|
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Jika anda suka mengoncang-goncangkan, mengoyang-goyangkan, menggegar-gegarkan tubuh kecil yang comel dengan tujuan untuk bergurau mesra supaya bayi tergelak dan suka… ataupun jika anda seorang yang cepat benar melepaskan rasa geram bila bayi menangis
tanpa henti, terasa tekanan lalu mengoncang-goncangkan, mengoyang-goyangkan atau menggegar-gegarkan tubuh kecil yang comel demi melepaskan rasa di hati…

….
TOLONG HENTIKAN SEGALA PERBUATAN INI SAAT INI JUGA! MULAI DARI SAAT DAN KETIKA INI! TOLONGLAH… TOLONG… Ada sebab kenapa Farah nyatakan begini… Bukan sekadar suka-suka rasa
nak keluarkan
statement macam ni. Ada sebab di sebaliknya. Sama ada anda sememangnya telah biasa atau mengetahui tentang
Shaken Baby Syndrome ataupun langsung
tak pernah tau, melalui entri ini, Farah ingin berkongsi informasi ini yang Farah rasakan sangat penting untuk semua orang tahu.
Informasi ini adalah berdasarkan sumber dari
SINI:
Definisi Shaken Baby Syndrome
Selain daripada kecederaan kepala yang teruk disebabkan oleh kemalangan jalan raya, 95% adalah disebabkan oleh penderaan kanak-kanak yang berusia 1 tahun. Pendarahan yang berlaku di bahagian lapisan luar otak kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah dipanggil "subdural haemorrhage". Pendarahan subdural berserta dengan keretakan tulang dada (ribs) dan pendarahan dalam mata dipanggil Shaken Baby Syndrome.
|
Sumber dari Google |
Sebab-Sebab Shaken Baby Syndrome
Goncangan yang kuat berulang kali adalah penyebab kepada keadaan
Shaken Baby Syndrome, penyebab
ini telah diterima pakai buat masa sekarang. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai kawalan leher yang lemah disertai dengan tekanan yang kuat, keadaan
ini boleh menyebabkan kecederaan. Goncangan yang kuat terhadap bahagian lembut tengkorak dan otak boleh menyebabkan tekanan kepada saluran darah dan ianya akan pecah menyebabkan pendarahan
subdural. Pada ketika
ini, keadaan kanak-kanak yang mengalami
Shaken Baby Syndrome disebabkan oleh
goncangan yang kuat dan berulang, lalu
mengalami kecederaan akibat dari goncangan tersebut.
Kesan kecederaan – apabila kanak-kanak dicampak dengan kuat ke dinding, ke lantai atau pada objek lain atau terkena kepada kepala/muka.

Keadaan ini biasanya terjadi apabila
ibu bapa atau penjaga tidak tahu berbuat apa-apa terhadap bayi yang menangis berterusan sehingga kehendak/keperluan mereka dipenuhi. Ini menyebabkan ibu bapa atau penjaga menjadi bosan dan tidak sabar semasa menjaga bayi tersebut. Ibu bapa ataupun penjaga dengan tidak secara sedar akan menggoncang bayi tersebut dengan kuat beberapa ketika ataupun menampar bayi tersebut dalam usaha untuk membuatkan bayi tersebut berhenti menangis. Terdapat beberapa kejadian di mana penjaga menggoncang buaian anak dengan kuat menyebabkan bayi terjatuh keluar daripada buaian.
|
Sumber dari Google |
Epidemiologi
Terdapat 20-30 bayi Shaken Baby Syndrome dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Ini mewakili sebahagian kecil sahaja sedangkan sebahagian mungkin kanak-kanak mati di rumah
atau sebelum ianya dirujuk di hospital lain. Lain-lain bayi berkemungkinan juga mempunyai Shaken Baby Syndrome yang ringan dan dirawat disebabkan oleh keadaan resah gelisah, muntah-muntah yang diklasifikasikan sebagai infantile colic.
Tanda-Tanda dan Gejala
Bayi yang dimasukkan ke hospital biasanya memberi sejarah seperti berikut:
-
kurang menyusu, muntah-muntah, demam yang rendah dan kemudian diikuti dengan sawan.
