ON BEING POSITIVE | Kenapa RUGI Kalau Anda Suka Bandingkan Hidup Anda Dengan Orang Lain?

Farah Waheda Wahid
2
ON BEING POSITIVE  Kenapa RUGI Kalau Anda Suka Bandingkan Hidup Anda Dengan Orang Lain
 
Memanglahhh... Bila tengok orang lain gembira, kita pun nak rasa gembira juga... Bila tengok orang lain bahagia dengan kehidupan masing-masing, kita pun nak rasa bahagia juga.... Bila tengok orang lain mendapat semua yang baik-baik, semua yang indah-indah.... Kita pun nak juga... Bila tengok orang lain senang, mewah berbelanja, disukai ramai, disenangi, dipandang sempurna, baik serba-serbi, kita juga sebagai individu berangan-angan, berimpian dan bercita-cita untuk perkara yang sama.... Mana ada manusia yang tidak mahukan keindahan, kebahagiaan, kesenangan dan juga keceriaan di dalam kehidupan masing-masing? Semua nak yang positif...Semua nak berjaya, semua nak bahagia, semua nakkan sesuatu di dalam kehidupan yang mampu membuatkan diri tersenyum bahagia serta ceria dalam menghadapi hari-hari di dalam hayat di dunia dan tidak mahu bersedih-sedih ataupun semak kepala... Betul ke tak?
 
Yang membezakan di antara satu individu dengan satu individu yang lain adalah bagaimana mengendalikan apa yang dirasa di dalam hati tu... Ada sesetengah orang suka sangat MERUNGUT... Kenapa dia tidak mendapat apa yang orang lain dapat? Kenapa orang lain boleh dapat itu ini, kenapa dia tidak? Dia merasa kosong serta merasakan kehidupannya teruk sangattt!
 
Siapa yang berani untuk mengatakan yang "kita" tidak pernah merasakan kekosongan itu? Sila mengaku cepat! Lai lai lai...Cepat cepat angkat tangan anda tinggi-tinggi… Rolling on the floor laughing Muahahaha… Hakikatnya, ada masa dan ketika perasaan itu akan datang menjengah jua. Mungkin kekosongan itu merujuk kepada kehidupan peribadi atau kehidupan professional kita. Cuma yang berbeza ialah berapa kekerapan atau berapa lama perasaan itu bermaharajalela dalam hati.

Ayat yang biasa dan sering sangat dah Farah baca dan dengar di merata tempat di laman media sosial serta sumber-sumber-sumber yang lain adalah akan ada orang akan terus berkata… “Mengadulah kepada Allah Yang Maha Mendengar”. Betul dan itulah yang sebaiknya pun… Tetapi harus diingat bantuan Allah itu hanya datang melalui usaha yang manusia lakukan.

Ada satu perkongsian yang mungkin diperlukan sebagai suntikan semangat bagi sesiapa sahaja yang memerlukan di kalangan kita yang membaca entri ini melalui satu artikel yang sempat Farah speed reading pagi ini melalui sumber di SINI.

JANGAN BANDINGKAN. Kita tidak mempunyai banyak hak dan kuasa untuk mengawal perkara-perkara lain. Kita boleh salahkan jiran sebelah rumah, ketua di tempat kerja, salahkan ekonomi dunia, suami, isteri atau apa sahaja tetapi semua itu tidak menjadikan keadaan lebih elok. Percayalah….Silalah percaya…. Open-mouthed smile… Dah banyak sangat dah garam kakak makan ni oiiii…. Itu hanya akan menyebabkan kita merasa lebih kosong dan tewas. JANGAN MENGHARAP UNTUK MENGAWAL PERKARA LAIN TETAPI BERIKAN TUMPUAN UNTUK MENGAWAL DAN MENGUBAH DIRI SENDIRI.

Habis tu, apa yang kita boleh buat? Waduhhh…. Usah ribut-ribut dan bikin kepala pusing dong! Meh cerita sikit….

BERHENTI MENGANGGAP YANG HARAPAN KITA SELAMA INI PASTI MENJADI KENYATAAN.
Ya, kita boleh meletakkan harapan kepada apa dan sesiapa sahaja. Semakin kuat kita mengharap semakin tinggi risiko kita merasa “sakit” jika itu tidak menjadi kenyataan. Rasa dia??? Perghhh…. Perit weiii perit… Percayalah…Jadi kalau tak nak rasa perit… Sila jangan letakkan apa-apa harapan ok? Chill jer…. Cuba dengar nasihat kakak sikit??? Rolling on the floor laughing.

Contohnya:
  • Apabila anda menghantar teks kepada seseorang dan orang itu tidak membalasnya, apa yang kita rasa?
  • Anda menolong seseorang dan orang tidak mengucapkan terima kasih pun kepada anda, apa yang anda rasa?
  • Anda telah berbudi dan berjasa kepada seseorang tetapi dia tidak mengenang pun jasa itu, apa yang anda rasa?

Kitaran yang berulang-ulang ini mula membuatkan anda merasa tidak berharga. APA PENGAJARANNYA? LUPAKANLAH UNTUK MENGHARAPKAN BALASAN. Jangan jadikan bantuan dan jasa anda itu terlalu peribadi. IKHLASKAN HATI dan BIARLAH ALLAH YANG MEMBERIKAN RAHMATNYA ATAS APA PERBUATAN BAIK YANG ANDA LAKUKAN ITU.

