penghantaran. Dengan maklumbalas yang penerima barangan dapat sebegini? Belum tentu 5-8 hari bekerja tu dapat dipenuhi. Katanya, pihak pusat khidmat pelanggan dah maklumkan kepada pihak Operasi, tetapi jika pihak Operasi tak buat kerja mereka, kami tak dapat nak buat apa. Which is by logic, betul juga… Tapi still? Takkan nak biarkan isu barangan backlogged ni duduk kat situ jer? Escalate…Do something… Kenalah buat sesuatu supaya permasalahan dapat diselesaikan dan tak bertambah bertimpa-timpa lagi…. Yang mana…Jujurnya boss-boss bahagian pusat khidmat pelanggan dan juga bahagian operasi kenalah proaktif di dalam menyelesaikan isu yang timbul. Tak kisahlah anda pindah warehouse ke apa ke? Tapi kalau betul susun atur mungkin tak timbul permasalahan sebegini. I am sure, sebelum pindah warehouse pasti ada perancangan bagaimana nak memastikan segalanya berjalan lancar yer tak? Agar tidak mengganggu operasi harian. Ecehhh wahhh awak pula yang nak mengajar boss-boss mereka yer tak? Tak adalah ini dari perspective of view seorang orang luar yang merupakan penerima.

Dulu pun dia buat kes yang sama juga… Ingatkan sekali tu jerlah…Barang review juga… Rupanya kualiti perkhidmatan dan penghantaran masih tidak berubah juga…. Tolonglah penyedia perkhidmatan kurier yang ada di Malaysia dan dimiliki oleh orang Malaysia juga…. Tingkatkan produktiviti dan juga efficiency anda dengan seadanya. Diakui bukan mudah berada di dalam service line dan inilah salah satu cabarannya… ETA, ETD memainkan peranan yang penting dalam perniagaan anda… Hidup matinya perniagaan bergantung kepada tahap kecekapan anda di dalam pengurusan perkhidmatan anda… Tapi mungkinlah, mungkin mereka ni tak takut perniagaan mereka mati sebab akan sentiasa ada jer orang yang akan menggunakan perkhidmatan mereka…. Sebab tu mereka tak kisah pun apa pun yang berlaku yer tak? Hu hu hu…
tak seronok nak berbisnes online bila pihak courier selalu buat hal. penat nak follow up pun satu. walhal dengan booming nya bisness online, pihak courier patut masyuk dan boleh bagi insentif / imbuhan kepada pekerja..barulah mereka motivated untuk terus bekerja.
ReplyDelete