-
keadaan resah gelisah yang akut, muntah-muntah, sawan, kurang tindak balas, tidak sedarkan diri (koma) dan pernafasan yang tidak sekata.
|
Sumber dari Google |
Kebanyakan bayi-bayi ini kelihatan sihat, tiada keretakan di tengkorak dan tiada lebam-lebam di badan. Lain-lain tanda di badan adalah:
-
kanak-kanak ini selalunya kelihatan pucat.
-
75% – 90% bayi mengalami pendarahan di dalam lapiasan mata "retinal haemorrhage".
-
vitreous haemorrhage (bleeding in the vitreous part of the eye)
-
retakan-retakan di tulang dada (disebabkan oleh tekanan di dada)
-
retakan tulang tengkorak (kesan daripada kecederaan)
Kesan / Akibat
Akibat daripada keadaan ini adalah bergantung kepada keterukan goncangan yang dilakukan kepada kanak-kanak tersebut. Oleh kerana otak bayi ini sangat sensitif dan mudah
lebam, dengan itu kecederaan daripada goncangan yang kuat dan kekurangan bekalan darah kepada otak semasa kanak-kanak mengalami sawan yang berpanjangan, berkemungkinan besar boleh menyebabkan kematian, kesukaran untuk belajar atau fungsi motor berkurangan. Akibatnya
akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri (unconscious).
|
Sumber dari Google |
Pencegahan
Shaken Baby Syndrome boleh dicegah daripada berlaku. Sekiranya ibu bapa atau penjaga merasa tertekan atau kecewa dengan bayi mereka. INGAT! JANGAN sekali-kali anak anda tersebut digoncang. Sekiranya, anak anda menangis dengan tidak berhenti-henti, dan anda dalam keadaan kebingungan, dapatkan bantuan dengan:
-
Tempatkan bayi anda di tempat yang selamat seperti di atas katil bayi yang mempunyai pengadang di kedua-dua belah, atau di bilik permainan, dan pastikan bayi dalam keadaan selesa. Tinggalkan bayi sebentar dan tenangkan fikiran anda.
-
Dapatkan bantuan daripada kawan-kawan ataupun saudara-mara untuk menjaga bayi tersebut buat sementara waktu, ataupun membantu anda dalam kerja-kerja di rumah atau menjaga anak-anak anda yang lain.
Ibu bapa atau penjaga seharusnya tidak merasa bersalah kerana tidak dapat memujuk bayi mereka supaya berhenti daripada menangis setelah beberapa kali mencuba. Kajian telah menunjukkan bahawa keadaan bayi menangis yang berterusan ini adalah perkara biasa
terutama yang berumur 6-8 minggu. Ini dikenali sebagai PURPLE Cry.
|
Sumber dari Google |
-
P : Peaks around two months.
-
U: Unpredictable, often happening for no apparent reason.
-
R: Resistant to soothing.
-
P: Pain-like expression on the baby’s face, even without any source of pain.
-
L: Long bouts, lasting 30-40 minutes or more.
-
E: Evening crying is common – what many parents know as the "witching hour" is now a scientifically proven fact.
Bayi tidak akan mati disebabkan oleh menangis yang berpanjangan tetapi berkemungkinan mati disebabkan oleh goncangan.
Bayi anda janganlah dilambung ke atas atau dihayunkan semasa anda bermain dengan mereka.
|
Sumber dari Google |
Rawatan
Bagi bayi yang mengalami Shaken Baby Syndrome mereka ini memerlukan rawatan perubatan yang berterusan untuk memastikan kemajuan perkembangan dan tumbesaran bayi tersebut.
Begitu juga dengan rawatan penyakit sawan atau sawan babi (epilepsy), fisioterapi dan occupational therapy untuk cerebral palsy. Hanya peratusan yang kecil di kalangan bayi dapat disembuhkan kerana otak mereka hanya mengalami
sedikit pembengkakan dan kecederaan semasa kejadian.
Kumpulan Sokongan
Bayi boleh dibawa ke klinik atau hospital. Anda boleh membuat permohonan untuk memasukkan anak anda ke hospital sekiranya anda tidak dapat menjaga anak anda di rumah.
|
Sumber dari Google |
Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Shaken Baby Syndrome:
Nice sharing, anak belum lahir lagi pun dah patut tahu perkara ni..baby yg diayunkan pun ada kmungkin terkena SBS ni
ReplyDeleteX pernah lagi shake anak cengginie.. Huhuhu..
ReplyDeleteBahaya owh.. Sian kat baby..
Hope ramai yang baca pasal nie..