JANGAN BERFIKIR HANYA ANDA SAHAJA YANG “MALANG” 
Anda rasa seseorang tu teruk! Ya mungkin betul tetapi percayalah ada orang lain yang sepuluh kali lebih teruk. Hayati kisah dan cerita orang lain. Betapa kerasnya kehidupan yang mereka lalui. Lihat, dengar dan rasakan dari sudut pandangan yang berbeza. Betapa bertuahnya anda. Hidup anda tidaklah seteruk mana.

Anda faham maksud, sudah jatuh ditimpa tangga? Sejak kebelakangan ini anda rasa peribahasa itu seperti dijadikan khas untuk anda. Minggu lepas satu hal, minggu ni satu hal, semalam dapat tahu sesuatu, malam tadi duit kena curi dan hari ini anda demam selesema. Segalanya semacam berpakat nak datang dalam masa yang sama….Macam tak ada masa lain!

BERTENANG… TIDAK ADA ORANG YANG JATUH KEMUDIAN BETUL-BETUL DITIMPA TANGGA. Betul orang itu jatuh tetapi tangga itu jatuh ke arah lain. Itu hanya bayangan yang direka-reka. Hidup anda lebih waras daripada bayangan hitam yang anda rasai itu.

ADA ORANG MENGATAKAN BAHAWA ORANG YANG TAKUT UNTUK MENGAMBIL RISIKO PASTINYA HIDUPNYA SANGAT MEMBOSANKAN 
Segala-galanya statik seperti air bertakung. Air bertakung tidak ada gunanya kecuali menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes sahaja. Jadi apa kata, KITA MENGUBAH DIRI. BERANIKAN DIRI MENCABAR KEUPAYAAN UNTUK MENCAPAI SESUATU YANG LEBIH BAIK PADA MASA DEPAN. Risiko memang ada dan itulah cabarannya. Sepuluh, dua puluh atau lima puluh akan datang, dan seandainya umur kita panjang, itu semualah yang akan memberikan kepuasan.

YANG PENTING, JANGAN GEMAR SANGAT MEMBANDINGKAN HIDUP KITA DENGAN HIDUP ORANG LAIN
Sememangnya seronok memuja hijau rumput di halaman rumah orang sehingga terlupa subur rumput di halaman sendiri. Rumah dia lebih cantik. Suami dia lebih baik. Anak dia lebih pandai dan macam-macam lagi. Memang secara fitrahnya hati manusia lebih mengira yang dia tidak dapat berbanding apa yang sedang dia miliki. Tahukah anda betapa ada orang lain yang ingin berada di dalam kehidupan anda sekarang?

Apa pun pandangan, cuba renungkan kenapa diri sendiri tidak boleh maaf dan terus lupakan? Ya mungkin mudah di mulut tetapi apa pula untungnya jika saya dapat membuktikan yang dia salah? Memang dia betul.

Memaafkan itu hanya sekali tetapi terus mengingati kesalahan orang itu sebenarnya masih menggunakan tenaga mental. Jadi apa kata selepas ini kita usaha, maaf, lupakan tetapi lebih berhati-hati selepas ini? Winking smile. Tak menyusahkan diri sendiri, kepala pun tak semak dan hidup pun lebih aman…

*Hidup ni hanya sekali… Bukan mati hidup balik, mati hidup balik… Tak perlu nak semakkan kepala dan pemikiran dengan perkara-perkara yang boleh menyesakkan nafas… (Amboiii…Mudahnya bercakap yer tak? Wakakakaka…. Open-mouthed smile… Langgar jerrr…. Langgar….Redah jerrr…. Redah…Balun jer…)…. Itu yang Farah banyak belajar dari kehidupan ni… Kalau nak banding kehidupan kita dengan orang lain…Memang kita rugi…Sebab tak ada kesudahannya…. Buat letih kita lagi adalah… Dari tak pening boleh jadi pening… Setiap orang pasti akan ada kelebihan serta kekurangan yang tersendiri…. Jika kita lebih dari satu sudut mungkin dia kurang dari sudut itu….Jika dia lebih dari satu sudut, mungkin kita lebih dari sudut itu…. Fikir tu jer cukup! Hargai apa yang kita ada itu lebih indah dari terus nak mourning, sedih-sedih, sendu-sendu…. Ahaksss… Open-mouthed smile….

http://www.bubblynotes.com/2016/09/on-being-positive-kenapa-rugi-kalau.html?m=1 Memanglahhh... Bila tengok orang lain gembira, kita pun nak rasa gembira juga... Bila tengok orang lain bahagia dengan kehidupan masing-masing, kita pun nak rasa bahagia juga.... Bila tengok orang lain mendapat semua yang baik-baik, semua yang indah-indah.... Kita pun nak juga... Bila tengok orang lain senang, mewah berbelanja, disukai ramai, disenangi, dipandang sempurna, baik serba-serbi, kita juga sebagai individu berangan-angan, berimpian dan bercita-cita untuk perkara yang sama.... Mana ada manusia yang tidak mahukan keindahan, kebahagiaan, kesenangan dan juga keceriaan di dalam kehidupan masing-masing? Semua nak yang positif...Semua nak berjaya, semua nak bahagia, semua nakkan sesuatu di dalam kehidupan yang mampu membuatkan diri tersenyum bahagia serta ceria dalam menghadapi hari-hari di dalam hayat di dunia dan tidak mahu bersedih-sedih ataupun semak kepala... Betul ke tak? #lifesharing #lifeperspective #lifestyle #notetoself #selfmotivation #bubblynotesdotcom #parentingblogger #lifestyleblogger #parentingbloggermalaysia #lifestylebloggermalaysia #malaysiaparentingandlifestyleblogger #bloggermalaysia #malaysianblogger
A video posted by Farah Waheda Wahid (@farahwaheda) on

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !